bab 4'

1.8K 144 4
                                    

Selamanya Milik Hayden Dennis

"CIK ORKID !" Aqilah menjerit teruja apabila melihat Orkid merangkap boss nya memasuki kedai bunga milik Orkid sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"CIK ORKID !" Aqilah menjerit teruja apabila melihat Orkid merangkap boss nya memasuki kedai bunga milik Orkid sendiri . Orkid yang mendengar itu tersenyum lebar memandang Aqilah , salah seorang pekerjanya .

"Assalamualaikum cik Aqilah kita." Perli Orkid . Aqilah yang mendengar itu tersengih tidak bersalah . Tahu salah nya kerana tidak memberi salam terlebih dahulu . Alaaaa kita excited dapat jumpa boss . Bukan senang Orkid Nadirah nak datang kedai bunga yang kedua ni .

"Waalaikummusalam Cik Orkid kita . Amboi segak nya dia." Kata Aqilah sambil melihat pemakaian Orkid . Cantik . Gaun berwarna koko bersama corak bintik putih dan digandingkan dengan tudung yang secocok warna dengan gaun . Cantik , tak pernah tak cantik .

"Mesti lah segak , nama pun ada kacukan kan." Celah Najwa yang sedang membawa bermacam bunga - bunga kertas ke depan . Dia memandang ke arah Orkid dan memberikan sebuah senyuman .

"Ish kau ni aku tahu lah , tapi hari ini lain maciam . Lagi - lagi bila ada bunga dari seseorang." Aqilah tersengih nakal memandang Orkid . Berkerut kening Orkid mendengar itu . Dia berjalan ke arah meja yang sedang dihuni oleh Aqilah dan Najwa . Beg silangnya di letakkan di atas meja sebelum dia mula duduk di satu kerusi yang kosong .

"Maksud Qilah apa ? Bunga ?"

Aqilah dan Najwa tersenyum mengusik ke arah Orkid . "Buat - buat tak tahu pulak . Boyfriend Cik Orkid lah bagi tadi." Kata Najwa pula . Bouqet bunga ros yang berada di atas kerusi sebelah Najwa diambil dan diberikan kepada Orkid . Orkid mengambil bouqet bunga itu dengan tanda tanya . Boyfriend ? Sejak bila pulak dia ada boyfriend ni ?

Dia memandang bouqet bunga itu atas bawah . Tak ada kad atau pun surat . Cuma bunga ros sahaja yang ada . Dia menghidu bunga ros itu pula . Tersenyum dia saat wangian bunga ros menusuk masuk ke dalam rongga hidungnya .

"Wanginya , siapa yang bagi ni ?" Tanya Orkid lagi . Dia meletakkan bunga ros itu di atas meja dan memandang Aqilah dan Najwa meminta jawapan . Aqilah mengerutkan dahinya apabila Orkid masih lagi bertanya .

"Kan dah cakap boyfriend Cik Orkid yang bagi . Takkan boyfriend sendiri dah tak kenal kot."

Orkid menggarukan kepalanya yang berlapik kan tudung itu walaupun tidak gatal . "Hm tapi saya tak ada boyfriend." Jujur Orkid berkata . Terkejut beruk Najwa dan Aqilah mendengar itu .

"Serious lah Cik Orkid ? Habis tu siapa lelaki tadi ? Dia cakap dia future husband Cik Orkid tau . Sebab tu lah saya cakap dia boyfriend Cik Orkid." Kata Aqilah terkejut . Dia memandang bunga ros itu sekilas sebelum memandang Orkid kembali .

"Jangan buat lawak Cik Orkid , takkan perempuan secantik Cik Orkid tak ada yang berkenan kot . Takkan single mingle singlet ?" Tanya Najwa tidak percaya . Mata nya bulat saja memandang Orkid . Orkid tersenyum kekok sebelum menganggukkan kepalanya .

"Iya saya tak ada boyfriend lah , lelaki pun tak berani nak dekat dengan saya macam mana saya nak ada boyfriend ?" Kata Orkid sambil tergelak kecil . Boyfriend ? Lambat lagi rasanya , kawan lelaki pun dia tak ada apatah lagi boyfriend kan .

"Woww , gempak lah Cik Orkid ! Macam mana boleh hidup tanpa kenal lelaki ni ? Saya dari kecil dah menggatal dengan lelaki." Terang Najwa tanpa segan silu . Nak buat apa malu ? Itu zaman kanak - kanak dia lah .

"Betul dho , siap main kahwin - kahwin lagi . Pelamin nya diperbuat dari daun pisang dan cincin nya di perbuat dari daun juga tapi entah lah daun apa." Aqilah tersengih comel . Orkid yang mendengar menjadi tak terkata . Biar betul ? Kecik - kecik dah main kahwin - kahwin . Parah .

