8

15 4 0
                                    

Mugendai no chizu hiroge
Hateshinai ano basho e....

      "Takde keje ke buka lagu pagi-pagi" suara nya hanya dikeluarkan perlahan. Mata nya yang tidak dapat di buka besar kerana silau lampu di gosok perlahan-lahan

          Menoleh ke arah gadis di sisinya sambil tangan menepuk-nepuk selimut, "Kak, memang biasa ke buka lagu pagi-pagi" ayat nya berakhir desahan pendek

          "Nisah la tu..." jawab Mia pendek

          Sejurus sahaja mendengar jawapan kakak nya, Khalifa keluar dari bilik, melangkah kaki ke dapur. Tangannya mula mencapai cawan merah jambu di atas rak lalu membuka pintu peti sejuk. Tiba-tiba...

          Tangannya refleks menahan sebatang penyapu yang hampir mengenai kepalanya. Ingat apa, kat dapur pun ada thriller tau.

          "Apa kakak buat?" Suara nya dingin. Mata tajam memandang anak mata Airin yang sedang memegang penyapu

          Riak muka Airin terlihat terkejut sambil panik "Ah akak ingat ada robber.... Hahahaha"

          "Akak tipu" suara Khalifa terdengar semakin dalam seperti harimau yang mencari celah mangsa nya. Mendengar kata-kata Khalifa, senyuman nipis muncul di bibir

          "Awak kuat jadi apa masalah nya?"  soalan Airin dituju kepada Khalifa

          Khalifa menjongket kening "Apa maksud akak?"

          "Hahahah" air mata yang keluar disebabkan ketawa segera di lap "...sorry akak macam masuk adegan aksi pulak. Tak, maksud akak awak kuat. Macam tadi. Awak dapat hentikan penyapu ni. Tapi akak cuma nak pukul je" senyuman masih tak lekang dari bibirnya

          "Tak faham" Khalifa masih lagi mencari maksud tersirat dari perkataan Airin

       "Oh, ye ke?Hehe... Sorry lah" Airin tersengih sedikit merasakan kecewa lalu tanpa lengah terus menjelaskannya "Awak kuat, awak boleh halang serangan dari mana-mana je. Tapi kenapa awak tak boleh pertahankan hati awak? Kenapa satu serangan yang dah lama berlaku masih lagi tak boleh awak hentikan? Padahal penyapu yang akak cuba pukul awak tadi pun awak boleh pegang.

         Akak tau susah nak lupakan parut tu walaupun dah lama. Tapi bukan maksud, awak perlu menderita setiap hari cuma sebab tu. Bukan akak tak faham perasaan kawan sendiri yang sama merasakan derita yang awak rasa sekarang. Dulu kak Mia pun macam awak. And bukan satu-dua hari juga dia boleh lupakan kematian ibu bapa korang.

          Tapi akak lega dia dapat henti kan benda tu sebab kepercayaan jauh kat dalam hati dia tu masih menyala. Sifat positif dia yang buat akak suka kawan dengan dia. Akak tak cakap yang kalau cuma disebabkan korang berdua adalah adik-beradik, perlu ada sifat yang sama. Akak cuma tak nak perasaan yang dah lama cuba ditahan cuma sebab orang tersayang, hilang hanya sebab satu luka.

          Akak tak mampu tengok raut muka yang selama ni selalau meriahkan rumah tak seberapa ni hilang selama-lama nya..." dia berhenti sejenak mengambil nafas, bibirnya masih lagi mengukir senyum tipis sambil menoleh ke arah Khalifa
         
         "Orang yang dia sayang tu awak, Khalifa. And awak seorang je, yang satu-satu nya manusia yang sentiasa duduk atas... sekali kat dalam hati dia. So, apa kata awak spend time hari ni dan try for reda kan perasaan awak dengan dia sebelum balik asrama?"

          Melihat Khalifa yang hanya duduk mendengar perkataanya membuat diri nya sedikit malu sambil tersengih "faham ke?"

          "Tak semua. Faham sikit je" Khalifa dengan datar menjawab soalan

            "Hahah, okey lah. Akak pergi dulu. Awkward." Kaki nya segera terus melangkah pergi dari dapur dengan senyum kambing

          Khalifa hanya tenang memerhati sosok aneh yang segera pergi dari situ. Dia kembali membuat apa yang mahu dia lakukan tadi.

