𝖧𝖠𝖩𝖲 39

1.5K 73 2
                                    

**𝕄𝕒𝕒𝕗 𝕥𝕒𝕕𝕚 𝕒𝕕𝕒 𝕞𝕒𝕤𝕒𝕝𝕒𝕙 𝕤𝕚𝕜𝕚𝕥 , 𝕛𝕒𝕕𝕚 𝕥𝕖𝕣𝕡𝕒𝕜𝕤𝕒 𝕦𝕟𝕡𝕦𝕓𝕝𝕚𝕤𝕙𝕖𝕕 ♡︎

✨✨✨

"Aku terima nikahnya Mutiara Ayrose binti Ahmad, dengan mas kahwinnya RM 2000 tunai,"

"Sah ?"

"Sah,"

"Sah,"

"Alhamdulillah. Bismillahirrahmanirrahim..."

Kesemua tetamu termasuk pengantin menadah tangan untuk mengaminkan bacaan doa oleh tok kadi.

Alhamdulillah pada jam 10 pagi ini, Adrian telah mengijabkabulkan puteri dari 7 beradik itu.

Ayyen lah yang menjadi wali Ayrose.

Sebak juga bila terkenangkan arwah ayah kita, berharap dia boleh menjadi wali kita.

Anak perempuan mana jer tak nak ayah sendiri menjadi walinya ?

Namun apakan daya, Allah lebih menyayangi beliau.

Ayrose mengelap air matanya yang jatuh menggunakan tisu di tangannya.

Tengku Kalisya menggenggam erat tangan menantunya bagi memberi semangat.

Kelihatan Adrian menghampiri mereka.

"Assalamualaikum, honey..." bisik Adrian tepat di telinga Ayrose.

Ayrose menjawab salam perlahan. Dia tersenyum menutup gugupnya.

Tangannya dihulur pada Adrian untuk disarung cincin. Selesai sahaja, tangan Adrian pula disalamnya.

Ayrose bagaikan terkena renjatan tatkala bibir Adrian dilabuhkan di dahinya.

Clickk

Bunyi kamera serta flash yang menyilaukan mata membuatkan Ayrose bertambah malu. Mukanya merona merah.

"Finally, you're mine..." Adrian memegang dagu Ayrose untuk mengangkat wajah Ayrose.

Mata Ayrose yang berkaca ditenung sedalamnya.

"And now, I'm Mrs. Adrian..." sambung Ayrose.

Adrian tersenyum. Air mata Ayrose yang mengalir di lap lembut.

Tangan Ayrose yang disarung cincin tadi diambil lalu dicium lama.

Pelbagai gaya kedua pasangan pengantin itu pada hari bahagia mereka. Biar lah ianya menjadi hari terindah, selepas berlalunya malam terindah sebelum ini.

✨✨✨

Malam yang semestinya dinantikan oleh pasangan sejoli ini. Dimana malam ini adalah majlis persandingan.

Majlis yang dibuat di dewan besar dengan hiasan yang serba sempurna serta pasangan pengantin menaikkan lagi seri majlis.

Tema malam ini iaitu pink. Namun bagi pengantin, yang gadis memilih memakai dress kembang berwarna rose bercorak bunga disekitarnya. Si jejaka pula memilih tuxedo berwarna dark blue.

 Si jejaka pula memilih tuxedo berwarna dark blue

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Jodohku Encik Tengku [C]Where stories live. Discover now