Two Worlds

67 11 9
                                    

" Awak dah gila ke, Min Yoongi?! "

" Ya, saya memang dah gila! Bagitahu saya, siapa yang tak naik gila bila dapat tahu kekasih dia curang?! Bagitahu saya, Kim Haneul! "

Yoongi tidak mampu menahan amarahnya. Stereng kereta dipukul berkali-kali. Wajah kekasihnya di sebelah, langsung tidak dipandang.

" Saya dah buat macam-macam untuk awak, Haneul. Kalau awak dah bosan dengan saya, cakap je. Susah sangat ke nak berterus terang? Seronok ke sakitkan hati orang? " Airmata lelaki itu bergenang.

" Ya, saya dah bosan dengan awak. Bosan sangat-sangat. Sekarang, saya dah berterus terang. Puas? Lepaskan saya. " Lancar kata-kata itu meluncur keluar dari mulut Haneul.

Yoongi terdiam seribu bahasa. Tak sangka, walaupun banyak perkara dia telah korbankan untuk pertahankan hubungan mereka berdua, dirinya tetap dibenci oleh wanita yang paling dia cintai. Kim Haneul.

" Mulai saat ni, kita dah tak ada apa-apa hubungan. Faham? Turunkan saya kat sini. "

" Okay. Tapi buat kali terakhir.. izinkan saya hantar awak ke rumah awak dengan selamat. Tolong? " Yoongi merayu. Egonya direndahkan, airmatanya mula membasahi pipi.

" Tak payahlah nak merayu sangat. Cepat, berhentikan kereta ni kat sini. Saya dah malas nak tengok muka awak. Menyampah sangat. " Haneul meninggikan suara.

" Tak. Tak nak. Saya tak kejam lagi nak tinggalkan awak dalam keadaan hujan macam ni. " Yoongi memandang keluar tingkap. Fokusnya masih di atas jalan raya yang basah dan licin itu.

" Saya kata berhenti! " Haneul menggangu Yoongi yang sedang memandu, menyebabkan kereta itu hilang kawalan.

" Kim Haneul! Awak nak mati ke?! " Soal Yoongi. Matanya memandang wajah Haneul.

PIN PIN!

Kedengaran bunyi hon kenderaan dari belakang. Yoongi mengalihkan pandangannya ke depan.

" ARGH! " Yoongi menjerit sebelum kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar penghadang jalan.

Dan segala-galanya bertukar hitam pada waktu itu, dalam pandangan Yoongi.

__

Lelaki itu menghela nafas berat, mengenangkan kejadian pada malam itu.

" Hyung! " Panggilan itu mendapat perhatian daripada Yoongi. Yoongi menoleh ke belakang.

" Dah bangun? " Soalnya mesra.

" Hmm, lambat sikit hari ni. "

Yoongi tergelak kecil.

" Tak apalah, Hoseok. Bukannya selalu pun kau bangun lambat. Lagipun malam semalam kau teman aku tengok movie tu kan? "

" Haah, tapi kau tertidur. Hm. "

Yoongi tergelak besar. Teringat pula malam semalam, di mana dia tertidur semasa menonton sebuah filem bersama Hoseok.

" Beria nak tengok, tapi dia yang tidur dulu. " Kata Hoseok lagi.

" Ha, mengungkit. Ni, dah sarapan belum? " Soal Yoongi.

" Belum. Aku bangun tadi, tengok hyung tak ada dalam bilik hyung. Jadi aku cari hyung kat luar ni. "

Yoongi menangguk perlahan.

" Pergi makan. Aku ada sediakan sarapan kat dapur tu. " Pesan Yoongi.

Hoseok teruja. Hari ni, abangnya bangun awal. Buatkan sarapan pula. Bertuah betul!

" Terima kasih, Yoongi hyung! Aku sayang kau! " Hoseok memeluk lengan Yoongi dengan manja. Sengihan tidak lekang dari bibirnya.

Two Worlds | YoonSeokWhere stories live. Discover now