bab 5'

1.9K 138 19
                                    

Selamanya Milik Hayden Dennis

PINTU rumah mula dibuka oleh Daniel selaku yang memegang kunci . Alex , Darif dan Haider yang ikut dibelakang mengeluh penat . Rambut yang sudah serabai dibetulkan supaya kemas . Baju yang kotor itu dibiarkan sahaja .

Kaki mula melangkah masuk ke dalam rumah agam itu . Masing - masing mengambil tempat di ruang tamu rumah . Hayden yang last masuk menutup pintu dan mengunci nya . Dirinya juga mula mengambil tempat di ruang tamu .

Keluhan dari Haider , Alex dan Darif semakin lama semakin banyak dan kuat . Daniel yang menonton televisyen itu memandang mereka pelik . Dari tadi lagi dengar keluhan , macam ada masalah besar je melanda .

"Korang kenapa ? Kena sampuk hantu ke malam - malam ni ?" Tanya Hayden . Kaki disilangkan dan tablet kerja miliknya yang sudah berada di atas meja diambil dan dibuka . E-mail yang banyak itu dilihat satu persatu.

"Kau tak faham apa yang aku rasa sekarang . Aku sedih , sedih sangat." Kata Haider dengan suara yang sebak .

Daniel menjongket kan kening nya . Apa yang nak disedihkan sangat ni ? Tadi elok je bermain dekat pejabat sampai kotor - kotor pakaiannya . Datang dari mana sedih nya .

"Entah lah , kau tak faham . Kami je faham kami." Kata Darif pula . Dia menyandarkan tubuhnya pada sofa . Keluhan keluar dari mulut nya .

"Memang lah korang je yang faham korang . Sebab korang ni kan ada otak yang bersambung , yang ini bodoh , yang sana pun bodoh." Jawab Hayden bersahaja . Wajah nya serious saja memandang butiran e-mail .

Zap !

Terus mereka bertiga memegang dada mereka sakit . Wajah nya mainkan peranan , berkerut - kerut wajah mereka . Terlalu dalam sindiran itu . Kami tidak sanggup menampungnya .

"Begitu sekali kau menghina kami yang kerdil ni . Sungguh tegar hatimu." Kata Alex dramatik . Daniel yang melihat menjulingkan matanya ke atas .

"Cuba beritahu apa yang korang sedih kan sangat ni ? Tak pernah - pernah macam ni." Kata Daniel . Matanya tertumpu pada wajah mereka bertiga . Televisyen tadi sempat di perlahan kan sedikit tidak mahu menganggu waktu mereka meluah kan .

Haider memandang Daniel dengan mata berkaca . Bibir tercebik - cebik ingin menangis . "Tadi aku nampak orang langgar benda . Laju sangat kereta tu bawak , sampai pecah kepala benda tu dibuatnya." Cerita Haider . Bibir dikeman kan menahan tangis .

"Lepastu kitaorang cepat - cepat berlari menuju ke tempat kejadian . Sakit , sakit sangat tengok keadaan mangsa . Teruk !" Sambung Alex pula .

"And then kitaorang datang dekat nak tolong sebab masa tu kitaorang je yang ada , kereta yang langgar tadi dah lari . Tinggalkan mangsa keseorangan." Sambung Darif pula . Air mata disapu nya perlahan .

"And then apa jadi ? Kau tolong tak mangsa tu ?" Tanya Daniel panasaran . Hayden yang tadi sibuk meletakkan dulu kerjanya di tepi dan memfokuskan diri mendengar cerita mereka bertiga .

Esakkan mula kedengaran . Mereka bertiga teresak - esak menangis mendengar soalan itu .

"Tak...kitaorang tak boleh tolong."

"Kenapa ? Takkan takut darah kot korang ni." Kata Hayden pula . Siap bahagia bunuh orang tu boleh pulak , tolong orang tak boleh .

"Bukan , bukan sebab itu...kitaorang tak boleh tolong sebab..." Darif menggantungkan ayatnya . Dia memandnag Alex dan Haider di sebelah nya .

"Sebab mangsa tu...babi !" Serentak mereka bertiga berkata sebelum masing - masing sudah bantai gelak kerana dapat mengenakan Hayden dan Daniel . Daniel mengetap gigi nya geram . Ada yang kena makan peluru malam - malam ni . Sumpah aku geram sekarang ni .

Cik Bunga Untuk Tuan Mafia Where stories live. Discover now