𝖧𝖠𝖩𝖲 63

1.4K 57 0
                                    

Kenangan kita takkan ku lupa~
Kenangan kita masih bersama~
Kita pernah menangis , kita pernah tertawa~
Pernah bahagia bersama~

Ayrose berpusing sedikit sambil menyanyi kecil tika sedang membasuh pinggan.

"Rose," tegur seseorang dari belakangnya.

Terhenti nyanyian Ayrose untuk seketika. Wajahnya dipaling melihat gerangan yang memanggilnya tadi.

"Ohh, mama. Ye, ma ? Kenapa ?" soal Ayrose sopan.

Tengku Kalisya duduk di meja makan menghadap Ayrose. Matanya memandang Ayrose dalam.

"Mama ? Kenapa mama pandang Rose macam tu ? Mama nak apa-apa, ke ?" soal Ayrose pelik.

Tengku Kalisya menghembus nafas perlahan.

"Sebenarnya, mama nak minta maaf," luah Tengku Kalisya.

"Maaf ? Untuk apa, ma ?" soal Ayrose lagi.

Eh, banyak tanya pula aku ni.

"Untuk selama ni. Maaf, kalau semenjak pemergian arwah papa, Ayrose rasa terabai dan tak dihargai. Maaf kalau mama, Ad dan Arian layan Rose nak tak nak. Maaf sebab susahkan Rose selama ni," pinta Tengku Kalisya.

Ayrose menggeleng dan menghampiri ibu mertuanya.

"Mana ada lah, ma. Rose faham lah korang sedih. Rose pun pernah berada di posisi mama. Lagi-lagi kehilangan ibu ayah serentak. Tapi Rose kena kuat. Dan mama, Adrian, Arian pun kena kuat. Kita yang hidup, kena teruskan hidup," Ayrose memeluk Tengku Kalisya.

"Terima kasih, Rose,"

"Sama-sama, mama,"

"Ewah, nak peluk gak !"

Pelukan Tengku Kalisya dan Ayrose terlerai. Mereka berpandangan antara satu sama lain sebelum memandang ke hadapan.

Adrian berlari memeluk isterinya sementara Arian memeluk mamanya. Dua-dua dah macam budak-budak jer.

Tengku Kalisya dan Ayrose sekali lagi berpandangan dan tersengih. Comel dua beradik ni !

✨✨✨

"Hmm, bila nak keluar ni sayang. Papa dah tak sabar ni," Adrian mengusap lembut perut Ayrose yang sedang baring.

Ayrose tergelak kecil melihat telatah suaminya. Makin dekat due date dia, makin manja Adrian dibuatnya.

"Hubby, cuba teka ni boy ke girl ?" soal Ayrose sengaja.

Dia tahu Adrian pasti tak boleh jawab kerana dia belum pernah beritahu tentang jantina anaknya.

"Hmm, entah lah sayang. Hubby pun taktau," Adrian mengangkat bahunya.

"Kalau hubby, nak lelaki ke perempuan ?" soal Ayrose lagi.

"Tak kisah pun. Asalkan dia sihat, and of course comel !" Adrian mengucup perut Ayrose.

Ayrose tersenyum lalu mengusap rambut Adrian. Comeyy jer, ni yang geram ni !

✨✨✨

Ayrose bangkit menuju ke bilik air. Langkahnya diatur dengan penuh hati-hati.

Sesampainya di bilik air, Ayrose merasakan yang perutnya memulas lain macam. Rasa macam nak meneran.

Dia cuba urut lembut perutnya untuk hilangkah kesakitan itu, namun tidak berjaya.

Peluh menitik di dahinya. Nafasnya tercungap-cungap. Perutnya semakin sakit.

"Ahhh, sakitnya..."

Jodohku Encik Tengku [C]Where stories live. Discover now