Tepat pukul 10 pagi, Yewon sudah Ada di cafe prince. Mata Yewon melilau-lilau melihat sekeliling cafe dengan hati yang tidak tenang. Mana tak nya nak tenang, bila dia berduaan sahaja di meja dengan Jeongwoo.
"Aigoo mana jihyo dengan jaehyuk nii, semalam duk spam sangat suruh jangan lewat, tapi sekarang mereka yang lewat... dah pukul 10.25 still tak nampak batang hidung" kutuk Yewon di hati. Yewon memang gelabah habis bila dia tidak tahu mahu buat apa bila berdua dengan Jeongwoo, tpi mamat tu buat dunno ja dengan dia dari tadi main telefon. Sakit mat kena palau.
"Kau relax laa, japgi diorang datang lah" kata Jeongwoo yang matanya masih menatap telefon. Yewon mencebik.
*5minit kemudian*
"Gaissss sorry sorry kami terlambat sebab semalam kami tidur lewat sampai terlajak tidur" kata Jihyo yang tercungap-cungap, begitu juga dengan jaehyuk. Maybe diorang lari datang ke sini.
"Ha tak apa lah janji korang sampai juga" kata Jeongwoo. Manakala Yewon sudah buat muka merajuk, mana tak merajuk, janji pukul 10 tapi diorang sampai 10.30. 30 minit tu maybe Yewon dah habis satu episode kdrama tau, haish buang masa ja.
"Yewonn-ahh~ maaflah sumpah kami tak sengaja. Semalam kita orang excited sangat, bincang nak buat apa lagi lepas tengok wayang sampai tak sedar sudah pukul 3 lebih. Aku dah set jam loceng tapi sebab letih Aku tak dengar, jaehyuk pula harapankan Aku bangunkan dia, so dah Aku lambat, dia pon lambat laa.." Terang Jihyo panjang.
"K" Yewon masih buat muka merajuk dan tidak pandang Jihyo yang masih memujuknya.
Tiba² jeongwoo bersuara-
"Kau nii diorang lambat 30 minit ja, itu pon nak bad mood.. Kira okay lah diaorang datang dengan selamat. Tengok lah diorang sampai tak cukup nafas sebab lari datang sini, yang kau tahu nak merajuk. Cuba matang sikit!" kata jeongwoo tegas.
Yewon terkejut bila jeongwoo naikkan suara. Niat yewon hanya mahu berpura-pura merajuk dengan jihyo tapi tak sangka jeongwoo marah pada dia.
"Eh dah laa jeongwoo, memang salah kami pon" jaehyuk mencelah.
"Jeongwoo! Jangan marah yewon lah, dia sengaja ja merajuk dengan Aku.. Aku dah lama kawan dengan dia jadi Aku tahu dia bukan betul² merajuk pon!" Jihyo terus peluk Yewon yang masih kaku bila jeongwoo marah dia tadi.
"Aku balik dulu" terus yewon keluar dari cafe itu. Jihyo mengejar yewon.
"Sekarang nii kau yang bad mood sebenarnya, kau period ke? Tanya jaehyuk
"Ah kau agak lah Aku period, Aku lelaki tulen budus"
"Dah tu yang kau gi marah yewon dah kenapa? now see dia dah betul² merajuk" jaehyuk terus ikut jejak jihyo yang sedang pujuk yewon di luar cafe.
Jeongwoo mengusutkan rambutnya. Sekarang dia rasa bersalah, dia pon tak sangka yg dia akan meninggikan suaranya pada Yewon. Dia pon sedar masa mereka berdua sahaja di meja, yewon Ada beberapa kali cuba bercakap denganya tetapi dia malas layan. Semuanya kerana rumor di sekolah yang ramai orang ingat mereka berdua couple.
Jeongwoo tak pernah ada hati pada yewon, tapi dia ajak yewon rehat sekali kerana jihyo yang menyuruhnya.
// Skip //
Yewon, Jihyo, Jaehyuk dan Jeongwoo sekarang berada di depan panggung wayang. Nasib laa jihyo dapat pujuk yewon untuk keluar sekali, tapi yewon masih tidak mahu cakap atau pandang muka jeongwoo. Dia sangat terasa dengan jeongwoo, bukan sebab kata²nya sahaja tetapi kerana jeongwoo tengking dia dalam cafe dan ramai orang yang melihat kejadian itu. Yewon merasa sangat malu.
"Kalau korang nak tengok wayang, tengok laa.. Aku tak nak" yewon nak pergi dari situ tapi jihyo terlebih dahulu menahan yewon.
"Kalau kau tak nak tengok wayang, kita orang pon taknak" kata jihyo sambil senyum.
"Ha ah, tak payah tengok wayang, kita gi tempat lain nak? Kau nak gi mana, cakap ja kita pergi sekali" kata jaehyuk seakan memujuk yewon.
Jeongwoo masih diam di belakang jaehyuk, sebenarnya dia mahu mintak maaf dekat yewon tetapi mulutnya terasa sangat berat.
Yewon fikir sejenak sebelum dia menarik tangan jihyo dan lari ke arah tangga, terseret jihyo bila yewon tiba² menariknya. Jaehyuk terkejut terus dia lari ikut yewon yang tarik jihyo macam tarik lembu itu.
Jeongwoo hanya perati mereka pergi. "Apa pon kau kena mintak maaf woo, kau dah salah faham dengan yewon, dia tak salah" bisik hati jeongwoo sebelum dia mengorak langkah mengikuti mereka.
.
Yewon berhenti membuatkan langkah jihyo dan jaehyuk pon terhenti. Mereka melihat tempat yang yewon pandang-
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Dah lama Aku tak datang sini" akhirnya yewon tersenyum riang bila lihat semua permainan di tempat itu.
"Ye lah, dulu kita kerap datang sini" balas jihyo riang.
Yewon dan jihyo lari anak masuk ke dalam sambil diekori oleh jaehyuk. Jeongwoo pula masih belum datang, tak tahu laa dia ke mana tetapi jaehyuk sudah menberitahu dia melalui mesej yang mereka berada di timezone.
. . . .
Sudah hampir 2jam mereka bertiga main di dalam itu, kenapa bertiga? Yaa jeongwoo masih belum munculkan diri, jaehyuk dengan jihyo tertanya- tanya juga kenapa jeongwoo tiba² hilang tanpa kabar, mesej juga tidak dibalas..tetapi tidak bagi yewon.. Dia gembira bila jeongwoo tidak munculkan diri.. Dia terlalu gembira bila dapat main permainan kegemaranya dengan aman.
"Fuh dah lama dah nii kita main, jom laa balik jihyo jaehyuk!" kata yewon sambil jalan undur ke belakang. Baru dia nak pusing ke hadapan-
Buk
"Auch" punggung yewon selamat cium lantai. Yewon memandang orang yang langgar dia dengan sinis. Jihyo dan jaehyuk terus lari dapatkan yewon.
"Awak tak apa-apa?" Tanya lelaki itu bila nampak yewon dah jatuh ke lantai. Nasib laa dia tidak jatuh kerana sempat pegang arcade di tepi itu.
Yewon bangun dan terus pergi dari situ tanpa berkata apa-apa. Lelaki itu terpinga-pinga dengan tindakan yewon.
"Maaf kawan saya tu memang macam itu, saya mintak maaf bagi pihak dia" kata jihyo sebelum dia ekori yewon. Jaehyuk hanya senyum.
"Orang lain yang langgar, orang lain pula yang mintak maaf" bisik hati lelaki itu sambil mengeleng kepala.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Makin tak best kan? Patut ka aku teruskanbuatceritani?