Ayrose meletakkan baju terakhir di dalam bagasi milik Adrian sebelum di zip. Bagasi itu diangkat dan diletakkan di sebelah pintu bilik.
Sayu hati Ayrose memandang beg itu. Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia merayu agar Adrian tidak pergi.
Tapi itu pun kalau dibenarkan.
Hatinya kuat mengatakan bahawa ada sesuatu yang buruk akan terjadi.
Astagfirullah, minta jauh lah !
"Honey," teguran Adrian menyentakkan lamunan Ayrose.
Lantas Ayrose berpaling pada Adrian yang baru keluar bilik air dengan tuala di pinggang.
Kenapa Ayrose rasa, Adrian macam... seksi ?
"Honey dah siap kemas, ke ?" soal Adrian lembut.
Ayrose mengangguk.
"Dah. Tu," bibirnya dijuih pada bagasi tadi.
Kemudian Ayrose menghampiri Adrian. Dipeluk erat tubuh suaminya melepaskan rindu.
Ceh, rindu ?
"Honey, kenapa ni ?" Adrian mengusap perlahan rambut isterinya.
Ayrose menggeleng perlahan. Dia cuma mahu menikmati pelukan ini.
Adrian tersenyum tanpa sedar.
Ayrose melepaskan pelukan dan memandang ke dalam mata Adrian.
"Hubby, ermm, boleh tak... ?" Ayrose mengantungkan ayatnya.
Bibir bawahnya digigit.
"Honey, jangan buat macam tu, please ? Honey nak apa, tell me," lembut Adrian memujuk.
Tergoda dia melihat Ayrose menggigit bibir. Aishh, nakal !
"Hubby kan outstation, boleh lah saya pakai lotion tu ? Please, please," rayu Ayrose dengan mata bulatnya.
Adrian mengeluh. Dia berfikir sejenak.
"Boleh, tapi ada syarat," bibirnya mengukir senyuman nakal.
"Apa ?" Ayrose menyoal polos.
Adrian mendekatkan wajahnya ke wajah Ayrose.
"Nak kiss, kat sini, sini, sini, sini, sini, semua lah," Adrian menunjuk ke arah wajahnya.
Ayrose tersenyum dan mengangguk. Demi lotion !
Cup !
Cup !
Cup !
Cup !
Cup !
Seluruh wajah Adrian dicium. Tangannya merangkul leher Adrian.
"Good girl. Ni yang sayang ni," Adrian menggomol pipi isterinya.
Ayrose terkekek ketawa kerana geli.
"Tapi hubby, lotion tu kat atas almari. Hubby yang letak situ," cebik Ayrose.
Adrian tersengih. Wajah cemberut isterinya dipandang.
"Ye, nanti hubby ambilkan," jawab Adrian.
Terus bibir Ayrose mengukir senyuman. Tangannya melingkar di pinggang Adrian serta wajahnya disembamkan ke dada bidang itu.
✨✨✨
Selesai meletakkan barang ke dalam kereta, Adrian menapak menghampiri isterinya di pintu.
YOU ARE READING
Jodohku Encik Tengku [C]
FantasíaBOOK 04 [completed]✅ Start : 13 Oktober 2021 End : 25 Januari 2022 ✨ 𝖪𝗇𝗈𝗐𝗇 𝖺𝗌 Hey Awak ! Jodoh Saya ? ✨ ♡︎ Adrian × Ayrose ♡︎ " I'm strong , but I'm tired , " Mutiara Ayrose , gadis yang berasal dari kampung . Berpindah bersama keluarga ke Ku...