Disebalik Tirai .

149 1 0
                                    

"Hana, sudahlah. Sampai bila awak nak termenung begitu. Berhentilah menoleh ke belakang. Sebaliknya, pandang ke hadapan dan sentiasa berfikiran positif," tegur Liza kepadaku. Kata-katanya tidak kuendahkan. Aku mengesat air mataku yang mengalir lalu menjeling ke arahnya, menunjukkan bahawa aku tidak senang akan kehadirannya itu. Liza, yang seakan memahami maksudku mendakapku erat lalu segera berundur meninggalkanku sendirian.

Aku membuka zip dompetku dan mengeluarkan sekeping gambar yang sangat bermakna itu. Sebaik sahaja aku melihat gambar itu, bahuku kembali terhinggut-hinggut. Air mataku berguguran deras. Aku mengetap bibirku supaya tidak kedengaran esakan dan tangisanku. Peristiwa setahun lalu yang menjadikan aku sebagai penghuni 'pusat pemulihan akhlak remaja' ini mula menerjah masuk ke ruang kotak memoriku .

Sudah tiga hari berturut aku ponteng sekolah. Padaku, sekolah bukanlah tempatku. Sekolah tidak menjamin apa-apa kepadaku. Bahkan sekolah hanya tempat untukku menambahkan lagi helaian di buku reputasiku. Aku berjalan dengan lebih pantas untuk segera sampai ke destinasi yang ingin dituju. Tidak... bukan tempat permainan komputer , snuker dan sebagainya. Tetapi, tempat yang ingin kutuju itu adalah kubur ibuku .

Aku membacakan surah-surah ringkas yang telahku hafal. Usai membacanya, aku menyirami tanah kubur ibuku dengan air yang mengandungi bunga-bunga. Aku membersihkan dan mencabut lalang-lalang yang mulai timbul di persekitarannya itu. Hatiku tenang apabila menziarahi kubur ibu. Aku rindu pada ibu. Tatkala ibu masih hidup, ibu selalu melayaniku dengan baik. Ibu tidak pernah menegkingku walau sebesar mana pun kesalahanku. Ibu tahu menjaga tutur katanya, dia akan menegurku dengan lembut dan penuh berhemah sambil membelai rambutku dengan penuh kasih sayang.

Kini, aku tidak mempunyai ibu lagi. Sebaliknya aku mempunyai ibu tiri yang berjaya mencuri hati ayahku. Perwatakannya yang kasar tidak membolehkan aku menerimanya sebagai ibu. Aku sering dimarahi dan dipukul walaupun kesalahanku hanya sebesar zarah. Kerana hasutan dia jugalah, hatiku merasakan bahawa ayahku juga mula membenciku...

Semenjak itu aku mula menjadi gadis liar yang selalu membuat kesalahan di sekolah. Aku hanya mendapatkan perhatian. Aku mahu disayangi, bukan dimarahi ! Pucuk dicita ulam mendatang. Itulah yang terjadi ke atasku. Harapanku yang ingin disayangi orang terlaksana juga apabila sekumpulan 'senior' menjadikan aku sebagai ahli baru dalam kumpulan mereka.

Setiap kali aku berlepak bersama mereka, rokoklah yang menjadi bahan hisapan kami, mula-mula membacanya, aku sering terbatuk-batuk dengan asap dan baunya itu. Tetapi kini tidak lagi , aku sudah biasa dengan semua itu. Bak kata peribahasa, "Alah bisa Tegal biasa".

Mencuri , merokok, melepak adalah kegiatan harianku. Tidak pernah pula terlintas dalam fikiranku hukuman yang akan kuterima, kerana itulah aku tidak pernah merasa serik. Pernah sekali apabila aku pulang lewat malam, ibu tiriku menyoal kepergianku. Aku hanya menaikkan kening seraya berkata, "Sejak bila kau kesah pasal aku?" Lantas aku masuk ke dalam bilik dan menghempas kuat daun pintu bilikku. Dia bukan seorang yang patut aku hormati, Kami adalah seteru yang tidak mungkin berbaik semula.

Keesokannya, rakan-rakanku menunjukkan aku sesuatu yang istimewa. Kata mereka, apabila menelan bahan itu, seakan-akan segala masalah kita akan lenyap. Tertarik, aku mula mengambil bahan larangan itu ; sebiji pil dadah. Lama kelamaan, aku mula ketagih .

