Tiga minggu.
Berlalu dengan sekelip mata namun bagi Lara, satu tempoh yang sangat panjang tanpa Ashraf.
Sebaik sahaja menekan butang 'Print', Lara berlari anak menuju ke ruang mesin fotokopi pejabat.
Rata-rata semua pekerja di jabatan Pembangunan Perniagaan sudah keluar makan tengahari dan waktu inilah Lara menjalankan 'projeknya'.
Tangannya mengambil beberapa helai kertas yang keluar daripada mesin tersebut lalu dibawa ke meja...
Di situ, Lara memotong dan menampal sesuatu pada buku nota yang comel berwarna merah jambu, warna kegemarannya. Setelah habis menampal, Lara mengambil pen dan menulis sesuatu...
I love you. Like the spacious sky above... I miss you. Like the thousand stars at night...
I need you. Like the only moon we have...Ashraf Zildan.
Never been away from my heart. Never been too far from my thought ;(
Titik.
Kala itu tekaknya terasa perit menahan duka yang membuak-buak di dada.
Isk... Isk...
Lara membiarkan saja air mata jatuh ke pipi. Puisi itu dia tulis di sebelah gambar Ashraf yang telah dicetak sebentar tadi, digunting lalu ditampal pada helaian buku untuk melepaskan rindu. Lara tersenyum menatap gambar kandid Ashraf sewaktu di Amsterdam dahulu. Lalu dia menulis lagi...
'Ash,
Dah hampir tiga minggu I practical training dekat Petronas :) I miss you... Setiap kali ada kesempatan, I akan lalu dekat depan Dome, tempat pertama kali kita jumpa... Kalaulah I dapat undurkan waktu... I nak tengok you dekat meja yang kita duduk dulu... Dapat tengok daripada jauh pun jadilah! I miss you so much Ash ;((('
Dia berhenti menulis lalu mencapai tisu yang terletak di hujung meja tatkala pandangan matanya kian kabur dan berkaca. Dilipatnya helai tisu tersebut dan bucunya ditekapkan ke sudut mata supaya dapat menyerap takungan air dan tidak merosakkan solekan. Kelihatan air matanya berwarna hitam bercampur maskara.
Waktu itu juga kedengaran tapak kaki menghampiri, Lara cepat-cepat menutup buku nota dan membersihkan sisa air mata. Tergesa-gesa.
"Hai, you! Ready for lunch?"
Kelihatan bayang Syed Al-Fahd tersembul di balik kubikel meja. Lara menghadiahkan senyuman lebar bagi menyembunyikan perasaan duka yang melanda.
"Yes, I am. Jom!" Lara segera melarikan anak mata dengan mencari dompet di dalam beg tangan.
"Sorry-lah you, meeting kitorang habis lambat. You tahu ajelah kalau Project Director dah joined meeting, banyaklah cengkadaknya..."
"Hehe! It's okay, no worries." Ujar Lara lantas mereka berdua jalan beriringan keluar daripada pejabat tersebut...
Keadaan di Rasa Food Court di tingkat empat bangunan berkembar itu sesak seperti biasa.
Lara dan Fahd duduk makan berdua. Sekali-sekala mereka bersembang hal-hal pejabat dan waktu itu juga mata Lara terpandangkan seorang lelaki sedang memerhatikannya dengan pandangan mata yang tajam. Namun tatkala mata bertembung, lelaki berjaket hitam itu melarikan pandangan.
Berkali-kali Lara memandang lelaki tersebut dan adakalanya mata mereka bertatapan. Dia mula tidak sedap hati.
"You? Kenapa muka you macam ni?"
Pertanyaan Fahd tidak berjawab. Lara hanyut dalam lamunan sendiri.
"You...!"
Fahd menyentuh tangan Lara menyebabkan dia terpinga-pinga.
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomanceMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...