Tok Tok
Klekk
Semua mata terarah pada pintu. Kelihatan Adrian dengan aiskrim dan bubur Mc'Donald di tangannya.
"Aiskrim ! Nak ?" pinta Ayrose manja.
Adrian menghulurkan aiskrim tadi kepada isterinya.
"Rose, kamu jangan makan sangat aiskrim ni tau. Sekali-sekala jer boleh," nasihat Tengku Kalisya.
"Baik, mama," Ayrose tersengih.
Tengku Kalisya tersenyum melihat menantunya. Tak lama lagi dapat lah dia menimang cucu.
"Lepas makan aiskrim, minum air masak banyak, kay ? Ni ada bubur, makan nanti," bubur tadi diletakkan di hadapan Ayrose.
Ayrose mengendahkan orang-orang disekitarnya. Yang penting sekarang ni, aiskrim !
"Haih, dah dapat aiskrim, lupa dah suami dia," keluh Adrian.
Tengku Kalisya dan Arian tergelak.
✨✨✨
Phone di dalam beg tangan Tengku Kalisya berdering minta diangkat. Segera dia menyeluk beg tangannya mencari phone.
Berkerut dahinya memandang skrin phone yang menunjukkan nombor tidak dikenali.
Tengku Kalisya hanya menjawab panggilan tersebut. Kot lah emergency, ke ?
"Hello ?"
"Hello, assalamualaikum. Betul ke saya sedang berbicara dengan Tengku Kalisya, isteri Tengku Andri ?"
"Waalaikumussalam. Ye betul, saya isteri dia,"
"Kami dari Hospital Kuala Lumpur mahu memaklumkan bahawa Tengku Andri mengalami kemalangan jalan raya. Beliau dibawa ke sini dan masih di bahagian emergency,"
Tengku Kalisya kehilangan kata. Lututnya terasa lemah. Dia terduduk di kerusi di situ.
"B-baik, ter-ima kasih. Saya datang sekarang !" kata Tengku Kalisya dan menutup panggilannya.
Air matanya mengalir deras. Patut lah hati dia tak sedap dari tadi. Bila di call, tak angkat.
"Ya Allah, suami aku..."
Tengku Kalisya berlari ke arah bahagian emergency. Sempat dia bertanya mana keberadaan suaminya.
Tengku Kalisya duduk di kerusi yang berada di situ. Niatnya hendak menelefon anaknya terbantut apabila terlihat pintu bilik itu sudah terbuka.
"Doktor, macam mana suami saya ?"
Doktor bertag 'Farhan' itu menggeleng.
"Maafkan saya, Tengku. Kami dah cuba sedaya upaya. Namun apakan daya, Allah lebih menyayangi suami Tengku. Kemalangan yang berlaku menyebabkan Tengku Andri kehilangan banyak darah. Kami minta maaf sekali lagi, Tengku," terang Doktor Farhan.
Tengku Kalisya terkaku. Allahuakbar...
"Saya minta diri dulu, Tengku,"
Tengku Kalisya mengangguk. Dia berjalan ke arah lif untuk naik ke tingkat atas menuju wad Ayrose.
✨✨✨
Klekk
"Mama ?" tegur Ayrose.
Tengku Kalisya menghampiri menantunya.
"Rose..." rintih Tengku Kalisya.
Air matanya kembali mengalir.
"Eh, mama ? Ya Allah, kenapa ni ma ? Kenapa mana nangis ni ?" soal Ayrose kalut.
"Papa, papa..." Tengku Kalisya teresak-esak.
"Kenapa dengan papa, ma ?" soal Ayrose ingin tahu.
Tengku Kalisya memandang Ayrose sebelum menunduk.
"Papa dah takde..."
Ayrose terkaku seketika.
"P-papa dah takde ? Apa maksud mama ?"
"Papa dah takde. Dia dah tinggalkan kita. Papa meninggal sebab kemalangan. Dia hilang banyak darah,"
"Allahuakbar, innalillah..."
Ayrose berusaha memujuk ibu mertuanya. Dia turut merasa kehilangan kerana dia sudah menganggap Tengku Andri sebagai bapanya sendiri.
"Dah lah ma, mama basuh muka dulu, ye ?" suruh Ayrose.
Tengku Kalisya mengangguk dan berlalu ke tandas yang berada di dalam bilik itu.
Tok Tok
Klekk
"Ayrose !"
Ayrose terus memandang ke arah pintu wadnya dan tersenyum nipis.
"Hye,"
Ayrose menyalam suami, abang dan kakak iparnya. Tidak lupa juga di situ ada adik-adik dan rakannya.
"Mana mama ?" soal Adrian melabuhkan punggungnya.
"Mama ada-"
Klekk
Tidak sempat Ayrose menjawab, kelihatan kelibat Tengku Kalisya baru keluar dari tandas.
"Mama, kenapa muka mama merah ?"
Tengku Kalisya memandang menantunya lalu air matanya kembali bertakung. Dia berasa sedih tiap kali terimbas kata-kata Doktor Farhan tadi.
"Eh mama, mama okay tak ?" soal Ayrose.
"Kenapa dengan mama ?"
Ayrose memandang suaminya dan Arian silih berganti. Nak bagitau tapi... sebak.
Dia sendiri pun rasa macam nak nangis sekarang.
"Papa, papa... papa dah takde," ucap Ayrose perlahan.
"Hah ?!"
Ayrose mengangguk meyakinkan mereka.
"Mama kata, papa kemalangan. Dia hilang banyak darah. Dan, pihak hospital gagal selamatkan papa," tambah Ayrose lagi.
Adrian dan Arian berpandangan sebelum terpana sendiri.
"P-papa dah takde ?"
Ayrose mengangguk. Dia tahu ini saat yang paling menyakitkan, kerana dia pernah melaluinya dulu.
"Innalillah..."
CONTINUEZ...
YOU ARE READING
Jodohku Encik Tengku [C]
FantasyBOOK 04 [completed]✅ Start : 13 Oktober 2021 End : 25 Januari 2022 ✨ 𝖪𝗇𝗈𝗐𝗇 𝖺𝗌 Hey Awak ! Jodoh Saya ? ✨ ♡︎ Adrian × Ayrose ♡︎ " I'm strong , but I'm tired , " Mutiara Ayrose , gadis yang berasal dari kampung . Berpindah bersama keluarga ke Ku...