Ditenungnya surat tu hampir setengah jam. Sampulnya belum lagi dibuka, apatah lagi isi dalamnya
"Lama naw kau tenung. Kalau aku tak tegur, sampai esok tak habis" saja mengusik sahabatnya seorang. Hairan dengan Mia yang dari semalam seperti dikejar hantu, mukanya murung semacam
"By the way, tu apa?" Sibuk menyendel tepi Mia yang elok duduk bersila depan TV
"Suratlah"
"Ya, tapi apa isinya...?" Airin mencapai alat kawalan jauh, lalu bangun dan begerak mengambil tempatnya di atas sofa
"Hah?" pipinya yang gebu menyentuh permukaan meja
"Bengong pula dia. Tu tu, surat tu, isinya apa?"
"Mana lah aku tau"
"Kau ni kan. Punya lah kau tenung lama benda tu, satu pun tak tahu?"
"Tak..." kedua tangannya masih memegang erat surat
"Eeeeeh, penatlah aku dengan kau ni. Meh la suratnya" tangannya laju merampas surat, mata pula kesini kesana melihat nama pengirim 'Crase Hilliard' lalu menarik keluar surat yang didalam. Sampul nya terletak elok ditepi
"Mana Nisa?" Kepala nya diangkat, toleh sini sana
"Hey, miss otak goldfish baru beberapa minit Nisa keluar cakap nak gi tengok wayang" matanya berhenti melirik surat, malas agaknya mahu membaca
"Ouh.."
"Nah lah" tangannya menghulur surat yang tadi niat mahu dibaca
"Kenapa? Kau tak nak baca?"
Alat kawalan jauh dicampak ke sofa, perlahan dia bangun dari duduk sebelum menjawab soalan Mia, "Aku baru ingat ada hal sikit lah, cau lu" sambil membetulkan seluar slack hitamnya yang longgar
Dah malam dah ni, diorang nak pergi mana?
Sejurus selepas pintu rumah ditutup, mata Mia tertumpu pada tulisan di surat. Tertera nama palsunya dan isi surat. Sesuatu menangkap perhatiannya
"Di terima?!" Excited Mia, terlompat-lompat riang di sofa sambil memegang surat tersebut. Kalau boleh, rambut tu sampai cecah kipas. Otaknya yang tadi stuck, mula bergerak kembali.
"Wait... First, i need to report" sambil meneruskan pekerjaannya sebagai seorang pegawai polis
Poket baju diselok, tangan Mia keluar memegang sebuah telefon pintar. Melihat masa yang terpapar di homescreen. Tujuh dua puluh pagi. Masih awal lagi sebelum masa yang ditetapkan, kaki nya pantas menyusun langkah ke arah sofa yang ada di tempat menunggu
BUK!
Kot Berberry hijau hitam, betul betul di dalam ruang penglihatan Mia. Baru sahaja mereka berlanggar, tudungnya pula rosak lagi. Stress. Dia tunduk dua kali sambil meminta maaf sebelum mengangkat pandangan
"Kau?" Suara Harris kedengaran
"Sir, maaf... Saya betul-betul minta maaf. Saya tak perasan" kepanya ditundukkan lagi beberapa kali
"Kau kenapa kat sini? Ah, ouh, kerja an?" Harris menjongket kening dengan seyum nipis di bibirnya
"Ya, saya baru dapat surat. Kena jumpa Sir Crase Hilliard" kata Mia dengan suara yang lembut
YOU ARE READING
Pakcik Mafia & Si Otak Ikan Emas
Teen Fiction✨[[ONGOING]]✨ "Dalam dunia ni, saya tak pernah jumpa pakcik yang otak ikan emas macam pakcik ni" - Mia Deloirse Seorang gadis bertudung yang bekerja sebagai seorang polis diberi tugas untuk menyamar dan mencungkil info tentang keluarga mafia yang...