Aku pelajar baru di sekolah menengah ini. Sejujurnya, aku tidak menyukai sekolah, persekitaran baru dan keluarga aku terutamanya ibu dan ayah kerana terlalu sibuk dengan kerja sehingga aku terabai. setiap kali mak dan ayah aku berpindah ke tempat lain, aku terpaksa mengikut mereka walaupun jauh dari orang yang aku sayang.
Buat seketika aku ingin keluar dari rumah jauh dari ibu dan ayah aku. tekanan, keresahan, kemurungan dan trauma akibat peristiwa lampau menyebabkan aku menjadi seorang yang pendiam ketika di sekolah.
Tapi ada satu hari tu aku berjalan di kaki lima sekolah. Masa tu hujan lebat..aku berjalan seorang diri sambil memikirkan perkara yang aku rasa mengarut iaitu cinta pandang pertama.
Aku berhenti di koperasi sekolah..seperti biasa aku nak beli pen hitam untuk kerja aku..pada masa tu jugak la aku terserempak dengan seorang pelajar perempuan.. orangnya pendek, berkulit cerah, pakai kaca mata bulat.. mungkin dalam 156cm ketinggiannya..
Dia juga singgah di koperasi untuk membeli satu pen biru dan hitam.. sebelum tu aku tak perasan yang dia di sebelah aku.. malang tidak berbau bak kata orang dulu HAHAHA.. ketika aku nak pulang ke kelas aku.. aku terlanggar dia sampai barang alat tulis dia berjatuhan dan termasuk dia.. Mungkin aku tak nampak dia sebab yeah dia pendek
Ketika aku nak tolong dia.. aku terpandang wajah dia.. dan tak tersengaja bertentang mata dengan dia.. Untuk seketika aku berimaginasi yang aku dan pelajar perempuan tu hidup bersama.. Muka aku merah padam dan aku terus memalingkan muka aku dari dia dan dengan tergopohnya aku menolong dia secepat mungkin sebab aku taknak kehilangan "kemachoan" aku..
Belum sempat pelajar perempuan tu berterima kasih.. aku dah menghilangkan diri.. berlari balik semula ke kelas.. MALU adalah perkataan yang paling melekat dalam fikiran aku HAHAHAHA... yeah, aku tak pernah sedekat itu dengan perempuan.. jadi itulah mengapa aku berlari balik ke kelas..
Dalam kelas, aku yang duduk di belakang sekali dan di tepi tingkap tak dapat fokus semasa proses pembelajaran dimulakan.. dek kerana masih teringatkan kejadian semasa di kaki lima tadi.. 'BUM'! aku kena baling pemadam papan putih oleh cikgu sebab mengelamun jauh
Dan pada ketika itulah, aku nekad dan jalan cerita aku untuk mendekati pelajar yang bernama ALYSSA itu dimulakan
YOU ARE READING
Suatu Ketika Dahulu
RomanceThe day that you smile make me feel so much loves to keep your name in my heart. Cause the whole world stops and stares at you for a while and they are jealous at me cause having your soul, heart and love.... The day that I saw you in the school are...