" Fan , nish , zam ! Faleeq panggil. Qalief bangun dari duduknya terus menuju ke bilik Faleeq.Mereka bertiga mengikuti Qalief dari belakang dan turut masuk ke dalam bilik itu yang tidak jauh dari tempat mereka bersantai tadi. Tanpa riak wajah yang gembira mereka mengambil tempat di sofa besar yang berada di tengah bilik tersebut.
" Ada apa kau panggil kitorang ? " Irfan mulakan bicara setelah melihat rakan rakannya yang lain hanya mendiamkan diri sahaja. " Aku nak bincang sikit ni dengan korang. " Jawab Faleeq dengan matanya yang masih tertumpu pada komputer riba miliknya.
" Banyak pun boleh , takde hal. Kenapa tu ? Penting sangat ke ? " Danish menyilangkan kakinya lalu memandang tepat ke arah Faleeq yang sepertinya bosan melihat muka mereka yang lain. Faleeq mula mengangkat mukanya.
" Kenalkan darwish ? " Laptopnya ditutup rapat lalu menikam anak mata rakan-rakannya yang berada dihadapannya. " Darwish ? Darwish mana ? " Aizam menggaru kepalanya yang tiba tiba gatal.
" Darwish anak makcik peah tu." Usik Danish dengan ketawa kecilnya. Pantas bantal kecil yang berada di sofa tadi hinggap di mukanya. " Aduh! " Kepalanya digosok berkali kali.
" Kenapa dengan Darwish ? " Pintas Irfan tak mahu masuk campur mangkuk ayun yang berada disebelahnya itu. Faleeq menghela nafas. " Darwish tu cuba untuk bankrupt kan syarikat bapak aku , tapi dia silap orang lah kalau main dengan aku. Aku dapat hack dulu sebelum dia pecah masuk. " Sinis Faleeq.
" Diorang cuba pecah masuk ramai ramai ke , ataupun pecah masuk maklumat syarikat bapak kau ? " Sedari tadi laptop yang dipegang Qalief itu dibuka dan diletakkan di atas meja kaca kecil itu.
" Maklumat. " Balasnya ringkas.
.
.
.
.
.
.
." Kenapa aku tak dapat nak masukkan kata laluan ni ? " Darwish menarik rambutnya kasar. Stress lah tu.
" Nampaknya , ada yang dah hack kata laluan tu. Mungkin diorang cuba untuk hack kata laluan syarikat tu , ataupun ada yang dah tukar kata laluan ni. " Mata Jay fokus tertancap pada laptop yang berada di atas ribanya.
" Sial lah ! Kenapa waktu kita nak mulakan misi , mesti akan ada yang mengganggu ?! Kau kata kau hacker terhandal lah kononnya !! Takkan itu pun tak boleh buat ?! " Jay menghela nafas panjang lalu menjeling Darwish yang berada di meja kerjanya. Ni kalau aku campak laptop ni ke muka dia , baru tahu rasa.
" Nanti aku cuba lagi lah. " Jay bangun dan menunduk sedikit lalu berjalan pergi dari bilik Darwish. Haih , apalah nasib ada ketua begini.
Seketika mereka tiada kerja yang patut dibuat , ada yang sedang fokus pada projek akan datang , ada yang fokus pada setiap maklumat terperinci di dalam laptopnya , ada yang bermain catur dan juga membaca wattpad. Hurm ?
" Weh ! Kau reti main catur tak ?! Mana ada orang main catur macam main Monopoli ?! " Aizam menghentakkan kakinya , tidak berpuas hati. " Eh.. kau yang tak reti main , nak kutuk cara aku main ? Biar muda asalkan tak bodoh. " Danish ketawa terbahak bahak ketika catur milik Aizam makin sedikit.
" Nampak sangat kau tak reti atur anak buah kau , takde masa depan ! " Sambung Danish lagi. " Apa kena mengena bego ! Kalau ni manusia , memang aku akan menang lah !" Aizam mencampak bantal ke muka Danish. Alololo stress sebab kalah ke tu ?
" Woi ! Diam ah sikit ! Aku nak fokus ni ! " Danish mengerling tajam ke arah punggungnya yang ditendang tendang oleh makhluk jebon yang bernama Irfan itu.
" Heh jebon ! Kaki busuk kau tu sana sikit. Mencemar duli dekat punggung aku pahal ?!" Tangannya menepuk-nepuk kaki Irfan supaya dialihkan.
Faleeq menggelengkan kepalanya berkali kali. Sudah terbiasa dengan bunyi langau gergasi yang mengganggunya setiap hari. Takde bunyi tu , maka tak lengkaplah hidup. Qalief ? Qalief seperti berada di dunia dia sendiri. Bunyi bising disebelahnya juga dihiraukan dan hanya fokus pada laptopnya sahaja.
" Eh sekarang waktu lunch la. Jom ah kita pergi makan , lapar ni. " Danish mengusap perutnya berkali kali meminta simpati. " Aih kau ni , lapar lagi ? Kau pinjam perut titan ke ? Tadi baru je kau habiskan laksa dua mangkuk. " Irfan mencapai kunci keretanya bersiap untuk makan tengah hari.
" Alaa , itu 2 jam yang lepas. Haa sekarang aku dah lapar balik. " Mulutnya dimuncungkan mintak dikerat , eh tak maksudnya , mintak simpati. " Jom lah , Qal ! Taknak lunch ke ? " Aizam menepuk bahunya perlahan.
" Sabar jap , Faleeq ! Sini jap ! " Qalief menggeser laptopnya ke kiri bagi memudahkan Faleeq melihat dengan jelas. " Okay ? Ni perusahaan bapak aku. Then ? Apa yang kau cuba sampaikan ? " Faleeq menggaru kepalanya. Blur.
" Ergh.. ada orang cuba untuk hack kata laluan bapak kau ni , kau tahu tak kata laluan tu ? " Qalief memandang ke anak mata milik Faleeq. " I think , I forgot. Nanti lepas makan aku cuba ingatkan balik. Lapar , otak kosong. " Faleeq menepuk perutnya perlahan.
" Jom lah makan. Nantilah aku sambung. " Tangannya menutup laptop itu dan merangkul bersamanya.
Hai hai maaflah kalau hambar ,
Btw , thanks for yang support ❤️Vote
Comment ( kalau nak )✓✓✓✓
YOU ARE READING
HIDDEN
Misterio / SuspensoEyehawk. 5 orang yang terlatih dengan ketangkasan , kecekapan , kematangan yang tersendiri walaupun mempunyai peringkat umur yang berbeza. Kesilapan itu biasa , setiap manusia melakukan kesilapan bukan ? _________________________________________...