6

18 4 0
                                    

          Air mata mula membanjiri mata Khalifa, tangannya tidak mampu lagi menyeka air mata yang tidak henti-henti keluar "Akak, aku ingat kat arwah ibu ngan ayah"

          "Kalau ye pun, bagi lah salam dulu. Emmh...pasal arwah ayah dengan ibu tu, kau cuma perlu doa yang baik-baik je" Perasaan sebak menyelimuti hati Mia walaupun hanya mendengar sebutan 'ibu dan bapa' nya

          "Akak ingat aku tak pernah doa baik-baik ke. Setiap hari aku buat. Dulu waktu diorang masih hidup, aku selalu ada kat sisi diorang, tapi kenapa..."

          "Tapi Kenapa kau tak berani nak bersuara? Kenapa kau tak cuba bangun untuk hentikan pembunuh tu dari bunuh ibu ayah? Kau nak maksud kan macam tu?" Ayat Khalifa serta-merta dipotong oleh Mia. Suara tangisan Khalifa yang tersangkut sangkut terdengar melalui panggilan

          "Kau masih tak matang lagi waktu tu, Ifa. Kau baru balik dari amik ujian. Jangan beban kan diri kau sendiri dengan kesalahan yang tak pernah kau buat" Disebalik kata-kata yang terdengar yakin, tersembunyi wajah sayu yang sedang mengkhawatirkan insan kesayangannya. Anugerah terakhir yang tuhan sisa kan untuk tetap menemani diri nya yang kehilangan kedua orang tua

          "Kau cakap macam kau tau apa yang aku rasa. Aku tau itu dah berlaku 5 tahun lepas. Tapi kau tak saksikan kejadian tu depan mata kau sendiri, Kak. Bau darah ibu dengan ayah masih melekat kat tapak tangan aku" hatinya masih tidak sembuh dari luka yang muncul lima tahun dahulu sewaktu berlakunya pembunuhan kedua orang tuanya.

          "Ya, akak tau semua tu. Akak tau akak tak berhak cakap macamtu sebab akak takde kat situ, untuk duduk kat sisi ibu ayah walaupun itu lah saat-saat terakhir hidup diorang. Tapi kau tak boleh terus pendam luka tu macam kau sorang yang perlu tanggungjawab atas semua ni"

          "Wajah pembunuh tu, dengan bunyi tembakan masih bermain dalam pikiran aku. Walaupun aku cuba untuk lupa kan. Dia tetap datang, aku tak boleh lupa benda tu, macammana aku nak pura-pura jadi bahagia? Sedangkan ingatan tu dah tertanam dalam pikiran aku, dah berakar dah. Kau ingat senang ke hah? Nak lupa kan benda menakutkan yang dah sebati dengan diri kau, kak?"

          "Ifa, macammana boleh call akak ni?" Mia menukar topik, tidak mahu perbincangan menjadi terlalu dalam

          "Kan dah balik sekolah, singgahlah tempat telefon ni" jarinya gatal memusing-musing wayar telefon

          "Cuti kan esok?" Teruja. Mia bertanya kepada adik nya

          "Ye, cuti dua hari"

          "Boleh ke outing dua hari?

          "Minggu ni boleh kot... lagi pun nak buat apa outing. Lebih baik duduk je kat asrama"

          "Akak nak ajak Ifa release stress. Bukannya selalu kan. Sesekali keluar sama-sama. Esok akak amik Ifa. Siap-siap cepat tau" walaupun senyuman nya tidak dapat dilihat dengan mata kasar, hanya dengan suara, Khalifa dapat merasakan kegembiraan di dalam nada Mia

          "Ye lah, aku dah nak masuk dorm ni. Takut warden marah pula. Bye Kak, Assalamualaikum"

          "Bye... Waalaikumussalam"

          Tertera perkataan 'call ended' di skrin telefon. Bibir hanya mengukir senyuman sambil tangan kanan mengesat sedikit air mata yang tersisa di hujung mata

          "Yo" Suara seseorang muncul dari belakang saja mahu menegur

          Mia menoleh "Pakcik?"

          "Apa pakcik buat kat sini? Bukan patutnya VIP punya parking kereta kat dalam ke?

