"Dylan mari turun makan tengah hari sekali"kalau lah aku boleh ubah masa... aku sahut ajakan tu.
march 2020
"ibu nak kahwin ??" Aku tergamam. Air mata mula bertakung dan bila bila masa sahaja boleh membanjiri rumah ini.
"Dylan taknak." aku membantah "Kalau dapat ayah tiri macam ayah kandung Dylan macam mana ? Dylan taknak tengok ibu terseksa lagi. Dylan penat ibu." aku tenung anak mata ibu, berharap apa yang diberitahunya tadi hanyalah gurauan.
"Dylan mesti suka ayah yang ni. Dia baik. Lagi baik dari ayah kandung Dylan." ibu memegang tangan aku. Aku tak tahu. Aku nak tengok ibu gembira tapi bukan dengan cara macam ni. Nanti apa orang cakap ??
Aku meleraikan pegangan tersebut dan berlari keluar dari rumah meninggalkan ibu bersendirian. Aku berjalan menuju ke taman permainan. Earphone aku cucukkan di telinga. Aku buka spotify dan mainkan lagu di dalam playlist. Aku baring sambil pandang langit. Kan best kalau jadi rama - rama. Bebas terbang pergi mana - mana.
Langit bertukar mendung. Aku tahu ibu akan marah kalau aku main hujan. Tapi biarlah. Aku masih marah akan ibu. Aku taknak balik. Kalau aku balik nanti lagi besar perang aku dengan ibu. Mata aku tutup dan nikmati hujan renyai yang mula membasahi sekelilingku.
june 2020
"Aku terima nikahnya Diana binti Abdullah dengan mas kahwin RM 350 ringgit tunai"
"sah"
"sah"
"alhamdulillah" satu suara mula mengucapkan syukur diikuti beberapa yang lain.
"Dylan salam tangan ayah" aku merenung kosong tangan tersebut. tiada rasa ingin salam atau bergembira di atas perkahwinan tersebut.
Dengan rela aku salam tangan lelaki tersebut. Aku dah ada ayah tiri. Nak nangis ke nak gelak tak tahu la. Aku hanya mengikuti apa yang disuruh oleh ibu. Disuruh ambil gambar bersama, kenal dengan keluarga baru dan macam macam lagi la. Muka aku tak payah cakap la. Masam mencuka. Sesiapa je yang tegur aku semua kena jelingan maut. Macam biasa kalau aku malas layan orang, earphone jadi teman aku. Kalini aku dengan lagu daripada playlist lain. Taknak sedih sedih sebab mood sedih jadi kita kena dengar lagu yang akan boost mood kita.
><
Pintu bilik aku tutup dengan perlahan. Penat. Nak tidur. Nak nangis. Nak lari. Nak mati...
Jam menunjukkan pukul 9:30 malam. Tikar dan bantal kecil aku ambil. Tidak lupa juga novel dan earphone. Aku buka tingkap bilik lalu aku panjat bumbung bersama dengan barang - barang tersebut. Aku menghamparkan tikar kecil dan kemudiannya aku baring. Langit malam ni sungguh cantik dengan dihiasi bulan penuh ditemani bintang - bintang yang berkelipan.
bila nak habis spm ? tak sabar nak keluar dari rumah. nak sambung belajar. nak jumpa reece bibby. nak kahwin dengan mikhael" bila sebut je nama mikhael, automatik aku senyum sampai telingaa. aaaa mikhael bila nak ajak saya kahwin ??!!
tapi aku ada lagi dua tahun untuk spm. ookayy apa nak buat dalam tempoh dua tahun tu?
•••
terima kasih sebab baca (walaupun belum ada yang baca).
YOU ARE READING
Ezra
Romance"Dylan, tolong ambilkan order meja lima" "Dylan bawa pinggan ni hati - hati. Panas ni" "Dylan , kau salah ambil order meja tiga ke ?" Dylan. Kecil - kecil lagi dah kerja sebab taknak susahkan ibu. Kehidupan dia berubah 360 darjah selepas kematian...