Selamanya Milik Hayden Dennis
HAYDEN hanya termenung memandang kota raya yang sesak itu melalui cermin lut sinar di dalam pejabatnya . Kaki disilangkan dan badan di sandar kan pada kerusi . Tangan pula disilangkan ke dada .
Malaysia .
Negara yang cantik dan maju teknologinya . Negara yang mempunyai pelbagai tempat pelancongan yang menarik dan makanan yang lazat . Tidak pernah dia terfikir untuk ke Malaysia . Namun takdir , hanya DIA yang tahu .
Dia memandang pula ke atas langit . Awan - awan yang berkumpul membuatkan langit menjadi cantik dengan pelbagai bentuk yang dibuat . Mata nya tertumpu pada satu awan yang membentuk sesuatu . Dia meneliti awan itu . Bunga orkid . Awan itu membentukkan bunga orkid . Cantik .
Tiba - tiba dia teringatkan gadis yang bernama Orkid di mall seminggu yang lalu . Gadis yang nampak periang dan cantik . Yang menarik minatnya adalah hidung yang mancung dan dua ulas bibir merah delima itu . Indah dipandang , lagi - lagi bibir .
"Mesti dia ada kacukan kan." Kata Hayden sendiri . Tanpa sedar senyuman kecil terbit di bibir nya. Entah kenapa dia rasa berminat dengan gadis itu . Mainan syaitan ataupun dari hatinya ?
Deheman seseorang mematikan senyuman nya . Wajah nya mula bertukar dingin kembali . Dia memusing kan kerusi nya kebelakang dan melihat Daniel sedang memandang nya dengan kening di angkat tinggi .
"What ? Have a problems ?" Tanya Hayden sambil mendekatkan lagi kerusi nya pada meja . File yang berada di atas meja di ambil dan diselak meniliti butiran .
Daniel yang masing berdiri tersenyum sinis . Tadi kemain senyum sorang - sorang bila aku datang terus buat kerja ya . Macam lah dia tak nampak Hayden senyum tadi . Daniel mengambil tempat di hadapan meja Hayden . Tangan diletakkan pada sisi kerusi dan badan disandarkan ke belakang .
"Asal kau senyum - senyum tadi ?" Tanya Daniel . Mata tunak memandnag Hayden yang kelihatan sibuk itu .
"Senyum ? Bila masa aku senyum ? Tak ada masalah nak senyum - senyum ni." Balas Hayden menafikan kenyataan Daniel .
"Tak senyum ? Habis tu tadi kau senyum - senyum tengok langit tu apa ? Kau ingat aku buta ke ?" Kata Daniel lagi . Dia memandnag Hayden tajam . Hayden menipu ? Tch , dengan dia Hayden takkan pernah pandai menipu . Dia kenal Hayden sejak umur 15 tahun lagi . Dia yang selalu bersama Hayden takkan mungkin dia tak kenal Hayden dengan dalam .
"Kau ingat kan perempuan tu kan ?" Tebak Daniel lagi apabila melihat Hayden hanya diam sahaja . Ternaik wajah Hayden mendengar pertanyaan itu .
"Perempuan mana ni ? Perempuan pun aku tak kenal , nak ingat kat siapa ?" Kata Hayden lagi . File diletakkan di tepi dan matanya fokus memandnag Daniel di hadapannya . Kelihatan seperti Daniel ingin menyiasat sesuatu sahaja . Tentang dirinya ?
YOU ARE READING
Cik Bunga Untuk Tuan Mafia
Action[ 𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 ] 𝑴𝒂𝒇𝒊𝒂 𝑭𝒂𝒎𝒊𝒍𝒚 "At the very first meet, I know you will be mine." He's a monster He's a devil and He's cruel . Hayden Dennis . Leaders Black Evil . Kumpulan mafia yang berpengaruh dan menakutkan . Kacu...