1

302 12 0
                                    

Tok! Tok!

"Come in!" Laungnya daripada dalam bilik. Seorang wanita lewat 60 an melangkah masuk dengan dulang makanan di tangannya.

Dulang tersebut diletakkan ke atas meja solek si gadis. Sebelum mendekati puterinya, dia membuka langkah terlebih dahulu ke jendela di bilik besar itu. Langsir dibuka luas sehingga membuatkan bilik yang pada mulanya gelap menjadi terang benderang.

"Ish! Kenapa buka luas-luas?" Bentak gadis muda itu. Matanya tajam menikam wajah wanita itu. Bibirnya pula mencebik marah.

"Tuan Umar yang suruh, Cik Isa." Tanpa menghiraukan si gadis, dia meletakkan dulang ke atas katil empuk itu.

Di atas dulang coklat itu, ada sepinggan roti bakar yang sudah disapukan dengan jem strawberri dan mentega kacang. Segelas air oren juga ada di atasnya.

Telefon canggihnya diletakkan ke atas meja lampu. Dia mengangkat dulang yang dibawa oleh pembantu rumah ke atas riba. Tanpa mengucapkan terima kasih, terus saja dia menggigit roti bakar itu selepas membaca doa makan.

"Tuan Umar pesan, lepas makan terus mandi. Dalam sejam lagi, Encik Naqib akan sampai." Pesan pembantu rumah itu. Si gadis seperti acuh tidak acuh saja melayan pembantu rumahnya.

Encik Naqib merupakan cikgu peribadi gadis itu. Memandangkan orang tuanya langsung tidak mempercayai sesiapa untuk menjaga anaknya di luar, terpaksalah gadis itu menjalani pembelajaran di rumah. Lebih selamat. Pekerja-pekerjanya boleh memerhatikan tindak tanduk anak perempuannya juga.

"Cik Isa dengar tak?" Soal pembantu rumah itu.

"Ya, Isa dengarlah. Mak Minah keluar ajelah." Halau gadis itu. Mak Minah akur lalu melangkah keluar daripada bilik si gadis.

Habis makan, si gadis terus bangun untuk mandi. Dulang makanan dibiarkan di atas meja lampu. Telefonnya juga diletakkan di sebelah dulang itu.

Dia masuk ke dalam bilik almari pakaiannya untuk mencari baju yang sering dia pakai ketika mahu belajar dengan cikgu-cikgu peribadinya.

Satu laci yang tertulis pada pintunya 'Sir Naqib's Class' ditarik keluar. Set pakaian yang disimpan kemas dibawa keluar. Baju sweatshirt berwarna pink, seluar legging hitam dan stokin pink bercorak arnab.

Baju, seluar, barang peribadi serta tuala dibawa bersamanya masuk ke dalam bilik air. Getah rambut dibuka membuatkan rambut panjangnya terurai ke bawah.

Pakaian tidurnya dibuka dan dicampak ke dalam bakul yang tersedia di dalam bilik air itu. Bakul itu khas untuk baju yang sudah digunakannya.

Dia membawa dirinya ke dalam bathtub. Pili air dibuka dan air mula memenuhi tangki itu.

◇◇◇

Pengering rambut dihidupkan dan dihalakan ke arah rambutnya yang masih lembab. Dia mengirai rambutnya sambil mengeringkan rambut menggunakan mesin canggih itu.

Setelah rambutnya kering, dia mula menyisir rambutnya dengan sikat. Satin scrunchie berwarna putih digunakan untuk mengikat rambutnya. Dia mengikat rambutnya gaya ekor kuda.

Stokin yang dikeluarkannya tadi disarungkan ke kaki. Memang kebiasaannya memakai stokin di dalam rumah, begitu juga di luar rumah.

My Precious Alyssa [Hold-On]Where stories live. Discover now