Bab 2 : Pengganti

410 41 9
                                    

Cuaca dalam keadaan yang baik dan cerah. Ustaz Kamarul memulakan perjalanannya ke Al-Mukmim. Termenung Ustaz Kamarul ke arah tingkap melihat suasana di luar kereta. Di saat Ustaz Kamarul termenung, dia teringat dan mengimbas kembali apa yang terjadi kepadanya di Al-Mukmim. Ia merupakan sebuah pengalaman yang tidak boleh dilupakan oleh Ustaz Kamarul. Bagaimana Ustaz Kamarul boleh melupakan apa yang terjadi di sana, sedangkan dia telah kehilangan ibunya kerana A'ma. Jika Ustaz Kamarul diberikan kesempatan untuk berjumpa semula dengan A'ma. Jika ada seseorang yang perlu mengakhiri A'ma, orangnya adalah Ustaz Kamarul.

Pintu pagar Al-Mukmim sudah kelihatan dari jauh, menandakan Ustaz Kamarul sudah sampai ke destinasinya. Ustaz Kamarul melalui pagar Al-Mukmim dan kemudian dia ditegur oleh Pak Hamad, pengawal keselamatan Al-Mukmim.

" Assalamualaikum, Ustaz. Dah lama kita tak jumpa. Kenapa ustaz tiba-tiba datang Al-Mukmim?" - tanya Pak Hamad kehairanan melihat Ustaz Kamarul kembali ke Al-Mukmim.

" Waalaikumussalam, Pak Hamad. Sebenarnya saya ada urusan yang nak kena settle dekat sini." - jawab Ustaz Kamarul.

Ustaz Kamarul pun memandu keretanya memasuki ke dalam Al-Mukmim dan meletakkan keretanya di kawasan letak kereta yang telah disediakan. Ustaz Kamarul disambut oleh pengetua Al-Mukmim, Ustaz Zafari. Ustaz Zafari pun menjemput dan membawa Ustaz Kamarul terus berjumpa dengan Ustazah Hamidah. Ustazah Hamidah pun cuba menjelaskan segalanya kepada Ustaz Kamarul.

Ustazah Hamidah menceritakan bahawa ini bukan kali pertama dia memimpikan A'ma. Untuk awal-awal bermulanya mimpi A'ma ini, Ustazah Hamidah hanya menganggap itu kerana trauma yang dialami olehnya hingga menyebabkan dia termimpi A'ma. Tetapi apabila ia sudah kerap berlaku, Ustazah Hamidah tidak lagi merasakan bahawa mimpi tersebut kerana trauma atau permainan tidur. Daripada Ustazah Hamidah terus berteka-teki, lebih baik dia menyediakan payung sebelum hujan. Kerana itu, Ustazah Hamidah memanggil Ustaz Kamarul untuk datang bagi langkah berjaga-jaga berkaitan A'ma.

" Setakat ni, Ustazah pernah tak berhadapan secara bersemuka dengan dia? Selain mimpi." - tanya Ustaz Kamarul kepada Ustazah Hamidah.

" Setakat ni, belum pernah lagi Ustaz." - jawab Ustazah Hamidah.

" Apa je yang terjadi dalam mimpi?" - tanya Ustaz Kamarul lagi.

" Pada awal-awal saya kena mimpi ni, Dia hanya tunjukkan diri dia saja. Tapi semalam lain daripada yang lain. Dia munculkan diri dan dia juga kali ni ada sebut yang dia akan kembali." - jelas Ustazah Hamidah kepada Ustaz Kamarul.

" Saya rasa memang dia dah kembali. Kita kena sentiasa peka dengan keadaan sekeliling." - kata Ustaz Kamarul pada Ustaz Zafari dan Ustazah Hamidah.

Sedang sibuk mereka bertiga berbual, datang Ustaz Qu memanggil Ustaz Zafari. Ustaz Qu memberitahu bahawa ada orang mencari Ustaz Zafari dan ada perkara yang ingin dibahas oleh orang tersebut. Ustaz Zafari pun mengikuti Ustaz Qu untuk berjumpa dengan orang tersebut.

**************************

Ustaz Zafari pun memasuki pejabatnya dan tetamunya sudah menunggu dan duduk di kerusi yang terdapat di dalam pejabat tersebut. Ustaz Zafari pun menegur tetamu tersebut dan rupanya tetamu tersebut ialah kenalannya dan bekas tenaga pengajar di Al-Mukmim, Ustaz Yazin.

