Selalu berharap bahawa boleh jadi seperti orang biasa, orang yang tidak mengenali atau mengetahui apa itu depresi. Menjadi seorang manusia yang mempunyai mental yang sihat. Tidak mempunyai stress melampau, anxiety, emosi yang over,perasaan yang melampau and terlalu over ketika berfikir. Ramai yang cenderung berkata semua itu taklah susah mana hanya baiki cara berfikir dan sebagainya. Tapi tidak kerana itu sangat susah. Benar sesetengah ada yang masih boleh berfikir dengan waras dan sesetengah tidak. Tetapi kami mampu waras untuk tidak melakukan perkara seperti membunuh diri atau menyakitkan diri bukan waras untuk perkara lain. Kerana itu cenderung pesakit depresi sering menghadapi masalah yang dikenali sebagai "attention seeker" kerana rata-rata dari apa yang mereka hanyalah perhatian, kasih sayang, dibelai,dicintai dan diperhatikan. Mereka sangat sensitif dalam semua hal. Hal yang kecil bagi mereka terkadang sesuatu yang besar. Terlalu ramai yang sering menghukum mereka. Terkadang mereka juga sangat membenci diri mereka sendiri kerana tidak mampu keluar dari belenggu depression sehingga mengambil jalan untuk menamatkan nyawa mereka sendiri. Beban depression sangat berat tetapi ramai yang memandang enteng masalah ini kerana bagi mereka pesakit-pesakit depression ini tidak cukup iman, terlalu lemah, mengada, berpura-pura dan gila. Tetapi mereka tidak tahu bahawa mereka yang Masih mampu bertahan walau mempunyai depression ini merupakan orang yang kuat. Mereka bukan sahaja membawa beban masalah hidup tetapi membawa beban sakit yang luar biasa. Masih mampu berbual dengan senyuman serta gelak tawa sedangkan didalam mindanya memiliki seribu suara yang menyuruh mereka mengakhiri diri mereka, mengatakan mereka lemah, mengatakan mereka adalah manusia yang paling tidak berguna didalam muka bumi ini, suara yang sering menghasut mereka supaya membenci diri sendiri, suara yang mengherdik mereka, suara-suara yang mampu membuat mereka ingin terjun dari bangunan yang tinggi. Masih ramai yang bukan memberi sokongan tetapi memilih untuk meninggalkan serta menyalahkan pesakit ini dan meletakkan mereka serta member mereka rasa untuk tidak mahu hidup lagi. Sedarlah bahawa pesakit depression juga perlukan seseorang di sampingnya untuk menemaninya setiap saat. Dia memerlukan nilai positif di setiap hari-harinya. Cukuplah hanya fikiran mereka yang mengeluarkan perkara-perkara negatif untuk mereka. Mereka hanya mahukan perhatian sahaja. Cukup hanya itu. Bantulah mereka kerana fikiran mereka memberi seribu kali kesan negatif untuk jatuhkan mereka dari bangun untuk bangkit. Terkadang pesakit depression ini merasa indahnya jika mereka dapat menikmati kehidupan tanpa sakit yang membebankan ini. Tetapi Allah menguji kerana Allah sayang mereka. Depression bukan perkara main-main yang boleh dipandang enteng. Marilah bersama-sama bermula dari sekarang menjaga serta memberi nilai positif kepada sesiapa yang terdekat yang memiliki penyakit ini. Jika dirimu merasa memikul beban yang berat ketahuilah bahawa kami yang memiliki penyakit ini memikul beban seribu kali lebih berat kerana kami perlu berperang dengan seribu satu suara yang sumbang didalam minda kami yang menyebabkan fizikal kami juga tumbang....
YOU ARE READING
BANGKIT
RandomBangkit bukan mudah tetapi masih ada jalan untuk meneruskan kehidupan... Putus asa bukan pilihan awal tetapi pilihan terakhir... Jangan pernah menyerah untuk bangkit kerana kite bukan manusia yang lemah...