Sebuah perkampungan yang hancur,sisa-sisa rumah yang hangus terbakar. Kesan darah yang kering kelihatan di atas tanah,sepasang kaki kelihatan melangkah.Hafez menyangkung menyentuh kesan darah,ternyata apa yang berlaku sudah lama. Hampir setengah hari kemungkinannya,itulah telahan Hafez dan baunya membuatkan sesiapa tidak biasa akan muntah.
Hafez memandang ke arah Ikhwan yang berdiri di puluhan mayat,yang sudah disusun untuk dikebumikan nanti. Ikhwan memejamkan mata memberi doa,hanya dia dan Ikhwan serta beberapa unit anggota diraja yang menguruskan mayat sahaja berada di situ. Hafez tidak mahu keadaan itu disaksikan oleh Erica,Jeanne dan Sakuya.
"Selesaikan mayat mereka semua.. Kasihan jika dibiarkan terlalu lama.." arah Ikhwan pada salah seorang anggota unit diraja,dipercayai kapten unit itu.
"Arahan diterima,tuan putera.."
Ikhwan menghela nafas pendek,dia dan Hafez hanya melakukan rondaan santai di situ. Namun lain pula jadinya,penempatan di situ bukan tidak dijaga. Tetapi anggota diraja yang mengawal di situ,turut dibunuh dengan kejam.
"Kenapa mereka sanggup bertindak kejam seperti ini?" soal Hafez menahan amarah.
"Taksub dengan kuasa.." ujar Ikhwan.
"Dengan mencabut nyawa orang yang tidak berdosa..?" soal Hafez lagi.
"Bagi mereka perlu agaknya.." jawab Ikhwan tenang.
"Apa tindakan kau selepas ini?" soal Hafez dan Ikhwan menghela nafas pendek.
"Kau tak perlu tahu.." jawab Ikhwan dingin,Hafez merengus.
"Aku tak suka kau jawab macam tu.. Aku cuma nak membantu.." ujar Hafez.
"Aku juga nak tahu siapa yang lakukan.." jelas Ikhwan dan Hafez memandang ke arahnya.
"Jadi?"
"Kampung ini adalah puak naga yang menyamar dalam bentuk manusia,tapi mampu dibunuh begitu mudah.. Ternyata mereka bukan sembarangan ataupun di bantu oleh kuasa yang setanding aku.." jelas Ikhwan dan Hafez mendengar sahaja.
"Setanding dengan kau? Dunia nak kiamat ke?" Hafez menyoal dan Ikhwan ketawa kecil.
"Kau serius nak bantu aku?" soal Ikhwan dan Hafez tersenyum.
"Kau kan suka memaksa aku.. Kali ni aku sukarela.. Kau patut rasa gembira.. Walaupun aku masih tak puas pasal kes Campbot tu.. " jelas Hafez sambil memerli dan Ikhwan tersengih.
"Suka hati kau.." ujar Ikhwan dan berpaling pergi.
Hafez tersengih dan mengekori Ikhwan dari belakang,dua figura muncul mengiringi mereka. Farhan memegang kemas pedang miliknya,Khaizo pula melonggarkan ikatan tali lehernya.
"Kau nak join eh Mad Lion?" soal Khaizo tersengih.
"Aku juga ada perasaan.. Mana mungkin aku boleh bertenang selepas apa yang berlaku?" jelas Hafez dan Farhan yang mendengar,hanya tersenyum.
"Kau ada klu?" soal Farhan.
"Buat masa ini aku dah gerakkan beberapa unit elite…selain itu aku juga akan mulakan siasatan.." jawab Ikhwan sambil diperhatikan oleh Khaizo dan Hafez.
"Kalau macam tu.. Apa kata kita lakukan siasatan secara berkumpulan… Mungkin lebih cepat.." Hafez memberi cadangan dan naga trio itu memandang satu sama lain lalu mengangguk.
"Cadangan yang baik.. Aku akan gerak dengan Fara.." ujar Farhan.
"Aku pula akan cuba dapatkan bantuan dari kenalan aku.." kata Khaizo.
YOU ARE READING
LEFT HAND OF GOD™
PertualanganDendam.. Kemarahan.. Benci.. Dusta... Perkataan itu bermain di mindanya.. Peristiwa hitam yang mengorbankan rakan karibnya serta insan tercinta segar di dalam ingatan.. Hafez Al'Azham,pahlawan badai memburu individu yang mengakibatkan korban rakan...