Sekolah

32 0 0
                                    

Sejak mak ayah aku berpindah ke tempat ni...kehidupan normal aku tak terancang.. begitu juga dengan persekolahan aku.. sudah 6 buah sekolah aku keluar masuk dan akhirnya aku terdampar di sekolah ini..

Sekolah Menengah Saint Louis, sekolah ini merupakan sekolah swasta milik kepada kawan perniagaan mak ayah aku.. jadi tidak hairanlah untuk aku dimasukkan ke dalam sekolah.. mungkin mereka nak merapatkan lagi hubungan perniagaan.. jadi aku la mangsanya

Sekolah ini boleh dikatakan sebuah sekolah yang mempunyai pencapaian akademik terbaik di negeri ini.. termasuklah dalam bidang yang lain seperti kokurikulum dan pembinaan sahsiah diri pelajar.

Sekolah ini mempunyai fasiliti yang lengkap dan teratur dari segi kantin, kelas tingkatan dan fasiliti sukan..

Walaupun sekolah ini merupakan sekolah cemerlang tapi itu tetap tidak mengubah peribadi diri aku untuk menjadi seorang yang lebih menonjolkan diri kepada khalayak ramai.

Aku lebih memilih untuk menjadi seorang introvert, mengecilkan bulatan, jarang bertegur sapa sampaikan aku digelar si aneh oleh pelajar lain.. aku tak kisah mereka nak panggil apapun asalkan mereka tak kacau hidup aku..

Namun, pemikiran aku berubah setelah pelajar perempuan tersebut ataupun Alyssa muncul dalam hidup aku..

Kerana dia, aku lebih berani untuk bertanya dan bertegur sapa dengan orang sekeliling.. tapi bukan kerana mahu berkenalan dengan orang lain tapi hanya mahu untuk memperoleh sedikit perkara tentang Alyssa

Setelah aku mengumpulkan maklumat peribadi tentang Alyssa.. malah aku lebih menyukai dia kerana keperibadian dia tapi aku nak tahu lagi tentang diri alyssa..

Jadi, aku mula merancang idea untuk mendekati Alyssa..

Aku mempunyai dua orang rakan baik.. Yela aku bukannya taknak berkawan tapi aku segan hehe..
Samsul dan Alif adalah sahabat aku yang paling banyak menemani aku masa aku susah dan senang..

Samsul yang berperwatakan seperti seorang nerd tapi itu hanyalah luaran sahaja.. kalau kenal lgi lebih.. aku boleh kategorikan dia sebagai orang baik tapi gila yang teramat berlawanan dengan watak alif yg lebih cool, santai dan tenang.. tapi jgan disangka air yang tenang tiada buaya kerana alif merupakan seorang yang paling dihormati di sekolah ini sebab aku dengar daripada pelajar sekeliling bercerita tentang si alif ni yang dia pernah memukul cikgu disiplin.. jadi aku pun takut juga dengan alif ni.. tapi bila aku kenal dia lebih mendalam aku tak sangka yg aku boleh bersahabat dengan orang gila dan samseng sekolah ni..

Suatu Ketika Dahulu Where stories live. Discover now