Bab 79

219 29 41
                                    

"Saya tak boleh prescribe ubat penenang untuk you, Lara. You muda lagi, I tak nak you bergantung pada ubat tu."

Lara sedikit kecewa.

"Tapi doktor, saya tak boleh tidur dan saya selalu rasa takut...! Saya bukan main-main, saya memang perlukan ubat penenang tu-"

"You kena pandai uruskan stres, Lara."

Mata mereka bertembung.

Lara telan liur tatkala dadanya ketat, penuh dengan amarah.

'Ada orang ugut nak bunuh saya dan keluarga saya! Hantar pisaulah, ikut saya ke sana-sinilah! Cuba ajar macam mana nak uruskan stres tu?!!'

Namun jeritan itu hanyalah dalam kotak fikirannya sahaja. Air mata Lara bergenang tetapi ditahannya seboleh mungkin.

"Macam ni... Mulakan dengan riadah. You kata you buat internship dekat Petronas sini, kan? So lepas habis kerja you boleh cuba jogging dekat KLCC Park... Trust me, it helps with your brain function."

Jogging dekat KLCC Park?! Huh, nak turun makan di food court pun dia takut sekarang ni, fikir Lara. Ada seseorang yang mengekorinya semalam ketika Lara sedang beli makanan dan lelaki itu memandangnya sama seperti pandangan lelaki jaket hitam dulu. Dan waktu itu juga Lara diserang panic attack sekali lagi!

"Saya penat, doktor... Saya tak main-main! Saya penat!" Lara terus menangis teresak-esak.

Doktor lelaki itu mencapai kotak tisu lalu disuakan ke Lara.

"So many things happen right now, you tak faham..." Lara menarik keluar dua helai tisu lalu ditekupkan ke mata.

"Ye, mungkin I tak faham situasi you tapi I boleh bagi you advice, macam mana nak handle emosi especially bila you diserang panic attack, okay?"

Sekali lagi Lara kecewa. Pasti doktor itu fikir yang Lara sedang serabut dengan masalah cinta atau famili. Atau masalah-masalah hidup yang lain kecuali pertaruhan antara hidup dan mati. Sudah tentu! Tiada siapa yang menyangka, bukan? Fikirnya.

Lantas doktor itu mengambil sehelai kertas dan menulis langkah-langkah yang perlu Lara buat sekiranya terjadi panic attack untuk sekian kali. Dia juga menerangkan beberapa kaedah pernafasan yang boleh membantu Lara dalam menghadapi situasi tersebut.

"Selain daripada tu, watch your diet and take care of your gut. Jangan makan makanan yang pedas, berkafein, dan... Kalau you ambil alkohol, hentikannya sekarang. Eat balanced diet."

Lara mendengarnya dengan acuh tak acuh sahaja...



"Doktor cakap apa?"

Fahd mendapatkan Lara sebaik sahaja Lara keluar daripada bilik doktor.

"Erm... Dia cuma ajarkan macam mana cara untuk deal dengan panic attack." Kertas di tangan ditunjukkan kepada Fahd.

"Itu je?"

Lara angguk.

"Ubat tu tak dapat?"

"Tak... Doktor kata I muda lagi, dia tak nak kasi."

Mereka terdiam seketika dan Fahd hanya mengangguk.

Lantas Lara meluru ke kaunter bayaran untuk membayar sesi konsultasi tersebut.

"Takpe." Fahd menolak tangan Lara apabila Lara mengeluarkan dompet daripada beg tangannya. "Biar I bayar." Sambung Fahd lagi.

Mereka bantah-membantah seketika sehinggalah Fahd merampas dompet Lara dan meletakkan duit not seratus miliknya di atas kaunter.

MWB - Mr Wing BadgeWhere stories live. Discover now