Kring! Kring! Menandakan matapelajaran ketika itu sudah tamat. Cikgu Busyairi lekas-lekas keluar daripada kelas 5 Sains 2 kerana dia mempunyai urusan di Pejabat Pendidikan Daerah. Ketika sedang asyik dia berjalan menuju ke keretanya, dia ternampak sekumpulan pelajar lelaki sedang rancak ponteng kelas. Dia merengus geram dan terus berjalan menuju ke arah sekumpulan pelajar tersebut. Namun ketika pelajar-pelajar itu ternampak mereka terus lari bertempiaran tanpa menoleh ke arah Cikgu Busyairi. Dia berasa kesal kerana tidak dapat mengejar pelajar-pelajar lelaki terbabit. Selepas itu, Cikgu Busyairi kembali berjalan ke keretanya yang terletak di tempat parkir kereta guru.
Baru sahaja dia ingin masuk kereta, seorang guru wanita yang cantik molek rupanya menegur.
"Cikgu Busyairi laju-laju jalan ni nak kemana ya? Sampai tak tengok kiri kanan". Seloroh Cikgu Rusila.
"Maaf cikgu saya dah lambat ni. Kenapa cikgu jumpa saya ke? Ada apa-apa yang urusan ke?". Balas Cikgu Busyairi sampai menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.
"Saja je saya tegur cikgu. Maaf ya kalau saya ada terambil sedikit masa cikgu ni".
Cikgu Busyairi hanya tersenyum dan terus melabuhkan punggungnya di dalam kereta. Tanpa menoleh lagi dia terus memecut keretanya dengan laju.
********************
"Eh Hanisah, kau free tak petang ni? Aku ingat nak ajak kau main boling". Tegur Maisarah. Terkejut Hanisah daripada lamunannya.
"Kau ni Nis, boleh tak kalau tak buat aku terkejut seharian!" Bentaknya.
"Mana ada aku buat kau terkejut. Kau tu asyik mengelamun je dari kelas Cikgu Busyairi tu. Tak pasal-pasal kau kena sergah dek dia.
Hanisah teringat kembali peristiwa dia disergah oleh Cikgu Busyairi sebentar tadi. Hampir gugur jantungnya apabila disergah sebegitu kuat dengan suara garaunya gara-gara dia mengelamun.
"Hanisah! Saya tengah ajar di depan ni awak dibelakang tengah buat apa tu!?" Hanisah terkejut beruk sehingga tertendang kerusi rakannya dihadapan.
"Siapa-siapa yang rasa nak mengelamun ke bermain ke sila keluar dari kelas saya! Saya tidak suka pelajar yang tidak mempunyai adab dengan guru ni. Saya didepan bukan tunggul kayu sehingga kamu semua buat tidak nampak saja. Bila saya tanya soalan semua bisu! Bab bermain, bersembang bagai kamulah juaranya!" Tegas suaranya menasihati para pelajar kelas 5 Sains 2. Matanya sentiasa memerhati Hanisah yang terpinga-pinga di belakang itu.
"Aku suka tau tengok Cikgu Busyairi tu marah-marah. Jelas kekacakannya dan kemachoannya." Suara Hanisah memecah kesunyian di tempat menunggu bas dihadapan sekolahnya.
Maisarah memandang rakan baiknya dengan muka meluat. Hanisah ni pantang melihat guru-guru lelaki yang kacak. Pasti dia terpikat dan hatinya berbunga-bunga.
"Kau je suka tengok dia marah. Kau tahu tak satu kelas takut tau bila dia start marah-marah. Kecut perut kami. Kau ni peliklah Nisah." Giliran Maisarah pula muka bersuara.
Hanisah dengan bangganya menunjuk muka tidak bersalahnya sehingga dia mengajuk kembali cara Maisarah bercakap.
"Sarah aku mintak maaf eh pasal tadi." Hanisah memulakan kembali perbualan selepas melihat muka bosan yang ditunjukkan oleh Maisarah. Maisarah hanya berdehem dan melambai tangan pada Hanisah yang terpinga-pinga itu.
"Esok jumpa eh. Kau jangan lupa pulak siapkan kerja sekolah yang Cikgu Busyairi bagi tu. Nanti kalau sorang tak siap satu kelas kena denda.
Hanisah hanya mengangguk tanda faham.
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN
RomanceBusyairi 34 tahun yang berkali-kali gagal dalam percintaannya. Beliau juga seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah. Dia mempunyai rupa yang kacak dan sering menjadi tumpuan seluruh pelajar perempuan di sekolah tersebut. Namun bila bermulany...