Anis duduk di dalam bilik bersama Aisy yang turut berbaju kurung moden berwarna biru muda. Dia masih tertanya-tanya siapakah gerangan tunang sahabatnya. Sekarang, pihak lelaki telah tiba di rumah Aisy. Aisy dan Anis hanya menunggu di dalam bilik sehingga dipanggil oleh Puan Roslina untuk bertemu dengan keluarga lelaki.
"Anis, tolong bawa Aisy turun,"arah Puan Roslina. Anis hanya mengangguk. Dia memimpin tangan Aisy menuruni tangga. Matanya melilau memerhatikan ruang tamu manalah tahu ada tunang sahabatnya baiknya di situ tetapi hampa. Aisy duduk bersimpuh bersebelahan ibunya.
Puan Laila menghampiri Aisy yang kelihatan manis berbaju kurung moden berserta solekan nipis di wajah. Memang tidak dinafikan wajah Aisy sudah cukup cantik cuma satu sahaja kekurangan Aisy iaitu tidak berhijab tetapi Puan Laila tidak kisah. Manusia boleh berubah. Puan Laila mencapai tangan Aisy lalu menyarungkan cincin pertunangan.
Aisy lantas tunduk menyalami tangan bakal mertuanya itu. Puan Laila mengucup kedua belah pipi Aisy lalu menariknya masuk ke ke dalam pelukan."Selamat datang dalam keluarga umi,"bisik Puan Laila. Setelah beberapa saat berpelukan, Puan Laila merenggangkan pelukan.
"Umi tahu mungkin Aisy terpaksa terima semua ni tapi umi harap Aisy terima anak umi seadanya." Puan Laila memandang Aisy penuh mengharap.
Aisy menarik nafas dalam."InsyaAllah, umi. Aisy cuba." Tidak sampai hati Aisy ingin meghampakan harapan kawan baik ibunya itu.
Aisy dan Anis menuju ke taman mini."Mana tunang kau?"soal Anis sambil matanya melilau mencari kelibat tunang Aisy
"Kau kenal tunang aku tu,"balas Aisy sambil matanya memandang bunga-bunga yang terdapat di taman mini tersebut.
"Siapa?"soal Anis hairan. Belum sempat Aisy menjawab, ada satu suara menyampuk dari arah belakang.
"Saya."
Aisy dan Anis menoleh ke arah suara itu. Terjatuh rahang Anis apabila memandang gerangan tunang kepada sahabatnya itu. Matanya dikerdipkan beberapa kali untuk memastikan tuan punya suara. Naufal yang melihat reaksi Anis itu menegur.
"Tutup sikit mulut tu. Nanti lalat masuk." Anis cepat-cepat menutup mulutnya. Dia masih tidak percaya ustaznya adalah tunang kepada sahabatnya.
Aisy memandang Naufal yang berkemeja biru muda senada dengan bajunya dan lengan kemejanya disinsing hingga ke siku. 'Damn. He's so hot,'getus hati Aisy. Dia memandang sahabatnya yang masih memandang Naufal. Aisy pantas berdehem apabila sahabatnya itu masih tidak lepas memandang Naufal. Bukan cemburu ya. Anis segera mengalihkan pandangan.
"Boleh saya cakap dengan Aisy sekejap?"soal Naufal kepada Anis. Anis hanya mengangguk lalu menjauhi pasangan yang baru sahaja bertunang itu. Naufal mengambil tempat di sebelah Aisy namun masih ada jarak antara mereka. Maklumlah masih belum halal.
"Ustaz nak cakap apa?"soal Aisy apabila Naufal hanya membisu.
"Abang nak cakap terima kasih sebab Aisy terima abang. Abang tahu maybe Aisy terpaksa terima abang atas sebab permintaan our parents tapi setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Parents kitahanya menjadi asbab untuk kita bersatu. Kalau bukan sebab diorang pun, kalau dah jodoh kita bersama, kita tetap akan bersama,"kata Naufal panjang lebar. Matanya hanya tertancap pada bunga-bunga yang terdapat di taman mini rumah Aisy.
"Tapi semua ni terlalu cepat untuk saya. Saya tak bersedia nak pikul tanggungjawab jawab yang besar macam ni. Saya masih muda. Tentang alam perkahwinan pun saya tak mahir lagi. Banyak lagi yang saya kena belajar. Saya masih banyak kekurangan." Aisy menghela nafas berat apabila selesai berkata. Matanya turut tertancap pada bunga-bunga yang terdapat di taman mini rumahnya.
