bab 8'

1.6K 159 5
                                    

Selamanya Milik Hayden Dennis

ORKID Nadirah sibuk menyusun bunga - bunga di atas meja di letakkan di dalam pasu bunga antik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ORKID Nadirah sibuk menyusun bunga - bunga di atas meja di letakkan di dalam pasu bunga antik . Disusun kemas dan cantik setiap pasu yang ada . Orkid sibuk betul hinggakan kiri kanan pun tidak dipandang olehnya . Sekejap ke kiri , sekejap ke kanan .

Aqilah dan Najwa hanya melihat boss mereka yang sibuk itu . Bebola mata mereka mengikut kemana saja Orkid pergi . Tergaru kepala Aqilah melihat boss nya itu .

"Cik Orkid jangan lah busy sangat . Event tu esok lusa lah . Bukannya malam ni." Najwa mula bersuara apabila tiada tanda - tanda Orkid ingin berehat . Orkid hanya mengabaikan saja kata - kata pekerjanya . Aqilah dan Najwa mula mendekati Orkid .

"Cik Orkid dengar tak ? Cik Orkid belum makan lagi hari ni , kalau abang Cik Orkid tahu macam mana ?" Kata Aqilah pula . Kerusi yang berada di meja itu didudukinya , begitu juga Najwa .

"Saya dah makan roti tadi , jangan risau saya bertenaga lagi ni." Balas Orkid sambil sibuk meneliti bunga - bunga yang akan digunakan .

"Tapi Cik Orkid..."

"Ya ya nanti saya makan , lepas siap ni saya makan , saya janji okey." Janji Orkid lagi . Najwa dan Aqilah hanya mengeluh . Bukan tidak biasa dengan apa yang dilihat ini . Orkid akan menjadi sibuk dan pentingkan kerja apabila ada events yang ingin meminta dia berkhidmat . Tentang diri nya dia akan letak tepi yang penting kerja nya selesai dan customer berpuas hati dengan hasil kerjanya .

Bunyi dentingan loceng di pintu membuatkan Aqilah dan Najwa berpaling melihat ke arah pintu . Tergamam mereka apabila melihat seorang lelaki masuk ke dalam kedai itu dengan penuh gaya . Dari bawah hingga ke atas Aqilah dan Najwa meneliti lelaki itu .

Berkasut but hitam , berseluar jeans hitam dipadankan dengan baju kemeja berwarna hitam , cermin mata hitam dan topi hitam yang mempunyai subang . Hensemnya ! Aqilah sudah tersenyum cair melihat itu . Dada yang dipegang merasai degupan jantung nya yang berdegup laju itu .

Lelaki itu mula memasuki kedai bunga milik Orkid . Matanya melilau melihat sekeliling kedai itu . Dipenuhi dengan pelbagai bunga . Ada yang digantung bersama pasu , ada yang ditanam di dalam pasu dan ada yang di susun cantik di lantai . Semua nya berwarna warni . Ralit dia meneliti kedai itu sampai tidak sedar sedari tadi ada dua gadis yang asyik memerhati dirinya .

Aqilah laju saja bangun dan pergi ke arah lelaki itu . Deheman dibuatkan sebelum dia tersenyum memandang lelaki itu . Lelaki yang mendengar deheman itu laju berpaling kebelakang . Terlihat di kornea matanya seorang gadis bertudung sedang tersenyum memandang nya . Kening dijongketkan tinggi .

Cik Bunga Untuk Tuan Mafia Where stories live. Discover now