𝖧𝖠𝖩𝖲 46

1.1K 62 0
                                    

Adrian keluar dari bilik air sambil mengelap rambutnya yang basah. Dia memandang ke arah Ayrose yang sedang sibuk menyapu lotion ke tangannya.

Apabila terbau lotion itu, tekak Adrian terasa loya. Dia terus berlari ke bilik air dan memuntahkan isi perutnya.

Ayrose memandang pelik pintu bilik air yang terbuka itu. Kenapa dengan Adrian ?

"Uwelkk... welkk..."

Terus Ayrose berlari anak ke arah bilik air. Kepalanya dijenguk ke dalam.

"Hubby, kenapa ni ?" soal Ayrose pelik.

Adrian membasuh mulutnya dan memandang Ayrose dengan mata kuyunya.

"Honey pakai lotion apa ?" soal Adrian menghiraukan soalan Ayrose tadi.

Berkerut dahi Ayrose. Lotion ?

"Lotion apa ? Lah, lotion yang hubby beli tu lah," jelas Ayrose mengenai lotion yang dibeli oleh Adrian semasa mereka di Paris.

Hidung Adrian kembali menangkap bauan lotion tadi. Automatik tekaknya terasa loya dan ingin muntah.

"Welk... welkk..."

Ayrose ingin menghampiri Adrian tetapi segera dihalang.

"No, lotion tu busuk lah..." rengek Adrian.

Berkerut dahi Ayrose sekali lagi. Busuk ?

"Serius lah ?" soal Ayrose tidak percaya.

Adrian mengangguk perlahan.

"O-kay... hubby dah okay ke ni ?" soal Ayrose.

Adrian menutup hidungnya dan mengangguk.

"Ermm, hubby keluar dulu lah," arah Ayrose.

Adrian hanya menurut dan keluar dari bilik air. Sementara Ayrose membersihkan tangannya dari lotion tadi.

✨✨✨

"Hubby okay tak ni ? Serius okay ?" soal Ayrose buat kesekian kalinya.

"Okay, jangan risau lah..." balas Adrian lembut sambil mengusap tangan Ayrose.

Sedari tadi badan Adrian lemah. Asyik mual, loya, muntah-muntah, pening dan hampir pitam. Dia hanya terbaring di atas katil.

Ayrose melarang dengan amaran keras kepada suaminya untuk berbuat sebarang kerja.

Sepatutnya hari ni dia kena pergi office, tapi Ayrose tak benarkan memandang keadaan Adrian yang lemah.

"Ishh, hubby ni macam tak okay jer. Jom lah pergi klinik," paksa Ayrose.

Tak tahu pula Adrian ni susah nak pergi klinik. Entah apa ditakutnya kat situ.

"No, takyah lah..." rengek Adrian sambil memeluk Ayrose dan berbaring di ribanya.

Ayrose mengusap rambut Adrian lembut. Kenapa agaknya, eh ?

"Honey..." panggil Adrian.

"Hmm ?"

Adrian memandang ke arah isterinya sambil memuncung.

"Lapar lah, nak makan bubur boleh tak ?" soal Adrian manja.

Ayrose tersengih. Comel betul minta macam tu !

"Of course boleh. Sekarang, eh ?" soal Ayrose kembali.

Adrian mengangguk dengan mata bersinar.

"Okay, hubby rest dulu. Saya nak pergi masak bubur," Ayrose mencubit kedua belah pipi Adrian.

Adrian hanya akur dan berbaring di bantal. Ayrose pula meninggalkan Adrian di dalam bilik dan bergerak ke dapur.

✨✨✨

"Sedap, ke ?" soal Ayrose sengaja.

Adrian mengangguk dengan mulut penuhnya.

"Sedap sangat ! Thank you, honey," Adrian tersengih.

Ayrose mengukir senyuman lega. Takut tak tak kena dengan tekak jer.

Namun timbul persoalan di fikiran Ayrose. Kenapa Adrian manja lain macam ?

Tiba-tiba iPhone Xs milik Ayrose di atas meja tepi katil berdering minta diangkat. Ayrose segera bergerak mencapai phone nya.

'𝙈𝙖𝙢𝙖 𝘼𝙙𝙧𝙞𝙖𝙣 😍💗'

"Kejap eh, hubby," pesan Ayrose sebelum mengangkat panggilan.

Helo assalamualaikum, ma

Waalaikumussalam , Rose
Rose okay ke , tu ? Ad macam mana ?

Alhamdulillah okay jer semua
Adrian dah okay sikit

Rose boleh tak jaga Ad tu ?
Ad kalau sakit , memang manja
Rose tak bawa Ad pergi klinik , ke ?

Rose boleh jer jaga Adrian
Adrian tak nak pergi klinik, Rose tak nak lah paksa dia

Ad , Ad , budak tu memang susah nak pergi klinik
Takpe lah , Rose jaga anak mama elok - elok , ye ? Apa - apa call mama
Terima kasih , Rose

Baik ma, Rose janji Rose jaga Ad elok-elok
Dah memang tanggungjawab Rose, tak perlu lah mama nak terima kasih

Yelah
Ni , mama ada kerja ni
Mama letak dulu , ye
Assalamualaikum

Waalaikumussalam, ma

Tut !

Sebaik panggilan dimatikan, Ayrose meletakkan kembali phone nya di atas meja. Adrian di sebelah dipandang.

"Siapa tu ? Tersengih, sengih," balas Adrian dalam nada cemburu.

Ayrose tergelak kecil. Cemburu ke, cik abang ?

"Mama lah. Eyy, dengan mama pun nak jealous, ke ?" soal Ayrose lalu kembali menyuap Adrian.

"Haah, takut nanti dia ambil honey," balas Adrian tidak mahu kalah.

Ayrose tergelak melihat telatah suaminya.

"Eishh, ada-ada jer lah," Ayrose menggelengkan kepalanya.

Adrian tersengih. Comel !

CONTINUEZ...

Jodohku Encik Tengku [C]Where stories live. Discover now