BAB 11

4.3K 273 3
                                    

"Hello, Bell." Suara dihujung talian seakan akan familiar. Hannah mengerutkan dahi.

"Siapa ni ya?" Tanya Hannah. Jika orang memanggilnya dengan panggilan Bell, maknanya orang tu kenal dia sebagai penyanyi.

"Kau tak save nombor aku Bell?" Tanya orang dihujung talian. Hannah mengerutkan dahinya. Perlu ke dia save?

"Tak." Selamba Hannah menjawab. Bak kata orang, jujur lebih baik.

"Sampai hati kau." Orang dihujung talian sengaja buat buat sedih.

"Ni siapa ni?" Tanya Hannah.

"Aku lah." Hannah bertambah geram. Ingat dia tahu ke aku tu sapa?

"Iyalah. Tapi siapa?" Orang dihujung talian ketawa kecil.

"Aku, Radi." Jawab Radi. Hannah mengangguk.

"Ouh kau rupanya. Asal kau call aku?" Tanya Hannah lagi.

"Lah. Nak call pun salah ke?" Tanya Radi kembali.

"Haah memang salah pun." Kata Hannah. Lagipun dia ni isteri orang.

"Tak ada lah. Aku nak ajak kau keluar boleh?" Hannah berfikir. Patut ke tidak?

"Hmm. Okay." Radi tersenyum suka. Hannah memutuskan talian. Nanti pandai pandailah Radi bagi dia location.







"Awak." Mikael memusingkan kepalanya. Memandangkan hari ini dia cuti, dia hanya duduk di rumah sahaja. Ingin meluangkan masa bersama sama dengan Hannah.

"Iya. Kenapa?" Tanya Mikael.

"Saya nak keluar sekejap boleh?" Hannah meminta izin. Mikael senyap. Baru ingat nak luangkan masa dengan isteri.

"Boleh tak?" Tanya Hannah lagi.

"Pergi mana?" Tanya Mikael kembali.

"Jumpa kawan." Jawab Hannah. Mikael mengangkat sebelah kening.

"Kawan?" Hannah mengangguk.

"Yang mana satu?" Soal Mikael.

"Erm, kawanlah. Kawan saya. Awak tak kenal pun." Balas Hannah. Mikael diam. Dia menghela nafas kecil sebelum mengangguk. Dia kembali memandang ke hadapan.

Hannah pula yang rasa serba salah. Patut ke tak dia pergi ni? Pergi je lah.

Dia naik ke atas menuju ke biliknya. Ingin bersiap. Walau apa pun, dia dah bersetuju untuk keluar dengan Radi.







"Hey." Radi melambai lambaikan tangannya. Hannah yang melihat segera menuju ke arah Radi.

"Lain kali angkat tangan tu awal sikit lah. Tak ada lah nampak macam aku ni orang gila. Tercari cari. Orang pandang aku semacam tau." Geram Hannah. Dari tadi dia mencari keberadaan Radi, tapi tidak jumpa. Dah lah orang tengok dia pelik.

"Hehe. Tapi best apa. Tengok kau tercari cari. Macam budak kecil yang kehilangan mak dia." Radi ketawa kecil. Hannah menjelingnya. Geram betul dia dengan Radi.

"Ini kau yang order kan ke?" Tanya Hannah sebaik sahaja dia melihat air kopi latte dihadapannya. Radi mengangguk.

"Tahu pulak kau air kopi kegemaran aku." Kata Hannah. Kagum dengan Radi sebab masih ingat air kopi kegemarannya.

"Biasalah." Kata Radi sambil membuat muka bangga. Hannah menggulingkan mata ke atas.

"Asal kau nak jumpa aku?" Tanya Hannah. Dia menyisip sedikit air kopi itu. Haus pula tekaknya.

"Nak jumpa pun salah ke?" Balas Radi. Hannah mengangguk.

"Haah salah." Jawab Hannah. Salahlah. Dia ni isteri orang. Apa Mikael kata nanti kalau nampak dia berjumpa dengan orang lain. Lagi lagi orangnya lelaki.

"Asal salah pulak?" Tanya Radi. Tidak mengerti. Apa yang salah? Mereka hanya keluar berjumpa sahaja. Makan dan minum. Itu je. Mana ada buat apa apa.

"Tak ada apa lah." Balas Hannah. Takut pulak kalau dia tersalah cakap. Tak pasal pasal terbongkar rahsia mereka nanti. Radi memandang curiga.

