bab 14'

1.8K 159 25
                                    

Selamanya Milik Hayden Dennis

KAKINYA melangkah naik ke tingkat atas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KAKINYA melangkah naik ke tingkat atas . Bunyi tapak kakinya terdengar kuat akibat suasana yang terlalu sepi dan sunyi itu . Sampai di tingkat atas , dia terus masuk ke dalam bilik miliknya yang berada di hujung sekali .

Klak !

Kaki mula menampak ke dalam ruangan bilik yang agak bersepah itu . Haruman wangian berjenama yang selalu dipakai oleh Orkid masuk ke dalam rongga dia . Tersenyum lebar dia saat wangian itu dihidu . Terasa dekat dengan gadisnya .

Kakinya melangkah lagi ke dalam bilik itu . Dilihat sekeliling bilik yang dipenuhi dengan gambar - gambar yang ditampar di dinding dan ada juga yang berselerak di atas lantai bilik itu . Gambar di dinding disentuhnya sambil menarik jarinya di atas gambar - gambar itu . Semakin melebar senyuman itu .

"You look so beautiful darling . So beautiful." Kata dia sambil melihat satu persatu gambar - gambar itu . Sampai di satu gambar yang sudah di frame , dia berhenti . Mendongak ke atas sedikit kepalanya melihat gambar itu . Salah satu gambar kesukaannya .

Kelihatan Orkid sedang memakai gaun merah jambu bersama tudung berwarna merah jambu gelap . Dikaki terdapat kasut tumit tinggi yang sederhana dan beg silang yang selalu dipakai oleh Orkid . Orkid kelihatan begitu ceria sekali dan tersenyum manis di dalam gambar itu .

Tangan diangkat dan diusap gambar itu . "Sayang , kenapa terlalu susah untuk dekat dengan kau ? Kenapa terlalu susah untuk jadikan kau milik aku." Kata dia sambil melihat gambar itu penuh dengan rasa cinta .

"Perlu ke aku gunakan cara kotor ?" Tanya dia lagi . Tangan dijatuhkan dan dia mula menjauh dari gambar itu . Katil yang agak bersepah itu dibaring olehnya . Kepala menghadap tulus ke syiling bilik .

"Culik kau ? Boleh aku culik kau ?" Tanya dia sambil melihat gambar Orkid yang berada di syiling .

"Boleh ? Betul ni ? Kau pun nak ikut aku kan sayang ?" Tanya dia lagi . Keadaannya tidak ubah seperti orang sakit mental . Bercakap dengan gambar dan terasa gambar itu bercakap dengan nya kembali .

"HAHAHAHA aku tahu kau pun cintakan aku tapi itulah kenapa kau tak beritahu aku ? Kalau tak kita dah bahagia sekarang tau."

Dia mula ketawa sendiri sambil bercakap dengan gambar . Kadang - kadang kedengaran suara teruja si dia , kadang - kadang kedengaran sedih milik dia bergema di dalam bilik itu .


























SYARIKAT yang gah dihadapannya ini dipandang . Nafas diambil sebelum dihembus perlahan . Kakinya mula melangkah masuk ke dalam lobi syarikat itu . Kaunter yang berada di hadapan dituju olehnya . Terdapat dua orang perempuan disitu . Meja kaunter diketuk perlahan .

Cik Bunga Untuk Tuan Mafia Where stories live. Discover now