"Awak, awak," panggil Ayrose sambil mencari kelibat suaminya.
Perasan tadi macam dekat ruang tamu tau.
"Ayra ? Adrian ? Ohh anak dan suamiku yang tercinta, dimanakah kamu berdua berada ? Mengapa tinggalkan bonda sendiri wahai kanda dan anakanda ku ?" Ayrose mula berdrama.
Heheh, ni lah drama queen.
Ayrose masih setia mencari di mana mereka berdua.
Ayrose pergi ke depan dan membuka pintu rumah sambil menghentak kakinya. Matanya berair.
Pin pin
Ayrose melihat ke hadapan. Beberapa biji kereta sedang menunggu.
"Rose, kenapa ni ?" soal Tengku Kalisya.
Ayrose mengelap air matanya menggunakan lengan baju yang dipakainya.
"Mama !"
Adrian muncul bersama Ayra di dukungannya. Dua beranak itu memandang ke arah Ayrose.
"Ayokk, Ayra buat Mama..." Adrian sengaja mengusik anak daranya.
Ayra pula tersebik bibirnya ingin menangis.
"Kamu ni Ad, apa kamu dah buat ? Kenapa Rose nangis ni ?" soal Tengku Kalisya serius.
Adrian tersengih. Tak sengaja...
"Ermm, manade ma. Kitorang main nyorok-nyorok jer," alasan Adrian.
Tengku Kalisya memberi pandangan maut pada anak lelakinya.
"Pandai-pandai lah kamu settle, dah cepat ! Kang lambat sampai kampung," gesa Tengku Kalisya.
Adrian akur.
Harini mereka bercadang untuk balik ke kampung Hajah Riana. Saja jalan-jalan. Lagipun boleh kenal-kenal, ye dok ? Mengeratkan silaturrahim, gituh.
Bezanya kali ni semua balik sekali. Adik-beradik Ayrose pun ikut.
Nasib rumah Hajah Riana dah upgrade jadi besar tau.
"Honey sayang, kenapa ni ?" Adrian bertanya lembut.
Ayrose memandang suaminya dengan mata berkaca.
"Hubby lah, puas saya cari tau. Kenapa tinggalkan saya ? Penat tau cari. Ingat kemana tadi," luah Ayrose.
Sempat Adrian tergelak kecil.
"Lah, itu jer ? Dah lah, hubby tak hilang pun. Elelele... rindu ngaku jer lah," usik Adrian.
Ayrose berpeluk tubuh sebelum mendepakan tangan dan memeluk suaminya.
"Jangan lah lari jauh-jauh, saya takut," jujur Ayrose.
Adrian tersenyum dan menepuk belakang wanita itu.
"Dah, mana ada hubby pergi jauh-jauh. Ada jer kat sini ha. Dah jom lah, kang kita lambat mama bebel nanti,"
Ayrose tersenyum dan mengangguk. Ayra di dukungan Adrian diambil.
"Cepat lah wahai pasangan sweet oi ! Kau ingat ni pentas drama, ke ?" laung Arian.
"Dah single tu single jer lah," Adrian menjelir lidah ke arah abangnya.
Tengku Kalisya menepuk dahinya. Ada jer budak-budak ni.
Mereka berdua lantas masuk ke dalam kereta sebelum beredar dari kawasan rumah.
✨✨✨
"Nak makan apa ni ? Makan kat mana ?" soal Adrian pada Tengku Kalisya.
Mereka berhenti di RnR untuk rehat, makan dan solat Zohor. Nasib jumpa RnR ni.
"Entah lah, mama ikut jer. Mana-mana pun boleh," jawab Tengku Kalisya.
Arian dan Adrian memandang mamanya. Ini lah perempuan. Bila ditanya, tak kisah. Dah dibawa ke situ, tak nak. Dibawa ke sini, tak mahu. Macam-macam alasan. Akhirnya, 'tak kisah' juga.
Adrian memandang Ayrose yang sedang menumpukan perhatian ke arah sesuatu.
"Honey, tengok apa tu ?" soal Adrian yang turut memandang ke arah tempat yang dilihat isterinya.
'Kedai Nasi Ayam Mak Melah'
( p/s : Mak Melah tu bukan bomoh 😔 )
"Honey nak makan nasi ayam ?" soal Adrian lagi.
Bersinar mata Ayrose memandang suaminya. Boleh ke ?
"Nak ! Boleh, ke ? Saya takut yang lain tak suka," suara Ayrose mengendur.
Adrian tersenyum dan menggeleng. Patutlah senyap.
"Boleh lah. Apesal takleh pula ?"
Adrian memandang Tengku Kalisya.
"Mama, Ayrose nak makan nasi ayam lah," kata Adrian.
Tengku Kalisya mengangguk dengan teragak-agak. Something fishy, right ?
"Okay, jom lah," ajak Tengku Kalisya.
Masing-masing mengikut langkah Ayrose yang kelihatan amat teruja di hadapan. Macam-macam tau budak ni.
✨✨✨
"Ahh, kenyangnya..." Ayrose menggeliat kecil dan bersandar di seat kereta.
Adrian menggeleng memandang isterinya. Mana tak kenyangnya, dah kalau bantai nasi ayam hampir empat pinggan.
Pinggan keempat tu pun Adrian terpaksa habiskan sikit sebab Ayrose dah kenyang. And yang lain pandang dia macam...
' the-heck-gurl ? '
"Ngantuk..." Ayrose menggumam.
Adrian tersenyum seraya mengusap kepala isterinya. Anaknya yang lena dipangkuan Ayrose ditepuk beberapa kali.
"Comel jer dua-dua. Sayang dia,"
Tanpa menunggu lama, Adrian terus membaca bismillah dan memulakan perjalanan ke kampungnya.
CONTINUEZ...
YOU ARE READING
Jodohku Encik Tengku [C]
FantasyBOOK 04 [completed]✅ Start : 13 Oktober 2021 End : 25 Januari 2022 ✨ 𝖪𝗇𝗈𝗐𝗇 𝖺𝗌 Hey Awak ! Jodoh Saya ? ✨ ♡︎ Adrian × Ayrose ♡︎ " I'm strong , but I'm tired , " Mutiara Ayrose , gadis yang berasal dari kampung . Berpindah bersama keluarga ke Ku...