"I have something to tell you." Kata Melisa dengan nada yang agak serius. Mikael mengerut dahi. Ketika ini mereka di sebuah restoran yang memang tertutup tempatnya. Harus menempah bilik untuk makan di restoran itu. Jadi, identiti Melisa senang untuk disorok. Dia pun senang nak makan. Tak perlu memakai cap, mask dan cermin mata hitam.
"Jangan serius sangat." Ujar Mikael dengan nadanya yang sedikit bergurau. Wajah Melisa tetap tiada perubahan. Menandakan dia betul betul serius.
"I tak main main." Mikael diam. Nampaknya mereka akan berbual tentang topik yang agak serius. Kini, tumpuan Mikael sepenuhnya kepada Melisa.
"What? You nak cakap apa?" Tanya Mikael. Kali ini dia mengambil serius tentang hal yang akan mereka bualkan.
"Papa I..." Melisa menggantungkan ayatnya.
"Papa you kenapa?" Soal Mikael. Melisa mengambil nafas sebelum meneruskan kata katanya.
"Dia tak setuju dengan pernikahan kita." Jelas Melisa. Melisa tertunduk. Tak berani ingin bertentangan mata dengan Mikael. Takut Mikael marah. Melisa mengangkat kepala setelah beberapa minit berdiam diri. Mikael juga tidak mengeluarkan sepatah kata.
"You." Panggil Melisa perlahan.
"Kenapa dia tak setuju? I tak cukup baik ke untuk you? Ada yang dia tak puas hati ke dengan I?" Tanya Mikael. Dia tak puas hati. Mengapa papa Melisa tak setuju dengan pernikahan mereka? Apa sebabnya? Mesti ada sebab. Lagipun dia sudah sedia maklum, papa Melisa tak akan menghalang sesisapan sahaja yang menjadi pilihan hati Melisa. Asalkan lelaki itu seorang yang bertanggungjawab dan pandai menjaga Melisa.
"I- I tak tahu. I tak tahu kenapa papa tak bagi kita kahwin." Kata Melisa. Sungguh dia rasa serba salah terhadap Mikael. Mikael diam. Dia perlu berfikir dengan rasional. Tidak boleh mengikut emosi.
"It's okay. Nanti kalau ada masa, I jumpa papa. Kita settlekan betul betul." Kata Mikael selepas lama berdiam diri. Dia perlu berani berhadapan dengan papa Melisa. Kata nak jadi menantu, kenalah tunjuk contoh yang baik. Mungkin itu akan membuatkan papa Melisa percaya akan dia yang dia benar benar ingin menikahi anak perempuannya itu.
"Okay. Tapi kalau you nak jumpa papa, you bagitahu I dulu tau. Nanti I boleh teman you." Ujar Melisa. Mikael mengangguk. Minuman di hadapannya disedut perlahan. Iya! Kali ini dia perlu tahu sebab papa Melisa tidak bersetuju akan perkahwinan mereka.
"Jemputlah duduk Mikael." Pelawa Puan Salina, mama kepada Melisa. Mikael tersenyum manis ke arah Puan Salina.
"Terima kasih mama." Ucap Mikael. Sememangnya dia tiada apa apa masalah dengan Puan Salina. Cuma dengan Tuan Malik sahaja dia tidak berapa 'ngam'.
"Mama pergi dapur dulu ye. Nak buat air sekejap." Kata Puan Salina sebelum berlalu pergi.
"You, I takut lah." Kata Melisa. Dia takut jika Mikael dan papanya bergaduh. Dia tak nak jadi macam tu.
"I yang akan bincang dengan papa you. Kenapa you pulak yang takut?" Tanya Mikael.
"Iya lah. Macam mana kalau dia tetap tak bagi kita kahwin. Itu yang I takut tu." Jelas Melisa. Kepala Melisa digosok perlahan.
"Jangan risau. Hal ini biar I yang settlekan. Okay?" Lambat lambat Melisa mengangguk. Bunyi derapan kaki yang menuruni tangga menarik perhatian mereka berdua. Tuan Malik mengambil tempat di sofa yang berada di hadapan mereka berdua.
"Kamu nak jumpa saya?" Tanya Tuan Malik. Riak mukanya hanya kosong. Tiada tanda tanda marah, gembira atau sebagainya. Mikael mengangguk. Agak gementar juga dia. Tapi dia perlu berani!
"Iya err... Pak cik." Mikael tidak berani pula ingin memanggil papa. Lagipun hanya Puan Salina sahaja yang memberi keizinan untuk dia memanggil Puan Salina dengan panggilan mama.
"Kenapa nak jumpa saya?" Tanya Tuan Malik lagi. Mikael mengambil nafas dahulu. Menghilangkan rasa gusar di dalam hati.
"Saya nak tanya dengan pak cik. Kenapa pak cik tak benarkan saya kahwin dengan anak pak cik?" Mikael mengajukan soalan. Tuan Malik terangguk angguk.
