Reda hujan, timbullah mentari, Alhamdulillah.
Pokok-pokok yang basah dan kering dibilas cahaya, bunga-bunga yang berkembang daripada asalnya yang kuncup, kelongsong kepompong usang setelah rama-rama meninggalkannya dan sesekali kelicap muncul dengan kibasan kepaknya yang sangat laju, itu antara yang boleh diperhatikan sesudah hujan reda. Daun kering turut gugur, begitu juga pelepah palma, digegar angin, dihempap hujan. Sesumpah yang setia berulang-alik, tidak ada di pohon durian belanda, ditemui di pohon mengkudu, setelah beberapa kali mahu dirakam aksinya, menghilang diri, bersatu dalam hijau daun.
Alam menyajikan segala-galanya untuk kita, terpulanglah kepada kita untuk menyantuninya, terpulanglah kepada kita untuk meraikannya atau sebaliknya, kerana kitalah khalifah di bumi ini.
YOU ARE READING
Ayah Meneruskan Cerita
Short StoryAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...