bab 10'

1.8K 133 10
                                    

Selamanya Milik Hayden Dennis

BANG !

"Hay ! Dekat belakang kereta kau ada sebuah kereta lagi." Kata Alex melalui earpiece . Mata nya fokus memandang laptop dan komputer yang berada di depan nya sekarang . Tangannya sedari tadi tidak berhenti bergerak diatas papan kekunci .

"No Hay ! Ada 3 buah kereta ! Sial !" Kata Alex apabila dia kesan ada 2 buah kereta musuh yang baru saja memasuki jalan raya besar itu .

Hayden yang berada di dalam kereta berdecit kasar . Stereng kereta dipegang kuat olehnya . Cermin sisi dilihat . Ada 1 Hummer dan dua kereta Honda sedang laju mengejarnya dari belakang .

"Shit ! Masa ini lah kau nak serang . Tak ada masa lain ke ?" Kata Hayden bengang . Dia baru saja balik dari melihat gadis kesayangannya tadi dari jauh . Masuk saja laluan jalan raya besar yang kosong ini , dia terus diserang hendap oleh musuh .

"Hay ! Kau bertahan sekejap ! Kitaorang tengah otw ni . Kau buat apa yang patut untuk lenggahkan diorang." Terdengar suara Daniel menyampuk di melalui earpiece . Hayden melihat je arah dashboard , dashboard dibuka dan dia terus mengambil riffle tanpa banyak soal . Cermin kereta dibuka sambil dia melihat ke arah depan . Jalan raya sangat renggang saja hari ini .

"Alex , kawal stereng kereta aku , aku nak serang diaorang ni." Arah Hayden . Setelah stereng telah dikawal oleh Alex melalui komputer terus saja Hayden mengeluarkan kepalanya ke luar . Riffle yang diambil tadi turut dikeluarkan . Muncung pistol dihalakan ke arah kereta Honda .

Bang ! Bang !

Peluru itu sedikit tersasar apabila kereta Hayden dirempuh kuat oleh Hummer musuh . Hayden tidak berputus asa , dia menembak lagi beberapa das tembakan pada kereta Honda itu .

Streeet ! Bom !

Kereta Honda itu mula tidak terkawal apabila dua das tembakan terkena pada tayar depan dan berlanggar dengan pokok yang berada di tepi jalan . Hayden kembali masuk ke dalam kereta . Hembusan nafas kasar dihembuskan . Dia melihat ke belakang . Masih ada dua kereta yang perlu dia uruskan . Peluru riffle ditukar dengan yang baru . Baru saja Hayden mahu kembali keluar , das - das tembakan yang musuh lepaskan terkena pada belakang kereta miliknya . Tertunduk sedikit Hayden apabila menerima nya . Hayden memejamkan matanya sebelum mengetap gigi nya kuat . Baru saja dia mahu menyerang kembali , kedengaran bunyi tembakan dari belakang . Dia melihat cermin sisi ingin melihat dari mana .

Kelihatan kereta sport kalis peluru milik mereka meluncur laju ke arah nya . "Yuhuuu ! Mati kau , mati !" Jerit Haider teruja sambil menembak rawak ke depan .

Cik Bunga Untuk Tuan Mafia Where stories live. Discover now