Pejam celik-pejam celik kini sudah tiga bulan Aisy memegang status tunangan orang. Kira-kira sebulan lebih sahaja lagi statusnya akan bertukar kepada isteri orang. Hubungannya dengan Naufal juga semakin baik. Aisy masih mencuba untuk menerima Naufal seadanya. Hari ini Aisy akan keluar bersama Naufal untik membeli barang-barang persiapan kahwin. Ikutkan hati Aisy dia tidak mahu membuat majlis yang besar-besaran. Biarlah buat perkara yang wajib tetapi ibu bapanya dan bakal mertuanya ingin juga membuat majlis bagi meraikan mereka terpaksalah Aisy bersetuju dengan permintaan mereka. Jemputan juga mencecah hampir dua ribu orang. Maklumlah orang tuanya dan bakal mertuanya mempunyai kenalan yang ramai. Perkahwinan ini dirahsiakan daripada pengetahuan sekolah. Aisy dan Naufal sudah berbincang untuk membuat majlis resepsi selepas Aisy selesai menghadapi SPM.
"Aisy, lama lagi ke? Naufal dah lama dah sampai,"soal Puan Roslina apabila Aisy masih tidak memunculkan diri di bawah. Terasa bersalah pula apabila terpaksa membiarkan bakal menantunya menunggu lama.
"Kejap ma. Dah siap dah." Aisy memerhatikan penampilannya di cermin buat kali terakhir sebelum mencapai beg silangnya di atas katil. Aisy menarik nafas dalam sebelum memulas tombol pintu biliknya. Puan Roslina yang masih berada di hadapan pintu bilik Aisy terkedu melihat penampilan Aisy.
"Mama. Okey tak? Aisy tak cantik ke?"soal Aisy sambil menilik pakaiannya.
"Cantik sangat sayang. Jom turun. Kesian Naufal tunggu lama." Puan Roslina menarik lembut tangan Aisy menuju ke tangga until turun ke ruang tamu. Tiba di anak tangga terakhir kedengaran suara yang dikenali berbual di ruang tamu. Siapa lagi kalau bukan encik tunang dan ayahnya.
"Sorry lambat," ucap Aisy apabila tiba di sisi Naufal. Naufal yang mendengar suara itu terus mengangkat wajahnya. Terpegun dirinya melihat penampilan Aisy.
'Masya-Allah. Indahnya ciptaanMu,' puji Naufal dalam hati. Mahunya tak terpegun apabila melihat cik tunangnya yang berhijab. Aisy sudah berasa malu apabila ditenung oleh Naufal.
Encik Hafiz yang melihat keadaan itu terus berdehem. Naufal tersentak lalu mengalihkan pandangannya. Dia menggosok belakang tengkuknya.
"Sabar Naufal. Tak lama dah. Sebulan lebih je lagi. Lepastu tatap lah puas-puas," usik Encik Hafiz. Sejuk hati Encik Hafiz melihat anaknya yang menutup aurat. Naufal sudah tersengih malu mendengar usikan bakal mertuanya itu manakala pipi Aisy pula sudah berubah warna.
"Aisy dengan abang gerak dulu la ma, pa." Aisy meminta diri apabila Naufal masih tidak bersuara.
"Ya lah. Elok-elok drive Fal. Jaga anak papa elok-elok," pesan Encik Hafiz.
"Baik papa." Naufal tunduk mencium tangan bakal bapa mertuanya itu. Aisy dan Naufal beriringan menuju ke kereta BMW hitam milik Naufal. 10 minit perjalanan hanya sunyi yang menyelubungi kereta. Masing-masing terasa kekok. Maklumlah ini kali pertama keluar berdua.
"Cantik Aisy pakai tudung," puji Naufal memecahkan kesunyian antara mereka.
"Terima kasih," balas Aisy ringkas.
"Aisy dah tahu apa sebab kita disatukan?" Soal Naufal lagi until mengelakkan rasa kekok antara mereka.
"Belum. Papa kata nak bagitahu lepas kita tunang, tapi kita dah tiga bulan bertunang papa tak bagitahu lagi. Ustaz tahu ke?" Soal Aisy memandang Naufal. Naufal hanya mengangguk. "Apa sebabnya?"soal Aisy ingin tahu.
"You'll know it later." Aisy yang mendengar jawapan itu mencebik. Baik tak payah cakap kalau taknak bagi tahu. Hampir 30 minit memandu, mereka tiba di shopping mall.
YOU ARE READING
USTAZ, I LOVE YOU !
Romance"Mama dengan papa dah berbincang nak kahwinkan Aisy dengan lelaki pilihan kami" " What ma? Kahwin? No ! Aisy baru 17 tahun la ma. Aisy taknak !! Nur Aisya Irdina seorang pelajar sekolah menengah yang bakal menduduki peperiksaan SPM dipaksa untuk ber...