"cukup kamu sahaja."
NAZIM.
ketika dirinya mendapati Esya sedang beratur di belakang belasan pelajar, dia menghampiri gadis itu dengan diam.
"apahal penuh sangat ni.." dengus Esya. Nazim berhenti di tepi gadis itu, menjaga jarak di antara mereka agar tidak terlalu dekat.
sesekali Nazim mencuri pandangan ke arah Esya yang seperti tidak menyedari langsung kehadirannya.
terbukti, Esya lebih manis disapa cahaya bulan.
mata gadis itu seperti air yang tenang,cukup tenang sehingga dapat melihat biasan bulan di iris hitam itu. cahaya bulan sedikit sebanyak mencerahkan struktur wajah Esya, bak highlighter di dalam makeup.
Masya Allah.
"Esya." seru Nazim. perempuan itu menoleh.
"biar saya saja. kamu pergi duduk dengan Qasy. nanti saya bawakan makanannya." kata Nazim lembut. Esya terkaku di tempatnya.
"eh, takpela. lagipun, kan aku yang nak belanja. kau duduk jela dengan Qasy, Aiman." tolak Esya.
"terus? kamu fikir saya tak ada hati biarkan gadis seperti kamu berdiri sebegini? takpe, pergi duduk. saya belikan." tegas Nazim bersuara. meskipun tidak kedengaran kasar, pendirian Nazim yang agak keras kepala itu sedikit sebanyak mengejutkan Esya.
"ya..." katanya sebelum memusingkan badannya. dia meluru ke arah Qasy yang sedang duduk itu.
setelah hampir 15 minit, Nazim datang dengan beberapa plastik bungkusan di tangannya.
"ini untuk kamu. ini untuk Qasy, Aiman, ni kau punya." ujar Nazim sambil membahagikan plastik yang terisi Nasi Goreng dan Ayam Goreng itu kepada mereka. Qasy tersenyum bahagia.
"terima kasih Abang Im!" ucapnya. Nazim tersenyum, meramas rambut Qasy seperti adiknya sendiri.
"kau? tak makan ke?" soal Aiman.
"takde selera." katanya. sejak bertemu Ryza tadi, selera makannya hilang. entah kenapa, Nazim seperti tidak lalu untuk makan apabila terkenangkan hubungan buruknya dengan Ryza.
"oh okay. aku balik dulu tau? kesian Karmila dengan Zahra, tunggu lama. oh ya, terima kasih, Im." ucap Esya sebelum terkejar kejar ingin pulang.
"hati hati pulangnya." kata Nazim.
Esya menoleh, tersenyum sambil mengangguk.