3

21 5 0
                                    

          "Kalau kau sebut lagi pasal orang tua tu, aku pastikan kau takkan pernah bangun dari tidur lagi" kolar Harris digenggam oleh Khaizo, muka series jelas terpapar dari muka

          "Lek lah, sorry, sorry" Harris mengalih-alih pandangan. Yang lain hanya memerhati tanpa suara sekalipun

          "Hahhh... Dahlah, menyampah aku dengan kau, cam budak tak matang" dia melepaskan genggaman dari baju Harris sebelum tangannya elok menyisir rambut. Harris yang tercampak ke sofa mengambil nafas beberapa kali sambil tangan kanan mengusap dada

          "Mana ada sejarah, aku jadi matang"

          Masing-masing seketika tidak membuka mulut sambil sibuk memikirkan tentang kenapa Khaizo marah sangat bila dengar tentang ayahnya sendiri kecuali seseorang. Khairi terlelap di atas sofa, agaknya dah sampai New York.

          "Rain, why kau depress sangat pasal dia? Let it go, Fraein. Dah lama benda tu jadi kan" sedari Crase yang hanya menunggu di luar, mula membuka pintu bilik

          Tak sedia lagi mahu menjawab pertanyaan, tangan putih Khaizo cepat-cepat mencapai cawan berisi coffee yang tadi mahu disentuh oleh Daniel. Daniel hanya tersengih seperti kerang busuk

          "Bro, hidup kau ni gelap sangat lah, always in pessimism world. Asyik nak membunuh je kerjanya. Daripada kau buru nyawa, lebih baik kau cepat-cepat buru cinta" menenung lagi coffee yang baru diletakkan di atas meja

          Malangnya, Khaizo tak memberi reaksi.

          "Kau pun assasin lah sial. Assasin tu pembunuh babi. Kau ni kenapa lah suka tambah dosa orang? Habis mulut suci aku" Harris menyampuk, cuma melihat Daniel yang berselera menikmati coffee panas. Cih, coffee tu kalau boleh minum sampai habis. Kedekut macam toyol

          "Suci konon, cam longkang aku tengok" balas Daniel

          "Hah, mula lah" Zachary berkata dalam nada perlahan melihat kelakuan dua dua jejaka yang tengah sibuk berlawan mulut

          "Heh, kau. Penat aku sebilik ngan kau. Dahlah bilik penuh ngan barang make up kau, dasar syaiton! Bau perfume sana sini. Pak You!"

          "Oh tanya? Pak you too setan" cepat-cepat bangun mencapai pembaris hijau. Harris pula mendekat laju, mulalah mereka bertumbuk di depan meja Khaizo

          Sempat tangan Daniel sekejap menekup muka dan menghalang pandangan Harris sebelum berkata, "woah, aku ingat perempuan tu cakap 'fuck you', padahal aku sendiri tak pernah sebut perkataan penuh dia... Lagi-lagi straight dia cakap kat Rain, over confident mak kau. Huuu, sesuai jadi jodoh I..." tangan kirinya acah-acah menutup mulut. Crase yang pening melihat gelagat mereka, memicit dahi,

          "Apa yang korang ngarut tak tentu pasal ni, tak pandai buat kerja ke?"

          "Eleh kau, Crase. Kau sendiri ngendap luar pintu, nak cakap orang"
   
          "Kau sendiri sibuk kat pejabat orang pesal. Lama aku tunggu need to talk kau tu, kau langsung tak datang-datang bangang" masih tersimpan sedikit kecewa, dari semalam setia menunggu. Sampai mata sendiri tak boleh nak tutup waktu atas katil semalam

          "Hahahah sorry ah bro, aku dah tau dah cerita nya" ketawa mendengar kata-kata Crase

          "Genügend ! Lama lagi ke kau nak buat hal dalam pejabat aku, gi keluar sana" jari telunjuk elok mengarah ke pintu dengan muka yang ditongkat tangan kiri

          Terpaksalah Harris, Daniel, Zachary dan Macc hanya akur, tiba-tiba Daniel berjalan kearah sofa, tangannya nakal mencubit peha Khairi yang nyenyak tidur, "Sayang..."

Pakcik Mafia & Si Otak Ikan EmasWhere stories live. Discover now