          "Bila masa aku jadi pakcik, umur aku baru 29" Bila difikirkan balik, baru Khairi sedar, mungkin didepannya ini adalah gadis yang disebut oleh abang kembar nya

          "O, ouh... Yang pakcik kau tu mungkin kembar aku, Khaizo. Aku Khairi" Dia menghulur tangan sambil tersenyum

          Mia dengan lembut menolak niat Khairi yang mahu bersalaman "Saya tak boleh pegang sir, maaf"

          "Saya pula Mia, saya tak sangka pula sir Khaizo ada kembar. Hehe" Mia tersengih sambil tangan nya elok menggaru belakang lehernya walaupun tidak gatal

          "Hmm... kalau kau nak beza kan aku dengan dia, senang je, dia jenis tak suka berbual, aku pula mungkin sebaliknya" Khairi mengintai jam tangan "Mana Crase ni? Kata nak cepat" merungut di dalam hati

          "Sir Khairi, tunggu siapa? Kenapa sir ada kat sini?"

          "Mamat cina tu lah, kata suruh cepat... Tapi tak datang-datang"

          "Dia kan atasan, bukan ke patutnya dia parking kat dalam?"

          "Tak lah, dia biasanya parking kat luar sini"

          "Sir memang tak de kereta ke?"

          "Ada kat rumah tu, malas nak bawak"

          "Ouh, kalau macam tu oke lah, saya balik dulu" Mia menurun kan kepalanya sedikit tanda hormat sebelum membuka kunci kereta

          Khairi mengangguk. Tepat pada masa, kereta Ferrari merah milik Crase muncul di sudut pandangan mata. Pintu kereta tersebut di buka, sebelum kakinya mula melangkah masuk

          Khaizo melepaskan tali lehernya dengan kasar sebelum dicampakkan ke seat sebelah, begitu juga dengan beg kerja. Letih bekerja setiap hari walaupun diri nya bukan lah CEO kepada syarikat tersebut.

          Kereta jenama Lamborghini yang dipandu Khaizo laju bergerak di jalan raya.

          Tiba-tiba terpandang sebuah kereta berwarna kelabu bersandar di tepi jalan bersama seorang gadis

          "Kereta, tolong lah bernyawa... aku nak balik" Mia mengetuk-ngetuk perlahan kereta Honda Civic miliknya. Pasrah.

          "Dah berapa lama kat sini?" Tanya satu suara garau dari arah belakang kereta

          "Lama juga" Jawab Mia sebelum menoleh ke arah suara tersebut

          "Sir Khairi?!!!" jerit Mia kuat. Jelas terkejut dengan kehadiran lelaki itu

          "Macammana sir boleh ada kat sini? Bukan ke tadi sir ikut dengan sir Crase?" Soal Mia lembut

          Menghiraukan soalan Mia, Khaizo menghulur tangan meminta peralatan membaiki  kereta. Mia bergerak ke arah bonet mengeluarkan alatan yang diminta

          "Buka kunci boot sekali" kata Khaizo sebelum Mia datang ke arah nya

          Selepas lama membaiki kereta itu, Khaizo menolak rambut perang nya ke belakang lalu berkata "kereta kau rosak, aku dah baiki apa yang boleh. Tapi aku takut kereta kau tiba-tiba tak boleh gerak" boot kereta ditutup

          "Thank you, sir. Tapi takpe, saya tunggu kat sini je"

          Khaizo memandang lama wajah Mia, "Kau dah kenapa yakin sangat, kau nak tunggu sini sampai esok ke? Tak tentu lagi orang hiraukan kau ke tak. Aku yakin diorang just tengok kau macamtu je"

           "Naik kereta aku, biar aku yang hantar kau balik rumah"

         "Tapi sir, macammana dengan kereta saya?" Mia menarik kot Khaizo

          "Buang, sedekah kat orang" kata Khaizo tanpa menoleh ke Mia

          "Tapi sir..."

          "Haih, nanti aku suruh lah orang amik bawa gi bengkel" keningnya berkerut

           "Ouh, macamtu. Saya ingat sir cakap betul-betul tadi" Mia lega kereta pertama yang dibeli nya itu tak akan hilang dari tangan nya. Cepat-cepat dia mengikuti belakang Khaizo sebelum melangkah masuk ke dalam kereta

          

         

         

         

         

         

Pakcik Mafia & Si Otak Ikan EmasWhere stories live. Discover now