Pantai Pasir Putih , Pulau Dayang , Mersing , Johor...
Angin sepoi-sepoi menampar lembut pipi Ayrose. Shawl nya kelihatan ditiup angin. Kerusi yang disediakan diduduki untuk menikmati pemandangan matahari terbenam.
"Ma Syaa Allah, indahnya ciptaan Allah,"
Di pantai seorang diri tanpa sesiapa di sisi. Ini lah masa yang sesuai untuk seseorang yang memerlukan ketenangan. Angin yang meniup terasa membawa sekali masalah yang menimpanya.
Air laut yang mula surut semakin jauh di pandang. Matahari yang hampir terbenam kelihatan semakin menyembunyikan diri. Langit pula semakin gelap, menanti bulan menggantikan tugas matahari.
Jam Baby-G di tangan kirinya ditilik.
18:58 p.m.
Patut lah hari makin gelap. Sudah tiba masa senja.
Ayrose mengambil langkah untuk pulang ke resort.
Mereka mengambil keputusan untuk tinggal di Dayang Blues Resort. Selesai sahaja mendaftar, yang lain terus ke bilik untuk berehat. Hanya Ayrose sahaja yang keluar.
Amsyar pun tidur. Nak ajak cemana ?
Lagipun ini lah masa untuk diluangkan dengan diri sendiri. Privacy.
Langkah diatur ke bilik sebelum pintu dipulas perlahan. Kelihatan Amsyar masih tidur di atas katil.
Eh budak ni, nak Maghrib pun tidur ?
Aishh, adik sapa la tu.
✨✨✨
Ayrose memegang perutnya. Lapar cuk !
'Mana lah yang lain ni. Tadi siap pesan suruh awal-awal. Ni aku sorang awal. Biasa lelaki tunggu perempuan. Ni perempuan tunggu lelaki. Aku punya kalut ingat aku yang lambat' bebel Ayrose sendiri.
Bibirnya terkumat-kamit menyumpah seranah rakan-rakan serta adik-beradiknya. Nasib lah ada kerusi kat sini, boleh duduk.
Kalau kena berdiri, taktau lah apa nasib.
Ayrose bermain buaian di bawah sebatang pohon yang rendang. Lamanya...
Ting !
Otak Ayrose teringatkan sesuatu. Lantas dia mencari di sekitar pantai.
Fuhh, nasib baik ada.
Ayrose berjalan ke arah kedai bunga berdekatan. Dia membelek bunga-bunga rose yang ada.
Hmm, wangi !
Akhirnya, Ayrose membuat keputusan untuk membeli sekuntum bunga ros. Dia kemudiannya kembali ke buaian tadi.
"Rose, lambatnya kau," tegur Adam sambil membelek jamnya.
Ayrose sudah berapi. Meh sini aku bagi ceramah sikit.
"Mekngot ? Eh, hampa yang mekngot. Aku naik cemuih tunggu hampa kat sini. Ohh, bukan main lagi suh chek awai, tapi hampa yang lambat. Aku pun tak paham, hampa buat apa dalam bilik tu ? Ni kalau lagu ni, lama-lama mangli nanti. Aku taboh sekoq-sekoq satgi. Dah lah, menyebai !" terus Ayrose berlalu pergi selepas meluahkan isi hatinya.
Adrian, Aakif, Adam, Syafi dan Zayyan ternganga.
Macam mana tak ternganga ?
Satu apa yang Ayrose cakap pun diorang tak faham.
Someone please explain ")
"Tu, dia merajuk tu," Ayyan menepuk bahu Adrian.
Serentak dengan itu semua mata tertuju pada Adrian.
"Apa ?" soal Adrian polos.
"Kau pergi lah pujuk," cadang Ayyen.
Berkerut dahi Adrian.
"Asal aku pula ? Korang yang lambat ?" Adrian membela dirinya.
Masing-masing menggeleng dan menepuk dahi.
"Adrian Haikal, kau lah pergi pujuk dia. Kau nak ke, 'rancangan' kau esok, batal ? Nak ? Kalau kau nak aku on jer," selit Zayyan.
Adrian menggeleng.
"Dah tu ? Pergi lah pujuk, brother. Buatnya dia lari balik, tak ke naya ?" tambah Syafi.
Adrian mengeluh. Balik-balik aku.
Sambil berjalan, mulut Adrian terkumat kamit dan menjeling sahabatnya itu. Kalau bukan sebab plan esok, takde lah dia lambat.
✨✨✨
"Ayrose !"
Ayrose menghiraukan sahaja gerangan yang memanggilnya. Malas layan !
"Ayrose, tunggu !" Adrian berdiri betul-betul dihadapan Ayrose.
Ayrose terpaku. Sikit lagi nak terlanggar dada Adrian.
"Awak nak apa ?" soal Ayrose malas.
Adrian menyorokkan 'sesuatu' di belakangnya.
"Ayrose, kitorang minta maaf sebab lambat tadi. Bukan sengaja," pinta Adrian ikhlas.
Ayrose berpeluk tubuh.
"Kitorang ada hal sikit tadi. Aaa... ahh ! Si Syafi tu, phone dia hilang. Last-last jumpa bawah katil," bohong Adrian.
"Then ?"
Adrian mengeluh perlahan.
"Look, Ayrose. I'm sorry, kay ? Janji lepasni kitorang tepati masa dan sampai on time. Please jangan merajuk ?" rayu Adrian.
Ayrose memandang Adrian simpati.
"Fine, tapi..."
Adrian sudah mengukir senyuman.
"Tapi ?"
"Belanja saya makan. Saya lapar," Ayrose berkata selamba.
"Anything for you. But sebelum tu, tutup mata," arah Adrian.
Berkerut dahi Ayrose. Tutup mata ?
"Nak buat apa ?" soal Ayrose polos.
Adrian tersengih.
"Adalah, tutup lah dulu," pinta Adrian lagi.
"Okay..." Ayrose menutup kedua belah matanya.
"Meh tangan,"
Ayrose menghulurkan kedua tangannya dihadapan Adrian.
Adrian mengeluarkan 'sesuatu' dari belakangnya dan diletakkan di atas telapak tangan Ayrose.
"Dah boleh buka," kata Adrian.
Perlahan-lahan Ayrose membuka matanya. Kelihatan sekuntum bunga, sekotak coklat dan sehelai sticky note betuliskan ;
❤️ 𝑺𝒐𝒓𝒓𝒚 𝒕𝒐 𝒌𝒆𝒆𝒑 𝒚𝒐𝒖 𝒘𝒂𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 :(
Ayrose tersenyum suka melihat kertas itu. Comel !
"Thank you. Sorry accepted," putus Ayrose.
Adrian tersenyum senang mendengar kata-kata Ayrose. Melihat senyuman Ayrose turut membuatnya senang.
"Dah jom, pergi makan," ajak Adrian.
"Jom !"
CONTINUEZ...
YOU ARE READING
Jodohku Encik Tengku [C]
FantasyBOOK 04 [completed]✅ Start : 13 Oktober 2021 End : 25 Januari 2022 ✨ 𝖪𝗇𝗈𝗐𝗇 𝖺𝗌 Hey Awak ! Jodoh Saya ? ✨ ♡︎ Adrian × Ayrose ♡︎ " I'm strong , but I'm tired , " Mutiara Ayrose , gadis yang berasal dari kampung . Berpindah bersama keluarga ke Ku...