5

19 3 0
                                    

           Seorang gadis bertudung menggenggam tangan nya yang kebasahan kerana keringat. Tegak kakinya berdiri di depan pintu, hanya karpet biru yang dapat dilihat oleh Mia

          "Kau nak tenung karpet tu sampai bila?" Suara jejaka yang selamba duduk di atas meja memecah keheningan

          "Tunggu sekejap, kau belum minta maaf pasal sesuatu lagi" mata jejaka campuran German itu tajam merenung ke dalam anak mata gadis di depannya

           Mia mengangkat kepala, mata nya melilau kesana kemari, enggan melihat wajah dingin boss nya itu. Selang beberapa saat, baru dia berani membuka mulutnya, "Ye, maaf. Saya tau saya tak patut buat macam tu. Saya minta maaf sangat-sangat. Tapi pakcik sendiri kena lah pandai hormat orang" kata Mia sebelum kembali menundukkan pandangannya

           "Pakcik? Mulai sekarang panggil aku Sir Khaizo"

          "Tapi kan pakcik memang pakcik. Buat apa nak panggil sir bagai, saya bekerja bawah pakcik pun sebab arahan sir Crase. Dia yang terima saya kerja, jadi dia sorang boleh arah saya" Mia mendepankan dadanya, yakin dengan perkataan yang baru di ucap tadi. Masing-masing tidak puas hati mula menatap mata sesama sendiri

          Khaizo akhirnya menghentikan tatapan mata nya,  mula malas melayan kerena gadis itu "suka hati kau, pergi sana buat kerja"

          Sempat Mia menoleh ke kanan ke kiri "Pakcik suruh saya masuk dalam office pakcik lepastu mendadak suruh saya buat kerja sebagai PA pakcik, tapi tak sediakan pun meja dan kerusi untuk saya duduk" mulutnya dibuat-buat muncung

          "Pergi lah cari sendiri"

          "Kat mana?"

          "Kau tu assistant aku. Tugas kau buat apa yang aku suruh. Bukan aku yang jadi hamba kau" penat melayan sikap Mia, dia perlahan mendaratkan punggungnya di atas kerusi

          "Ish..." Mia mendengus dalam nada berbisik sambil laju dia membuka pintu untuk keluar

            Khaizo menongkat wajah, jarinya menekan button on komputer di hadapannya

          "Kalau Crase suruh dia buka baju, agaknya dia buka baju..." Fikirannya tiba-tiba terhenti. Sekejap mengimbas kembali fikirannya tadi sebelum mendaratkan muka di atas meja. Terkejut dan malu.

-Mia-

          "Baru sehari jadi PA, kerja dah berlambak macamni. Sebelum ni mesti dia buat kerjani sorang-sorang" kata nya sambil mengintai Khaizo yang sedang focus bekerja

          "Comel, hensem tapi sayangnya adab takda. Pakcik... ahah, sesuai untuk orang haus hormat macam dia tu. Padan muka, siapa suruh panggil aku tudung penyek... Lagi-lagi otak ikan emas. Rasakan."

-Khaizo-

          "Hahh... Dah ditegur banyak kali, masih tak betulkan tudung lagi. Ngintai orang tak henti-henti tu pulak, buang tebiat ke. Aku tau aku hensem tapi takyah lah sampai renung macamtu" Sedar akan Mia yang duduk mengintai dirinya dari tadi

          "Otak ikan emas... Hah, sesuai dengan orang macam dia. Otak memang bijak tapi lembab"

----

          "Nah" menghulur kertas kerja

          "Untuk apa?"

          "Cek lah, pakcik kan boss"

          "Kertas tu?"

          "Ye lah, ini" Mia mengibaskan perlahan kertasnya

          Matanya melirik ke dalam anak mata Mia sebaik sahaja melihat kertas kerja yang dihulur "Itu bukan kertas kerja, itu kerja lukisan buruk kau"

Pakcik Mafia & Si Otak Ikan EmasWhere stories live. Discover now