Senja Nan Merah

35 3 0
                                    

Pada pukul 2 petang, suasana senja dan langit yang kebiruan bertukar warna menjadi oren kemerahan.. aku dalam bilik aku duduk di atas kerusi aku sambil menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu.

Aku siapkan karangan yang cikgu bagi dari minggu lepas.. ada dalam 5 karangan.. tangan aku terus kebas sebab menulis tanpa henti dari pukul 2 sampai pukul 4 petang.. zohor aku terlajak dan sekarang hampir masuk Asar.. aku bersiap-siap untuk menunaikan solat..

Ketika aku mengambil air wuduk.. tiba-tiba pelajar perempuan yang aku terlanggar semalam muncul di fikiran aku.. sehinggakan aku terlupa bahagian mana yang aku belum ambil.. jodoh? Atau hanya sekadar permainan syaitan untuk melalaikan aku.. setelah itu aku terus mengulang semula untuk ambil wuduk dan aku terus berlari ke bilik aku untuk solat zohor sebelum masuk waktu asar.

Setelah habis aku menunaikan solat Zohor.. sekali lagi aku terfikirkan tentang pelajar perempuan semalam.. entah kenapa masih melekat di fikiran aku.. mungkin petanda dan mungkin juga tidak.. aku keliru..

Kerana aku masih mengingati ciri-ciri perempuan tersebut.. bertubuh kecil, pendek, pakai kaca mata bulat dan yang paling aku  ingat adalah dia memakai tudung berwarna biru.. mungkin dia adalah pengawas sekolah..

Seketika aku terbawa suasana yang suam dalam bilik aku.. aku baring atas sejadah aku menunggu Azan Asar berkumandang.. dan masih terbayang-bayang perihal semalam.. tanpa ku sedar aku terbayang sambil tersenyum lebar..

Kerana kejadian itu berlaku selepas aku terfikir tentang Cinta Pandang Pertama.. aku ketawa dan tersenyum dan hati aku mula berdegup kencang

Dan aku baru tersedar, Cinta Pandang Pertama adalah wujud dan perkara itu terjadi pada diri aku.. Akhirnya aku sedar Bahawa aku telah jatuh cinta... dan Azan Asar berkumandang...

Suatu Ketika Dahulu Where stories live. Discover now