𝖧𝖠𝖩𝖲 57

1.1K 55 6
                                    

Ayrose duduk sendirian di atas katil. Otaknya kembali memikirkan kejadian semasa mereka di kampung.

Dia takut. Dia takut akan kehilangan Adrian. Dia sayangkan Adrian, dan dia tak mahu anak ini membesar tanpa kasih sayang seorang bapa.

Ancaman Danisha untuk merampas Adrian tempoh hari terngiang-ngiang di kepalanya. Amanda yang menyoal dengan nada manja sebelum mereka pulang ke rumah juga masih baru di otaknya.

Macam mana kalau Danisha dan Amanda bersepakat untuk merampas Adrian dari dia ?

Dia teralu takut. Apa akan jadi jika dia kehilangan Adrian ?

"Honey ?"

Ayrose tersedar dari lamunannya. Dia memandang Adrian sekilas sebelum menyeka air matanya.

"Honey ? Okay tak ni ? Kenapa menangis ni, sayang ?" soal Adrian risau.

Ayrose pantas menggeleng.

Adrian melangkah menghampiri isterinya. Tubuh itu dipeluk dan dahinya di kucup bagi menenangkan wanita itu.

"Honey, kenapa ni ? Hubby ada buat salah, ke ?" soal Adrian lembut.

Ayrose menggeleng lagi. Tangannya melingkar di leher Adrian. Matanya yang berkaca memandang mata milik Adrian.

"Hubby akan tinggalkan saya, tak ?"

Adrian terpempan. Dah kenapa Ayrose tanya soalan macam ni tiba-tiba ?

"Kenapa honey tanya macam tu ?" soal Adrian pelik.

Ayrose sekadar mengangkat bahu. Memang dia tak tahu kenapa dia boleh tanya soalan macam tu dekat Adrian.

Adrian memegang kedua belah pipi Ayrose dengan tangannya. Dia membalas pandangan isterinya.

"Honey, hubby sayang honey sorang jer. Hubby sayang honey, dunia akhirat. Hubby akan jaga honey, dan keluarga kita sampai bila-bila. Hubby takkan pernah duakan honey. Bagilah perempuan secantik mana pun, honey tetap akan jadi the one and only princess yang bertakhta di hati hubby. Sebab hubby, sayang sangat dengan honey. Okay, sayang ?"

Ayrose terkedu mendengar luahan Adrian. Matanya semakin kabur dengan air mata.

Dan Ayrose terus memeluk suaminya. Air matanya mengalir deras. Kepalanya disandarkan pada dada bidang lelaki itu.

"S-saya takut..."

Adrian mengusap lembut rambut isterinya. Ubun-ubun Ayrose turut dikucup penuh kasih sayang.

"Tak perlu takut, sayang. Hubby akan setia di sisi honey,"

Ayrose sedikit lega sebaik mendengar luahan Adrian tadi. Matanya kian memberat akibat terlalu banyak menangis.

Adrian memandang ke bawah setelah mendengar dengkuran kecil. Tertawa kecil dia dibuatnya apabila melihat isterinya sudah lena dibuai mimpi.

Adrian meletakkan Ayrose di atas katil. Selimut ditarik menutupi tubuh wanita mengandung itu. Dahinya dikucup lalu badannya dipeluk erat.

"Goodnight, honey. I love you,"

✨✨✨

Ayrose mencelikkan matanya. Jam di atas meja sebelah katil dilihatnya.

9.37 a.m.

Ayrose menggeliat kecil dan menguap. Kemudian dia bangun dari pembaringannya. Tangannya berpaut pada sisi katil untuk ke bilik air.

Jodohku Encik Tengku [C]Where stories live. Discover now