"Itu je soalannya?" Tanya Tuan Malik. Mikael mengangguk. Tuan Malik tersenyum sinis.
"Tak ada sebab pun. Saya memang tak setuju dengan perkahwinan kamu berdua." Semudah itu Tuan Malik memberi jawapan. Mikael tidak menduga dengan jawapan yang diberikan Tuan Malik.
"Erm. Takkan tak ada sebab? Mesti ada sebab kenapa pak cik tak setuju dengan perkahwinan kami." Balas Mikael tak puas hati.
"Yes! Tak ada sebab. Memang saya tak benarkan kamu berdua berkahwin." Mikael menghembus nafas kasar. Jika berterusan macam ni, mungkin dia boleh hilang sabar.
"Pak cik nak suruh saya buat apa supaya pak cik benarkan kami berkahwin?" Tanya Mikael. Dia perlu usaha sehabis baik untuk Tuan Malik bersetuju dengan perkahwinan mereka.
"Hurm. Buat apa ye?" Tuan Malik seolah olah berfikir. Mikael menunggu dengan penuh sabar.
"Tak payah buat apa apa. Saya tetap takkan benarkan kamu berdua berkahwin." Kata Tuan Malik lagi. Mikael ingin membalas tapi terbantut percakapannya apabila Tuan Malik menyambung kata.
"Senang cerita macam ini lah. Sejujurnya, saya tak halang jika kamu ingin berkawan dengan anak saya. Tapi saya tak akan benarkan jika kamu ingin menikahi anak perempuan saya." Jelas Tuan Malik. Mikael pelik.
"Okay. But, why?" Soal Mikael. Tuan Malik mengangkat bahu. Dari riak mukanya memang tiada rasa ingin menjawab pertanyaan Mikael.
"Mikael. Jemput minum. Mama tak masak banyak sangat. Ni ada kuih karipap sikit. Makanlah." Celah Puan Salina yang baru tiba dari dapur. Mikael senyum sebelum mengangguk.
"Terima kasih, ma. Susah susah je." Ujar Mikael. Puan Salina menggelengkan kepalanya.
"Tak ada yang susah pun. Untuk bakal menantu mama, semua boleh." Balas Puan Salina sambil tersenyum manis.
"Dia takkan jadi menantu kita. Abang tak akan benarkan." Tegas Tuan Malik. Semua orang terdiam.
"Abang!" Tegur Puan Salina. Agak keterlaluan kata kata suaminya itu.
"What?" Tanya Tuan Malik seperti tidak tahu apa apa. Puan Salina menggelengkan kepala melihat perangai suaminya. Dulu, ketika Mikael dan Melisa berkawan baik, suaminya itu okay sahaja. Tidak marah mahupun menghalang. Cuma, apabila Mikael membuat keputusan untuk memperisterikan Melisa, suaminya itu menentang dengan keras. Dia juga tidak tahu sebabnya apa. Bila ditanya, suaminya tidak menjawab.
"Walau apa pun yang berlaku. Keputusan saya tetap sama. Saya tak akan izinkan kamu berdua berkahwin. Tidak sama sekali!" Kata Tuan Malik dengan tegas sebelum dia kembali naik ke tingkat atas. Maknanya, Tuan Malik benar benar memaksudkannya.
"Youu." Rengek Melisa. Mikael memandang Melisa dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan. Dia buntu. Tidak tahu nak buat apa lagi. Keputusan papa Melisa sungguh membuatkan dia serabut.
"Apa kita nak buat ni you?" Tanya Melisa risau. Dia takut jika pernikahan mereka terpaksa dibatalkan. 2 bulan lagi mereka bakal berkahwin. Dan sudah tentu tanpa papa Melisa yang akan menjadi wali ketika pernikahannya. Dia tahu semua ni salah, tapi dia tiada jalan lain selain daripada buat macam ini.
"I tak tahu. Nanti I fikir okay?" Kata Mikael cuba menenangkan hati Melisa. Lambat lambat Melisa mengangguk.
"Kalau kahwin tanpa bagitahu papa?" Cadang Puan Salina tiba tiba. Terkejut mereka berdua.
"Maaa."
"Tak. Mama bukan apa. Mama nak jugak tengok anak mama bahagia. Sebab tu mama bagi cadangan macam tu." Terang Puan Salina. Muka Melisa jelas tidak setuju. Cukuplah pertunangan mereka berdua tidak diketahui papanya. Dia tidak sanggup untuk berkahwin dengan Mikael tanpa restu seorang bapa. Mikael mengeluh kecil. Berat sungguh ujiannya. Mengapa dia tidak boleh berkahwin dengan Melisa semudah orang lain?
Terima kasih sudi baca •}•
YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL [C]
Roman d'amour[C O M P L E T E] Perkahwinan mereka bukanlah atas dasar cinta. Mereka berkahwin atas dasar keterpaksaan. Mereka harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Janji dibuat di antara mereka berdua di awal perkahwinan. "Kalau antara kita dah ada orang...