"Tiada manusia yang sempurna. Abang pun masih ada kekurangan. Kita sama-sama baiki diri kita untuk jadi yang lebih baik. Boleh?" Naufal memandang Aisy sejenak sebelum mengalihkan semula pandangan. Sekali lagi Aisy menghela nafas berat sebelum mengangguk.
"Boleh abang minta sesuatu?" Aisy memandang Naufal dengan dahi yang berkerut namun dia mengangguk.
"Boleh Aisy jaga apa yang sepatutnya jadi milik abang? Tutup mahkota Aisy untuk lelaki yang betul-betul halal untuk Aisy. Abang taknak lelaki lain dapat tengok apa yang sepatutnya menjadi tatapan abang." Naufal memandang Aisy.
"Aisy cuba,"balas Aisy ringkas sebelum menunduk. Malu juga apabila ditegur begitu oleh tunangnya. Betul juga apa yang dikatakan oleh tunangnya. Selepas ini mereka akan berkahwin. Sudah semestinya Aisy perlu menjaga apa yang sepatutnya menjadi hak milik suaminya dan menjaga maruah suaminya.
Naufal tersenyum mendengar jawapan Aisy. Tidaklah keras mana hati seorang Aisy Irdina ni. Jika kena dengan caranya pasti akan lembut juga. Setelah beberapa minit berdiam diri terdengar deheman seseorang. Aisy dan Naufal memandang gerangan yang berada di belakang mereka.
"Minta maaf kalau saya mengganggu ustaz dengan Aisy. Mam suruh saya panggil untuk makan tengah hari and bergambar,"kata Anis yang bersidiri di pintu gelangsar.
"Thanks. Nanti saya dengan Aisy datang." Anis mengangguk lalu beredar daripada situ. Mungkin masih ada perkara yang perlu dibincangkan lagi oleh pasangan itu.
"Abang tak paksa Aisy untuk terima abang secepat ni. Abang tahu perkara ni bukan mudah. Abang sendiri tak tahu macam mana aisy boleh tiba-tiba setuju dengan cadangan parents kita."
"Ini jawapan daripada istikharah saya. Saya sedar says bukan orang yang baik tapi saya sedar saya perlukan tuhan untuk memberi petunjuk kepada saya. Lagi satu sebab mama dengan papa percayakan ustaz. So, saya letakkan kepercayaan saya pada ustaz. Jangan hampakan dan kecewakan saya."Aisy memandang Naufal.
"Insyaallah."
"Jom masuk." Aisy mengajak Naufal masuk ke dalam rumah untuk mengisi perut. Maklumlah dah masuk waktu makan tengah hari perut pun dah mula berirama. Selepas makan mereka bergambar untuk dijadikan kenangan bersama. Aisy cuba memaniskan senyuman. Setelah hampir setengah jam bergambar keluarga Naufal pulang ke rumah manakala Aisy dan Anis naik ke bilik.
"Asal kau tak bagitahu aku yang kau kena bertunang dengan ustaz handsome tu?"soal Anis apabila tiba di bilik. Aisy merebahkan badannya ke atas katil.
"Semua ni terlalu cepat untuk aku. That's why aku suruh kau datang. Aku tak tahu nak bagitahu macam mana dekat kau,"kata Aisy sambil memejamkan matanya.
"Tapi handsome jugak crush aku tu tadi kan tapi tu la nak jadi laki orang dah." Anis menayangkan riak wajah sedih.
"Gedik lah kau. Minat je la. Tapi jangan over." Aisy masih lagi memejamkan matanya.
"Ada orang jealous la. Adakah cinta sudah berputik?" Anis mengusik sahabatnya. Aisy terus mencelikkan matanya.
"Tak kuasa aku nak jealous. Jangan nak mengarut." Aisy menjeling Anis tajam. Dia cemburu? Sudah semestinya tidak.
"Eleh, taknak mengaku pulak. Okey la. Aku nak balik dah ni. Jumpa kat sekolah lusa." Aisy hanya berdehem. Matanya terasa berat. Tidak menunggu lama, dia sudah terlena.
Sorry for late update sebab sis busy lately ni. Jangan lupa vote and komen okey🥰
YOU ARE READING
USTAZ, I LOVE YOU !
Любовные романы"Mama dengan papa dah berbincang nak kahwinkan Aisy dengan lelaki pilihan kami" " What ma? Kahwin? No ! Aisy baru 17 tahun la ma. Aisy taknak !! Nur Aisya Irdina seorang pelajar sekolah menengah yang bakal menduduki peperiksaan SPM dipaksa untuk ber...