Bunyi motor berkuasa tinggi itu memenuhi segenap perkarangan rumah banglo sehingga mencuri tumpuan semua orang yang berada di rumah itu.
Kelihatan seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 50-an sedang berdiri di hadapan pintu sambil bercekak pinggang dengan wajah menahan amarah memerhati ketibaan gadis itu.
"Baru jumpa jalan nak balik rumah?" soal lelaki itu sebaik sahaja gadis itu menghampirinya tanpa sedikit senyuman pun di wajah.
"Sejak bila peduli orang balik ke tak?" balas gadis itu semula atau lebih kepada memerli insan yang berada di hadapannya.
"Dah lah pa,orang malas nak berlawan cakap sekarang,penat nak rehat" sambung gadis itu segera melangkah masuk ke dalam rumah."Papa belum habis lagi bercakap dengan kamu Ayana!" kata Encik Yaseer sambil membuntuti anak gadisnya itu.Ayana hanya mengendahkan sahaja ayahnya.
"Ayana Kaila!" jerit Encik Yaseer dengan kuat sehingga mngejutkan seisi rumah,serentak dengan itu langkah Ayana terhenti dan segera berpaling memandang ayahnya yang jelas menyimpan amarah ke atas dirinya."Papa nak cakap apa lagi?! Boleh tak sehari papa tak payah nak bazirkan air liur papa tu membebel dekat Yana? Yana bosan lah! Otak Yana ni serabut tahu tak dengan papa lagi yang tak habis-habis nak cari kesalahan Yana je.Enough lah pa!" kata Ayana turut menahan amarah yang membara.
"Papa tak ajar kamu melawan dekat orang tua! Kenapa perangai kamu makin menjadi-jadi ni?" soal Encik Yaseer kepada Ayana.Ayana hanya tersenyum sinis mendengar persoalan dari ayahnya."Papa dah tak ingat ke? Sejak bila papa curahkan ajaran papa tu dekat Yana? Seingat Yana orang yang didik Yana cuma arwah tok wan je,orang lain tak pernah maklumlah busy dengan kerja sampai anak sendiri terabai" balas Ayana sambil memandang tepat ke mata ayahnya.Ibunya yang dari tadi memerhati pergaduhan mulut antara suaminya dan anaknya turut terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Ayana.
"Kurang ajar!"
"Abang!" jerit Puan Suraya segera memeluk anak perempuannya itu apabila Encik Yaseer hampir sahaja hendak melepaskan penampar sulungnya ke pipi mulus gadis itu.Diyana,adik Ayana turut sama terkejut."Kenapa abang ni sampai nak tampar anak sendiri?!" soal Puan Suraya tetap memeluk anaknya.
"Anak awak ni makin lama makin kurang ajar dah tak tahu nak hormat orang yang lagi tua dari dia!" kata Encik Yaseer pandangannya masih tidak lepas dari memandang Ayana
"Sudahlah bang kesian dia,hancur hati anak kita bang" kata Puan Suraya mencuba untuk meredakan kemarahan suaminya.Diyana yang mendengar menjulingkan bola matanya apabila ibunya mempertahankan kakaknya.
"Papa dah lama dah nak tampar Ayana,apa kata kali ni kita tunaikan je hasrat papa tu baru tenang hidup dia" sampuk Ayana yang dari tadi mendiamkan diri"Tengok tu sempat lagi melawan!" kata Encik Yaseer masih lagi mencuba untuk menyentuh anakknya
"YaAllah bang mengucap sudahlah tu!" halang Puan Suraya dengan nada yang sedih melihat keadaan dua beranak itu
"Dah kamu pun sama sudahlah tu lawan cakap papa,kamu pergi naik atas rehat kalau nak makan turun bawah ibu dah masak dah pergi" arah Puan Suraya tanpa berlengah Ayana cepat-cepat mengangkat kakinya pergi dari tempat itu.
"Awak terlampau manjakan dia tengoklah sekarang dah jadi apa budak tu" kata Encik Yaseer lagi menyalahkan isterinya pula
"Entah ibu ni selalu sangat nak defend akak tu.Ibu jangan sampai dia pijak kepala kita semua tau" sampuk Diyana pula sambil berpeluk tubuh
"Dahlah itu kamu berdua ni cuba la faham sikit perasaan akak tu,kasihan dia." nasihat Puan Suraya sambil menggelengkan kepalanya.Bapak anak sama je."Shit!" jerit Ayana sambil membaling helmetnya ke arah dinding manakala dia pula duduk bersandar ke dinding bilikknya sambil menahan air matanya daripada tumpah.Kesabarannya pada kali ini diuji lagi sekali seperti selalu.
YOU ARE READING
INURE
Romance"Membesar dengan sesuatu yang tidak baik dan tidak diingini" Itulah yang dapat digambarkan tentang hidup Ayana Kaila.Seorang gadis yang pada luarnya kelihatan sama seperti gadis lain namun dalamannya tidak seperti orang lain.Mentalnya kacau,jiwanya...