𝖧𝖠𝖩𝖲 61

1.2K 57 0
                                    

Tanah yang masih merah itu diusap perlahan. Matanya setia memandang batu nisan yang terukir nama insan yang dia sayang.

Sungguh, masa berlalu begitu cepat. Andai dapat dia putarkan masa, ingin dia luangkan msa dengan kesayangannya sahaja.

Isterinya kini bergelar janda, anak-anaknya pula bergelar anak yatim. Tiada lagi panggilan 'abang', atau 'papa'.

Al-Fatihah
Tengku Andri Reykal bin Tengku Ariq
28/2/1974 - 14/2/2020

Batu nisan itu diusap lembut. Air matanya mengalir deras.

"Mama, dah lah tu. Tak baik kita menangis meratap pemergian arwah papa macam ni. Nanti tak tenang dia kat sana," pujuk Ayrose.

Tengku Kalisya menyeka air matanya.

"Mama, jom kita balik dulu. Nanti ada masa kita datang lagi. In Syaa Allah arwah papa tenang dekat syurga-Nya,"

Ayrose memimpin Tengku Kalisya ke kereta. Pintu dibuka sebelum Tengku Kalisya masuk ke dalam.

Ayrose berpaling kemudian mengeluh perlahan. Dia kembali semula ke kubur Tengku Andri.

"Hubby, jom balik. Nanti kita datang sini lagi. Dah masuk tengahari ni, kita tak makan lagi," pujuk Ayrose pada suaminya pula.

Ayrose membangunkan Adrian dan memegang kedua lengannya. Dia sempat berpaling pada Arian.

"Abang Ian, jom kita balik," ajak Ayrose.

Arian mengangguk dan terus bangun mengikuti langkah adik iparnya.

Mereka memboloskan diri ke dalam kereta.

"Pak Mat, balik rumah saya jer lah,"

"Baik, puan,"

Pak Mat, pemandu peribadi Tengku Andri menghantar mereka ke rumah Adrian.

Adrian hanya mampu melentokkan kepalanya di bahu si isteri. Segala kenangan dan memorinya bersama arwah papa bermain di fikiran.

✨✨✨

Klekk

Pintu dibuka lalu masing-masing memboloskan diri ke dalam.

Tengku Kalisya, Adrian dan Arian duduk di ruang tamu sambil termenung sendirian.

Ayrose pula terus bergerak ke dapur untuk memasak makan tengahari.

"Nah ni, minum air dulu. Rose nak masak kejap tau," pamit Ayrose.

Dengan perutnya yang memboyot, pergerakannya menjadi terbatas. Jaraknya dengan dapur pun sedikit jauh.

Sesekali Ayrose mengintai ke ruang tamu melihat keadaan ibu mertua, abang ipar dan suaminya.

Kesian melihat keadaan mereka. Pasti mereka merasai kehilangan yang besar.

Namun, semuanya telah ditakdirkan oleh-Nya. Siapa kita nak melawan takdir ?

Ayrose masak makanan yang simple sahaja.

Selesai masak, Ayrose bergerak ke ruang tamu semula.

"Mama, Rose dah siap masak. Jom makan," ajak Ayrose.

Tengku Kalisya menggeleng perlahan.

"Mana boleh, mama. Mama kena makan sikit. Nanti sakit," pujuk Ayrose lagi.

Tengku Kalisya hanya diam. Tidak mengangguk atau menggeleng.

Ayrose mengeluh perlahan.

"Hubby ? Abang Ian ? Nak makan, tak ?" soal Adrian pada suami dan abang iparnya.

Serentak kedua-keduanya menggeleng.

Ayrose mengeluh sekali lagi tapi dia cuba ukirkan senyuman.

"Okay. Nanti lapar, makan ye. Jangan tak makan langsung, risau perut masuk angin pula. Ayrose naik dulu. Apa-apa panggil jer," Ayrose terus berlalu naik ke atas.

Sejujurnya dia agak terasa dengan sikap mereka yang melayannya acuh tak acuh begitu. Yelah, bukannya dia tak sedih, malah dia turut merasai kehilangan.

Tapi jangan lah buat dia macam ni. Dia penat.

Dah lah baru balik hospital, dengan perut memboyot. Kaki pula cramp, pinggang lenguh, perut pun sakit.

At least makan lah sikit, sekurangnya lega hati dia.

Ini, penat-penat dia masak, at last takde siapa makan ?

Haih, membazir jer.

Penat lah cenni ")

CONTINUEZ...

Jodohku Encik Tengku [C]Where stories live. Discover now