ADENNA

5.7K 153 2
                                    

Bismillahirahmanirrahim

Dengan lafaz bismillah, saya mempersembahkan karya saya yang berjudul ADENNA : Amore And Tesoro. Cerita ini sudah bertukar tajuk sebanyak tiga kali dan bagi yang mengenali Mr Aryan Aliff dan ADENNA, cerita ini merupakan cerita yang sama. Saya mengubah tajuk kerana pertukaran plot dan sedikit jalan cerita.

Karya ini merupakan karya saya yang pertama mendapat sokongan pembaca yang agak tinggi dan membanggakan saya. Walaupun terdapat banyak kesalahan-kesalahan tatabahasa, grammatical errors dan kurang emosi dalam cerita, tetap para pembaca membaca dan memberikan sokongan. Dan saya sebagai penulis amatlah menghargai para pembaca yang membaca, comment dan vote cerita ini.

Ingin saya tegaskan di sini bahawa cerita saya yang satu ini akan mengandungi penggunaan kata-kata kasar yang tidak sesuai untuk lapisan umur bawah 18 tahun. Jadi, jika anda berumur bawah daripada umur yang dinyatakan sila tidak membaca cerita ini dan jika anda tetap membacanya juga, sila baca di atas risiko anda sendiri. Sebarang masalah yang timbul semasa dan selepas membaca cerita ini BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB SAYA!

Juga ingin saya ingatkan bahawa cerita saya merupakan imaginasi saya sendiri. Tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang meninggal dunia. Jika ada tersama nama atau watak atau jalan cerita, ianya hanyalah kebetulan semata-mata.

Di sini, ingin saya tegaskan bahawa cerita saya ini hanyalah sekadar mengisi masa lapang dan melepaskan tekanan dek kerana saya seorang yang suka menulis dan melukis. Saya berhak untuk meng'update' cerita saya pada bila-bila masa yang saya suka kerana saya tidak serius dalam menulis di sini. Hanya sekadar suka-suka. Jika anda merasa tertekan atau tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, anda disarankan untuk tidak membaca cerita ini kerana risau akan kesihatan mental anda yang mungkin akan sedikit terganggu. Saya tidak mahu dikemudian hari akan ada komen komen negatif yang mampu merosakkam emosi saya dan menjejaskan urusan seharian saya.

Sekian daripada saya, jika ada daripada ucapan di atas yang mengguris hati para pembaca, harap dimaafkan. Saya hanya manusia biasa yang tidak lari daripada membuat salah dan silap.

Anak Cina Terjatuh Longkang,
Dilanggar Oleh Anak Pak Magan,
Duhai Para Pembaca Tersayang,
Cerita Dibaca Sesuai Pandangan.

**Entah betul entah tidak, enjoy sajalah pantun tu ye**

Start : 14 March 2022
End :

Start : 14 March 2022End :

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


~ Membuka Tirai ~

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 13, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ADENNA : Amore And TesoroWhere stories live. Discover now