"Hahaha saya tak ada pengalaman macam tu . Lelaki yang saya kenal cuma 3 orang je . Abang saya dengan bodyguard yang diupah abang saya . Yang lain tak ada."

Specless terus Najwa dan Aqilah . Ini betul - betul limited ni . 3 orang je dia kenal yang berlainan jantina ? Wey boleh buat isteri ni , confirm jadi isteri mithali .

"Saya tak tahu nak cakap apa dah lah . Pelik betul Cik Orkid ni , kenapa tak cuba berkawan dengan lelaki lain ? I means kenal - kenal diaorang." Kata Aqilah . Bunga - bunga yang dibawa keluar oleh Najwa tadi diambil dan disusun diatas meja mengikut spesis sendiri .

Orkid tersenyum kecil mendengar itu . Berkawan dengan lelaki ? Tak mungkin terjadi rasanya , abangnya terlalu overprotective terhadapnya . Berkawan dengan perempuan dia akan tanya macam - macam dan siasat siapa kawannya . Apatah lagi lelaki kan , mungkin sampai ke lubang cacing abangnya cari tahu pasal lelaki itu. 

Dari kecil dia hanya hidup berdua dengan abang nya , dan mungkin sebab itu abang nya terlalu sayangkan nya dan terlalu menjaga dirinya . Dia tidak kesah sebab dia pun tidak gemar didekati lelaki di luar sana . Entah , mungkin rimas dan tak selesa . Dan mungkin juga dia takut perkara yang berada di berita dan sosial media terjadi terhadapnya .

Dia memandang Aqilah dan Najwa yang sedang berkerja itu . "Saya pergi masuk bilik saya dulu tau , ada apa - apa masalah boleh beritahu saya." Kata Orkid sambil mula bangun dari duduknya . Beg silang nya diambil dan di galas ke bahu .

"Baik Cik Orkid , apa - apa saya akan inform Cik Orkid terus." Kata Aqilah sambil tersenyum ke atas Orkid . Orkid membalas senyuman itu sebelum berjalan pergi dari situ . Bunga ros di atas meja tidak lupa dibawa masuk sekali ke dalam office nya .


































MATANYA sedari tadi lagi memerhati gerak geri gadis kesayangannya . Cermin tingkap kereta yang dibuka separuh itu membuatkan dia nampak jelas perilaku gadis kesayangannya .

Tersenyum dia disebalik mask hitam itu apabila melihat gadis nya mengambil bunga pemberian dari nya . Senyuman gadisnya membuatkan dia semakin gembira .

"Darling , I hope you like it . I beli bunga tu khas untuk you sayang." Kata nya sendiri . Tekun sungguh dirinya memandang gadis itu .

Cinta pertamanya dan mungkin akan jadi cinta terakhirnya . I love her so much . Terlalu cinta kan si gadis . Dan dia sanggup buat apa saja untuk gadis kesayangannya .

Setelah itu cermin tingkap dinaikkan olehnya , dia menyandar kan badannya pada kerusi dan memandang ke atas , melihat bumbung kereta yang dipenuhi dengan gambar si gadis yang diambil secara diam - diam .

Senyuman lebar dilorekkan persis psychopath . Salah satu gambar gadis nya diambil dan di bawa ke depan muka . Direnung gambar itu bagai nak tembus . Dari atas sampai ke bawah diteliti olehnya . Satu tangan lagi yang masih bebas di angkat dan mengusap lembut gambar itu seperti mengusap empunya badan . Saat lembut dan halus . Tidak mahu sakiti gadisnya .

"I love you sayang . Love you so much . One day , kita akan berjumpa dan I akan pastikan you jadi milik I saat itu . Sebab you memang tercipta untuk I." Kata dia dan tergelak besar selepas itu . Gambar itu dibawa dan dicium penuh ghairah . Disebalik ciuman itu , dia tersenyum sinis mengingati hari yang akan dia jadikan kenangan paling indah di dalam hidupnya . Kenangan yang takkan pernah dia lupakan sampai bila - bila .

'Because she's mine'


























happy new year guys ! semoga apa yang dihajatkan dan diharapkan akan jadi kenyataan pada tahun 2022 . semoga kebahagiaan dan kegembiraan sentiasa mengiringi awak semua . stay safe , stay healthy , stay pretty and stay with me , acewahhh HAHAHHAHAHA .

semoga 2022 adalah tahun kegembiraan dan bertuah saya 🤍 .

Cik Bunga Untuk Tuan Mafia Where stories live. Discover now