Ilham Liyana
Yana mengeluh melihat jam tangannya, hari ini hari keputusan SPM dikeluarkan dan dia berdebar menunggu keputusan diumumkan.
"Ish, lambat pula result ni keluar." katanya sambil membetulkan tudung bawal warna hitam supaya menutupi dadanya yang agak menimbul itu . Baju kurung pink sendat yang dipakai disapu - sapu supaya tidak kelihatan terlalu berkedut menampakkan kelusuhan pakaian itu. Bukan yana mahu memakai pakaian yang sendat begitu.
Ilham Liyana bukanlah berasal dari keluarga yang berada, umpama kais makan pagi makan pagi, kais makan petang makan petang dan dia berazam untuk membantu keluarga andai kata dia berjaya satu hari nanti.
"Ilham Liyana binti Abbas"
Tersentak yana dari lamunannya.
"Ya saya" jawabnya dari jauh
"Tahniah kerana berjaya mendapat keputusan yang cemerlang"
Yana terus menutup mulutnya dengan kedua tangannya, mahu menahan teriakkan gembira dari hatinya. Tangisan yang tidak menjangka mulai membasahi pipinya. Bagi yana ini satu permulaan baru untuk dirinya untuk memperbaiki nasib keluarganya. Namun, tanpa yana sedari jalan hidupnya adalah lebih berliku liku dari itu.
Diatas keputusan cemerlang, yana akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran ke University of Manchester di United Kingdom. Bagaikan rusa masuk kampung, suasana yang berbeza disana membuatkan yana sedikit keliru dengan gaya hidup orang orang disana yang bebas.
Sepanjang yana disana, yana hanya ada satu kawan serumah yang berasal dari Kuala Lumpur. Lisa sememangnya anak bandar, rambutnya lepas panjang paras bahu bagai sengaja mahu menunjukkan assetnya yang bagaikan nak menonjol dari baju ketatnya. Dengan potongan badannya yang mengiurkan, cukup untung mengiurkan jejaka jejaka Caucasian disana yang sememangnya mahukan gadis asia. Lisa mengamalkan gaya hidup bebas, hidup pernah dengan parti dan arak sejak dia di Malaysia lagi.
Putri Nurlisa
"Eh yana, malam ni u buat apa? Jom g party class dekat rumah Mike? Dia da ajak tu. Bonding kot" Kata roommatenya itu.