Riuh-rendah sungguh kelas 2 Alpha pada pagi itu. Iyalah kali pertama bertentang mata dengan rakan-rakan setelah hampir sebulan cuti akhir taahun, semestinya banyak perkara yang hendak dibualkan.
Ada yang sibuk bertanya tugasan yang diberi guru, ada yang menayang bekas pensil yang baru dibeli. Ada juga yang sibuk berlayar ke alam mimpi, dan manusia itu adalah Nur Arfa.
Manusia yang tidak pandai bergaul dengan rakan-rakan seusianya malahan tiada yang mahu dekat dengannya. Ada yang menyatakan Arfa ini budak pelik kerana sering bercakap sendirian.
Arfa sedar bahawa rakan sekelasnya takut untuk berkawan dengan dia, tapi apa dia kisah asalkan mereka tidak mengganggu hidupnya sudah.
Lenanya terganggu dengan bunyi kerusi yang ditarik agak kasar disebelahnya.
'aik pelik, selalunya semua tak nak duduk sini. Ke bukan manusia.' Segera dia memanggung kepala. Risau bukan manusia yang duduk sebelahnya.
"Err hai. Tempat ni kosong kan? Aku duduk boleh?" Lelaki yang menarik kerusi tadi bertanya perlahan. Takut melihat muka garang si gadis.
Arfa hanya mengiakan, malas mahu menjawab lebih. Buang masa dan tenaga sahaja.
"Err aku Mikhail. Kau?" Sekali lagi lelaki bernama Mikhail itu bertanya.
Arfa merengus. Dia sangat benci manusia yang mulut banyak ni. Bukannya dia sombong tetapi dia malas mahu buka mulut menjawab benda yang tak membawa apa-apa faedah.
"Yang kau sibuk nak tahu asal. Nama aku penting sangat ke? Menyemak lah kau ni." Arfa membidas tanpa mempedulikan Mikhail yang tersentak mendengarnya.
"Orang tanya nama ja, bukan tanya warna stokin dia. Sesedap hati secukup rasa dia ja nak menyemakkan orang. Huh benci." Mikhail berbisik seorang diri.
"Kau ingat aku tak dengar ke?"
'Dia dengar pulak dah' terkejut Mikhail dibuatnya. Ingatkan suaranya itu sudah cukup perlahan.
Selapis itu tiada apa lagi yang dibicarakan oleh mereka berdua. Elok sangatlah tu. Yang sorang sibuk layan perasaan. Yang sorang lagi dah sampai ke alam mimpi. Hinggalah suara Cikgu Hasnah mengejutkan mereka berdua.
"Ha awak berdua kat belakang tu. Tak nak bangun ke. Saya ni dah nak dekat 10 minit masuk kelas kamu, still tak perasan ke?" Memetir suara wanita separuh abad itu menyebabkan mereka berdua yang sekejap tadi terleka mula fokus semula.
Serentak perkataan maaf keluar dari mulut mereka berdua.
"Kamu ni Arfa dari tahun lepas lagi, tidur sahaja kerja kamu ya? Nasib lah result terlajak baik. Kalau tak tak tahu saya nak buat apa dengan kamu."
Arfa hanya tersenyum nipis, tidak tahu itu pujian atau perlian.
'Oh nama dia Arfa. Sedap nama, ni kalau dia ada abang mesti nama Arfan.' sempat Mikhail bermonolog sendirian.
"Ha abang spek tebal. Apa nama kamu? Cikgu tak pernah nampak kamu ni, budak baru ya?" Cikgu Hasnah bertanya, dia tidak menerima info bahawa ada budak baru di kelas ini.
"Ya cikgu, saya budak baru. Nama saya Zahin Mikhail, cikgu." Mikhail menjawab dengan yakin.
"Ya Allah baru cikgu teringat pengetua ada bagitahu semalam. Ha nanti kamu semua berkenalan lah ya dengan Mikhail ni, jangan dibuat musuh pulak. Semua boleh duduk, kesian berdiri lama-lama." Lembut si guru memberi arahan. Dia tidaklah garang tapi lebih kepada tegas. Dia masih boleh berlembut dengan anak muridnya.
'Zahin Mikhail? Jap macam kenal, tapi diamana ya?!!' Arfa berkata sambil buat tangan acah-acah berfikir.
.
.
.Kantin
YOU ARE READING
Love Mikhail (On Hold)
Romance"Aku suka kau Mikha!! Sumpah aku nak kahwin dengan kau. Boleh kan? Alah kita sama-sama single." - Nur Arfa "Ewww sorry sikit, aku dah berpunya. Kau ni nak buat lawak pun agak-agaklah. Depan makwe aku ni jugak lah nak melawak pun." - Zahin Mikhail . ...