"Asal pandang aku macam tu?" Soal Hannah. Radi masih memandangnya curiga.

"Tak. Cuma kau macam berubah sikit. Tak macam dulu." Kata Radi jujur. Hannah mengangguk. Dia juga tahu dia sudah berubah.

"Semua orang berubah." Hannah membalas. Radi mengangguk. Dia bersetuju dengan kenyataan tu.

"Iya. Memanglah. Tapi cuma..." Radi menghentikan ayatnya apabila seseorang tiba tiba duduk di sebelah Hannah. Dia memandang lelaki itu pelik.

"Err, kau siapa?" Tanya Radi. Hannah pula memaparkan riak terkejut dengan keberadaan Mikael secara tiba tiba.

Mikael menghulurkan tangannya ke arah Radi.

"Mikael." Mikael memperkenalkan diri. Radi menyambut huluran tangan itu.

"Radi. Kawan Bell." Radi pula yang memperkenalkan dirinya. Mikael mengangguk.

"Kau?" Tanya Radi kembali. Mikael tersenyum. Hannah memandang. Tak kan Mikael nak bagitahu perkara sebenar.

"Suami dia." Jawab Mikael. Radi terdiam. Dia memandang ke arah Hannah ingin meminta kepastian. Lambat lambat Hannah mengangguk.

"Uh, ouh. Kau tak pernah bagitahu aku pun Bell." Radi kecewa. Kecewa sebagai rakan dan kecewa sebagai seseorang yang menyukai Hannah. Hancur hatinya mendengar jawapan yang diberikan Mikael tadi.

"Erm, maaf." Hannah memohon maaf. Radi melorekkan senyuman paksa.

"Tahniah." Kata Radi. Mikael senyum.

"Thank you." Radi mengangguk. Dia memandang ke arah Hannah. Hannah tertunduk. Tipulah jika dia kata yang dia tak tahu yang Radi sukakannya. Jelas sekali Radi selalu menunjukkan yang dia suka akannya. Tapi nak buat macam mana. Perasaan tak boleh dipaksa. Hati dia hanya pilih Mikael. Tiada orang lain selain Mikael.

"Erm, maaflah aku menganggu. Cuma boleh aku ambil Hannah?" Tanya Mikael. Kalau Radi tak bagi dia kesah apa? Dia tetap akan ambil Hannah.

"Uh, ouh. Okay. Ambillah. Maaf sebab ajak isteri kau keluar. Aku tak tahu yang dia dah kahwin." Kata Radi serba salah. Walau apa pun perasaannya pada Hannah, dia tetap perlu hormat. Hannah sudah berpunya. Jadi dia perlu meminta maaf sebab ajak isteri orang keluar tanpa izin suaminya.

"Ouh. It's okay. Tak kesah pun. Sekali sekala tak ada masalah kan?" Mikael tersenyum. Radi membalas senyuman Mikael. Sekurang kurangnya, Hannah dapat suami yang baik. Itu sudah cukup. Jika Hannah bahagia, dia juga akan bahagia.

"Hannah jom." Ajak Mikael. Hannah mengangguk. Mereka berdua bangun dari duduk. 

"Kitorang pergi dulu ye." Mikael meminta diri. Radi mengangguk. Dia memandang ke arah Hannah yang memandangnya dengan serba salah. Radi senyum menunjukkan yang dia tidak apa apa. Walau hakikatnya, hati dia sakit.

Macam ini rupanya rasa sakitnya patah hati. Melihat orang yang kita suka, bahagia dengan orang lain. Radi tersenyum hambar.

'Cinta tak semestinya memiliki.'

Sekarang dia faham akan ayat itu. Dia faham rasa sakitnya cinta. Dia faham rasa pedihnya cinta yang bertepuk sebelah tangan.

Move on. Dia perlu move on. Tak kan dia nak rampas isteri orang pulak kan? Tak baik.

Airnya yang tinggal sedikit segera dihabiskan. Sekeping duit not 50 diletakkan di atas meja. Dia keluar dari cafe itu. Radi melihat ke arah langit. Gelap. Menandakan bila bila masa sahaja akan hujan.

"Huh. Hujan pun nak turun. Macam faham dengan perasaan aku sekarang." Kata Radi sebelum ketawa sinis. Dia mengeluh kecil. Dia hanya ingin pulang sekarang. Ingin tidur. Biar dia tak payah fikir akan perasaannya yang terlampau sakit sekarang.

Terima kasih sudi baca •}•

CINTA SEBENAR MIKAEL [C]Where stories live. Discover now