" Sudah lama kita tak jumpa, Ustaz Yazin." - tegur Ustaz Zafari sambil menghulurkan tangan ke arah Ustaz Yazin.

" Ya, dah lama sangat kita tak berjumpa selepas saya berhenti." - jawab Ustaz Yazin.

" Ada apa Ustaz Yazin datang sini, tak bagitahu pula tu?" - tanya Ustaz Zafari sambil duduk di kerusinya.

" Sebenarnya saya dah dengar apa yang terjadi dekat Al-Mukmim." - jawab Ustaz Yazin dengan nada series.

" Apa yang Ustaz Yazin dengar?" - tanya Ustaz Zafari dan dalam masa yang sama dalam fikiran Ustaz Zafari bahawa Ustaz Yazin sudah mendengar tentang kes A'ma di Al-Mukmim.

" Saya dengar bahawa ada kes kematian dekat sini dan sampai sekarang polis tak temui apa-apa. Saya juga tahu banyak ibu bapa nak menarik diri sebab reputasi Al-Mukmim dah buruk dan ibu bapa pun risau dengan keadaan anak-anak mereka." - jelas Ustaz Yazin kepada Ustaz Zafari.

" Ouh, berkaitan perkara tu! Itulah yang saya tengah pening. Macam mana saya nak yakinkan ibu bapa. Buntu otak saya dibuatnya." - jawab Ustaz Zafari dalam keadaan mengeluh.

" Saya datang ke sini, sebenarnya saya tahu cara kita nak selesaikan masalah ni." - kata Ustaz Yazin.

" Macam mana tu?" - tanya Ustaz Zafari dalam keadaan ingin tahu.

" Ustaz Zafari kena tarik diri daripada jawatan pengetua Al-Mukmim." - kata Ustaz Yazin dalam keadaan series.

" Apa yang Ustaz Yazin merepek ni. Itu dah sama macam saya menyerah kalah terhadap Al-Mukmim." - tegas Ustaz Zafari.

" Saya tak merepek, Ustaz. Saya bukan suruh Ustaz menyerah kalah. Tapi kalau kita nak selamatkan reputasi Al-Mukmim, ibu bapa harus letakkan kepercayaan mereka pada orang baru. Mereka dah tak percayakan dah dekat Ustaz." - jelas Ustaz Yazin.

" Apa yang Ustaz Yazin cuba sampaikan ni? Saya tak faham." - tanya Ustaz Zafari lagi.

" Ustaz, kita dah membesar dengan Al-Mukmin dari kita kecil sampailah sekarang. Takkan kita nak biarkan tempat yang penuh dengan kenangan ni, jatuh macam tu saja. Ustaz sebagai pengetua Al-Mukmim kena rela berkorban kalau Ustaz sayangkan madrasah kita." - jelas Ustaz Yazin.

" Kalau saya letak jawatan, siapa pula nak gantikan tempat saya?" - tanya Ustaz Zafari.

" Saya boleh gantikan tempat, Ustaz. Lagipun, selain Ustaz Zafari tiada orang lain yang boleh gantikan tempat, Ustaz." - kata Ustaz Yazin.

Sehingga sekarang, Ustaz Zafari memikirkan apa yang dikatakan oleh Ustaz Yazin. Bila difikirkan balik, ada betul juga apa yang dikatakan oleh Ustaz Yazin. Dengan cara itu, ibu bapa boleh meletakkan harapan mereka kembali kepada Al-Mukmim dengan adanya pengetua baru.

**************************

Ustaz Kamarul memasuki biliknya dan menyusun semua pakaiannya ke dalam almari. Ustaz Kamarul kemudianya, mengeluarkan sebingkai gambarnya bersama ibunya. Ustaz Kamarul mengimbas kembali apa yang terjadi disini dan juga kenangannya bersama ibunya di bilik ini. Kali ini, jika A'ma berani memunculkan dirinya kembali, Ustaz Kamarul tidak akan membiarkannya mencederakan orang lagi. Cukup ibunya sahaja yang menjadi mangsa A'ma.

Setelah siap mengemas semua barangnya, Ustaz Kamarul pun tidur di atas katil kerana kepenatan memandu sepanjang perjalanannya ke Al-Mukmim. Ustaz Kamarul pun terlelap. Di saat Ustaz Kamarul terlelap, bingkai gambar Ustaz Kamarul bersama ibunya terjatuh ke atas meja dan kawasan permukaan gambar pun tertutup.

Bersambung . . .


A'ma 2 (Buta)Where stories live. Discover now