          Seorang lelaki melangkah keluar dari kereta, dengan segak membetulkan kot hitam yang dipakai lalu pergi ke arah seat belakang sebelah tempat pemandu. Perlahan dia membuka pintu, langkah yang elegan dari seorang gadis berambut perang membuat pekerja di situ turut terpukau

          "Perempuan tu cuti atau ponteng?" dagu Khairi betul-betul berada di atas meja, muncung nya panjang sambil melihat Khaizo yang sedang fokus melakukan tugas

          "Dia amik cuti. Suka hati dia lah nak buat apa"

          "Kau bagi dia cuti? Eeeeeah....Kau suka dia ea?..." Khairi tersenyum sinis menyakat abang nya

          Mata yang tadi tertumpu di skrin sekarang beralih ke wajah Khairi "Perempuan otak ikan emas tu? Suka? Bukan test aku" kata nya selamba

          "He eleh, dia goodlooking apa. Suka hati kau lah. Nih, aku nak gi bilik Zack, fail-fail ni aku hantar sekali lah" tangan yang baru hendak mencapai fail cepat-cepat di tepis Khaizo

          "Tak perlu biar aku hantar" kerana takut kerja nya rosak disebabkan adik dungu nya itu, dia terpaksa menjadi lebih tegas dalam hal-hal pejabat. Khairi menjelir lidah tidak puas hati sebelum keluar dari pejabat Khaizo

            "Cih" sedikit melepaskan ketawa sebelum kembali pada dunia nyata

          Suara meriah dari pejabat membuat langkah kaki Khairi semakin cepat. Tertarik dengan bilik Zack yang tak selalu nya terdengar riuh rendah. Tangannya mula membuka pintu bilik

          "Kak Elly?"

          Tiga buah fail tebal di bawa dalam pelukan tangan kiri sementara tangan kanan menyamakan rentak dengan langkah kaki segera menuju ke bilik Zachary. Sebaik sahaja Khaizo membuka pintu, suara seseorang yang dikenali menyapa gegendang telinga. Mata cepat melihat ke arah gadis tersebut

         "Rain" suara gadis tersebut terdengar semakin rapat di telinganya. Tangannya perlahan-lahan dipeluk namun dia hanya kaku tidak mengeluarkan sepatah kata-kata sambil mengamati perbuatan gadis yang menempel padanya.

          "Zack, kenapa dia datang sini?" Mata nya beralih memandang wajah Zachary sebelum menolak pelukan dari gadis itu

          "Aku tak tahu. Tanya lah dia sendiri" kata nya sebelum mengalih pandangan. Jejaka-jejaka yang disitu masih hairan dengan sikap Khaizo pada kekasihnya sendiri, Ellyana Brown iaitu kakak kepada Zachary.

         "Bro, kenapa? Kau tak suka dia datang ke?" Soal Daniel yang kehairanan di atas sofa. Namun Khaizo hanya menghindar untuk menjawab soalan tersebut malah terus keluar dari bilik Zachary selepas sahaja meletakkan fail-fail kerja yang tadi dipegang.

          "Rain tunggu! Let me explain" Elliana mengejar Khaizo dari belakang. Khaizo hanya menghiraukan sambil terus berjalan tanpa berhenti

           "I know that time I yang salah. I terlalu gegabah waktu tu. So biar kan I tebus kesalahan I waktu tu" tangannya mula mencapai lengan kot hitam milik Khaizo

          "Untuk apa? Benda tu dah lama jadi lah kak. Akak boleh lupa kan benda tu" jawab Khaizo dengan wajah datar

          "So bagi akak satu peluang. Oke?" tangan Khaizo dipegang erat tak mahu dia lepaskan "...akak janji akak akan tebus apa yang akak buat kat kamu. I am promise, Rain. So please listen to me"

          Langkah kaki nya terhenti, kepala Khaizo menoleh ke arah bekas kekasihnya , "kita bincang kat tempat lain dulu" Khaizo mencuba untuk menahan kesabaran nya

          "Kenapa kak?" Khalifa hairan melihat wajah kakak nya yang seperti risau akan sesuatu

          "Entah lah, akak rasa tak sedap hati"

         

Pakcik Mafia & Si Otak Ikan EmasWhere stories live. Discover now