Wajahku cengkung, badanku kurus dan aku sering mengalami sakit kepala yang teruk. Ayah perasan akan perubahan pada diriku, lalu dipanggilnya aku masuk ke dalam bilik. Belum sempat aku menjelaskan apa-apa, kakiku sudah disebat kuat oleh tali pinggang ayah. Aku meraung kesakitan, memintanya supaya berhenti. Tetapi ayah bagaikan sudah dirasuk. Dia menengkingku pula dan menonjol kepalaku berkali-kali. Katanya mahu hantarku ke pusat pemulihan.

Sebelum aku dihantar ke sana, aku sempat menziarahi kubur ibu. Aku mnangis sekuat-kuatnya kerana aku baru sedar akan kesalahanku. Air mataku yang berjuraian aku kesat dengan hujung bahuku. Aku tidak mahu tinggalkan ibu! Aku tidak mahu menyusahkan ibu menanggung dosaku. Aku mahu membuat amal kebaikan!

Malam itu, tidurku tidak lena. Aku terbayang akan hari esok. Aku sempat menulis sepucuk surat buat ayah dan ibu tiriku.

"Ayah, ibu, Hana minta maaf...Hana sedar Hana banyak susahkan ayah dan ibu. Hana dah banyak malukan ayah dan ibu. Hana buat sebegitu kerana Hana cuma hendakkan perhatian. Hana cemburu lihat kawan-kawan Hana yang lain bersama ibubapa mereka. Maafkan Hana ya ayah, ibu..."

Aku meletakkan surat itu di bawah bantalku. Harap-harap mereka akan membacanya, aku bermonolog sendirian.

Aku melihat di sekeliling kamarku, memastikan tiada lagi barangan yang tertinggal. Oh ya, foto ibu! Aku menyelak album gambar milikku dan mengeluarkan gambar itu. Sebelum menyimpannya di dalam dompet,aku mengucup gambar itu, lama.

Ayunan langkah kakiku yang ku atur akhirnya sampai juga di depan pintu pagar pusat pemulihan itu. Lantas, aku berpaling ke belakang dan membalas lambaian ayah dan ibu sambil mengukirkan senyuman manis buat pertama kalinya dalam sejarah. Di sini, aku menyimpan hasrat dan impian yang satu. Iaitu, mahu berubah menjadi anak yang solehah. Tirai keinsafan mula kuintai setelah sekian lama dikaburi oleh debu-debu dosa.

***

'Tok tok tok' , ketukan di pintu kedengaran. Aku segera menyeka air mata yang bertakung di tubir mataku itu. Setelah melihat siapa gerangannya tadi, aku melemparkan segaris senyuman.

"Hana... masih termenung lagi? Jom teman saya makan," ajak Liza seraya menarik lenganku. Aku mengangguk dan pergi membuntutinya.

***

Liza, di sini baru saya kenal erti persahabatan yang sebenar. Dan awaklah yang menjadi tulang belakang saya selama ini. Saya masih ingat lagi kata-kata permulaan yang awak ucapkan ;

'Tuhan itu Maha Bijaksana. Dia datangkan musibah untuk menegur hamba-hambanya yang lalai. Musibah itu bukan hukuman, tetapi ia adalah suatu muhasabah diri agar manusia kembali bertaubat' .

Aku berhenti menulis dan meletakkan diari lusuhku di atas meja belajar yang sudah tersedia itu. Entah mengapa malam ini, aku rasa sedikit berlainan. Aku kerap teringat akan arwah ibu. Jam yang tergantung di dinding itu kukerling sebentar. 2 45 Pagi. Lantas kubangun dan pergi mengambil air wuduk . Usai mengambilnya, aku membentangkan sejadah dan mula menunaikan solat tahajjud. Semasa sujud, aku menangis meminta keampunan dari Illahi. Air mata yang mengalir terbit dari hati yang ikhlas.

****

"Hana....Hana.... Bangunlah! Kenapa awak kaku semacam saja ni? Hana... tangan awak sejuk.. awak... HANAAA ! JANGAN TINGGALKAN SAYAAA !! " Liza meraung dan menangis dengan kuat apabila mendapat tahu Hana yang di hadapannya kini sudah tidak bernyawa lagi .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 02, 2013 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Disebalik Tirai .Where stories live. Discover now