Bam!
Pintu kereta Kancil berwarna silver itu ditutup. Lara mengenakan tali pinggang keselamatan manakala si Zieta pula menghidupkan enjin kereta. Kelihatan peluh merembes di dahi sesudah sahaja mengangkat barang-barang mereka daripada Sri Mahligai Condominium ke Kolej Mawar yang terletak di dalam kawasan UiTM.
Akhirnya selesai juga mereka berpindah. Minggu hadapan semester baru akan bermula dan Lara pula akan memulakan latihan praktikal di Petronas!
"Okay, sekarang kita pergi makan ye? Kau nak makan apa? Aku belanja!" Kata Zieta dengan nada yang ceria.
Lara hanya tersenyum nipis. Tiba-tiba saja Zieta hendak belanja. Lara tahu, Zieta saja hendak menceriakannya.
"Hmm... Kau yang belanja, kau decide-lah." Ujar Lara, malas hendak berfikir. Lagipun dia langsung tak ada mood. Hati masih terasa sebal dengan kehilangan nombor telefon Ashraf.
"Ala, kau nak makan apa?"
"Hmm... Nothing specific at the moment."
Zieta merenung wajah Lara yang kelihatan redup. Pagi tadi sebaik sahaja Zieta tiba di Sri Mahligai, Lara beria menangis sambil menceritakan apa yang terjadi. Mata Lara nampak bengkak namun beransur surut.
"How about Secret Recipe? Nanti kau boleh makan Chocolate Indulgence sekali. Itukan comfort food kau bila kau tengah sedih."
Lara tersenyum lantas mengangguk. Kadang-kala dia bersyukur mempunyai rakan seperti Zieta. Memang benar, Zieta kaki kelab malam, mabuk dan mengambil benda-benda yang terlarang. Malah, Zieta juga bebas keluar masuk ke rumah sewa Korie. Namun begitu Zieta sentiasa ikhlas membantu. Zietalah juga rakan yang sering ada bersama Lara dalam apa jua keadaan terutama sekali ketika dilanda kesusahan. Gadis inilah yang tidak jemu-jemu menolong dan menenangkannya setiap kali dia dilanda masalah. Begitu juga dengan Khyra tetapi Zieta lebih mengambil berat.
Tiba-tiba Lara menekup muka dan menangis. Zieta yang baru saja hendak memandu menarik semula brek tangan kereta.
"Eh? Kenapa kau menangis ni?!" Zieta memegang bahu Lara dengan wajah yang terpinga. "Janganlah macam ni... Kau jangan bimbang, nanti kita fikir sama-sama untuk cari nombor Ash, okay?"
"No, aku menangis bukan sebab Ashraf."
"Hah, habis tu?"
"Aku fikir kalau kau takde, aku tak tahu nak buat macam mana Zie..."
"Alololorrr..." Balasan Zieta itu membuatkan mereka tertawa walaupun Lara masih dalam esakannya.
"Ala, kitakan memang selalu bersama. Buat kerja gila sama-sama, buat benda bodoh sama-sama." Serentak itu mereka tertawa lagi. Teringat kenangan mereka lompat pagar di Fakulti Seni Lukis & Seni Reka di tengah-tengah malam. Waktu itu Zieta masih tiada kenderaan. Semuanya gara-gara hendak keluar 'cucuk langit' punya pasal!
"Kitakan partner in crime. Khyra je susah sikit sekarang sebab dia dah terbang ke sana sini, but basically we are still together okay?" Zieta tersenyum memandang Lara. "Ala, dulu masa aku tengah problem dengan Korie, kau tolong aku. Sekarang ni akulah pulak tolong kau." Sambungnya lagi.
"Tapi kau tolong aku lagi banyak, Zie. Hidup aku ni tak habis-habis dilanda masalah. Kadang-kadang aku rasa macam susahkan kau je."
"Ish, janganlah cakap macam tu. Bukannya kita mintak problem tu datang pada kita. Aku pun banyak jugak problem, biasalah hidup..."
Kening Lara berkerut.
"Problem apa? Kenapa kau tak cerita dengan aku?" Pandangan Lara tajam menusuk ke mata Zieta. Dia lihat gadis itu tersengih bagai kerang busuk.
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomanceMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...