B A B 28

380 31 0
                                    

Aku tercari-cari suami aku yang hilang tanpa jejak sejak pagi tadi. Motor dan keretanya ada. Kereta aku pun ada. Takkanlah bunian tiba-tiba berkenan dekat lelaki aku kot?

Habis saja sarapan pagi, dia terus ke laman rumah. Dia cakap dia nak buat "something". Ini dah nak masuk waktu zuhur, batang hidung dia pun tak nampak.

"Anas? Nampak daddy tak?" Aku tanya Anas yang sedang kusyuk menonton kartun kegemarannya di televisyen. Anas menggeleng kepala tanpa menoleh.

"Daddy dekat pool kot."

"Pool?"

Something apa yang dia nak buat dekat pool?

Kaki aku mengorak langkah ke kolam renang di tepi rumah. Memang betul Zafran ada di situ, sedang membersihkan satu aquarium kecil. Entah bila masa dia beli aquarium itu, aku pun tak tahu.

"Suami Nur Najla buat apa tu?"

Zafran panggung kepala apabila konsentrasinya diganggu. Dia sengih memandang aku.

"Abang saja nak cuba hobi baru. Kebun dengan pokok bunga dah ada. So, abang decide untuk bela ikan."

Patutlah fyp TikTok dia penuh pasal ikan masa aku pinjam sekejap untuk shopping baju tempoh hari. Dah lama rancang rupanya.

"Oh, mana ikannya?"

Aku duduk di sebelahnya. Tercari-cari juga aku ikan yang bakal jadi sebahagian dalam keluarga kecil kami ini. Zafran segera tolak besen berisi air di sebelahnya ke arahku. Ada seekor ikan sebesar tapak tangan Anas di dalamnya.

"Ini ikan apa, bang? Cantik warna dia, merah." Ikan itu berenang dari hujung ke hujung. Badannya panjang dan berwarna merah. Sisiknya cantik berkilau.

"Kenapa sekor je?"

"Ini ikan arowana, sayang. Nama dia Arrow. Fun fact tentang ikan ni, they don't really tolerate the presence of other arowanas. Jadi, tak digalakkan untuk bela dua ekor dalam satu aquarium." Zafran menerangkan tentang ikan itu sambil menyusun batu hiasan di dalam aquariumnya.

Terangguk-angguk kepala aku mendengar. Maksudnya ikan ini introvertlah, ya? Macam laki aku juga.

"They also known as dragonfish."

"Kenapa?" Aku perhatikan semula ikan itu, "Tak nampak macam dragon pun."

Mata aku yang problem ke, suami aku yang terlebih panjang umur? Dia boleh nampak benda yang aku tak nampak ke? Aneh.

Zafran ketawa, "Sebab sisik dia besar. Macam ikan merah. Satu lagi sebab warna dia juga."

"Speaking of which, Najla buat Ikan Merah goreng berlada tengah hari ni, boleh?"

Terus bahunya jadi mangsa tamparan aku. Zafran segera beraduh sambil menggosok bahunya. Terkejut juga dia, tak tentu pasal kena tampar. Tapi aku ada alasan munasabah kenapa aku bertindak sedemikian rupa.

Ada ke patut cakap pasal nak makan ikan, DEPAN IKAN?

"Shh, tak boleh cakap kuat-kuat. Nanti ikan abang dengar."

"Alah, tak apa. Kan abang cakap arowana ni jenis yang tak tahan dengan ikan lain, walaupun ikan tu darah daging dia orang. Dia ni racist! Entah-entah dia pun setuju kita makan ikan."

Zafran jenguk kepala ke dalam besen ikannya.

"See? Arrow agrees. It's flapping its fins. That's probably means clapping in their language."

Hm, rosaklah ikan tu, bang.

--------------------

Pusing kanan, otak aku masih terjaga. Pusing kiri, mata aku tak dapat lelap. Akhirnya, aku panjangkan tangan dan cuit orang sebelah.

Siapa lagi kalau bukan suami tercinta?

"Abang? Dah tidur ke?"

Diam. Hanya bunyi dengkuran halus terhasil dari bibirnya.

"Abang..." Aku goyangkan bahunya sedikit. Juga tiada respon. Suami aku ni, kalau dah tidur, rumah terbakar memang syahid dia ini. Tidur mati.

"Abang memang dah tidur ke, abang main-main dengan Najla?"

"Sayang, cakap apa tu? Tidurlah, dah lewat ni..." gumam Zafran perlahan. Tangannya menarik tubuh aku rapat ke dalam pelukannya.

Itu saja. Kemudian, dia kembali berdengkur. Tiba-tiba hati terasa sakit. Isteri dekat sebelah tak boleh tidur, suami elok saja terbongkang dihanyut mimpi.

Aku ni, makin hari makin sensitif, tahu? Mulalah air mata bergenang di tubir mata. Tak sampai seminit, esakan aku pecah juga walaupun sudah ditahan.

Dapat aku rasakan tubuh Zafran bergerak sedikit. Mungkin esakan aku mengganggunya. Sepatutnya aku berhenti, tapi bila fikir aku mengganggu, lagilah aku rasa nak menangis.

"Najla?" Zafran bangun menongkat badannya dengan siku. Rambut aku diusap ke tepi.

"Kenapa menangis ni?"

Dengar soalan itu dengan nada lembut, makin lebat air mata aku. Zafran mula panik.

"Hey, what's wrong, sayang? Are you hurt? Come on, talk to me, Najla."

"Abang tidur..." jawabku perlahan sambil menahan esakan.

"Apa?" Muka Zafran blur.

"Najla tak boleh tidur, tapi abang boleh tidur..."

Mengucap panjang orang tua tu.

"Allahu, sayang. You scared me! Abang ingatkan sebab apa. Kenapa tak kejutkan abang, hm?"

Dan on cue, esakan aku kembali kuat. Haa, semakin gelabah biawaklah suami aku di sisi.

"Ah, Najla kejut tapi abang tak bangun?"

Aku angguk kepala. Berapa kali aku kejutkan dia tadi, tapi dia tak bangun? Sanggup biarkan isteri sendiri dekat sebelah.

Tiba-tiba Zafran ketawa. Kepala aku diusap sekali lagi sebelum dia melabuhkan bibirnya ke dahiku. Kemudian tubuh aku ditarik merapat, kemas dalam pelukannya.

"Okay, abang minta maaf. Abang memang tak sedar apa masa tidur tadi."

Aku hm kan saja. Tak apalah. Serba salah pula aku kerana mengejutnya yang tengah tidur.

Zafran masih mengusap kepalaku. Seolah-olah sedang cuba menidurkan anak pula. Tanganku di dadanya mula mengukir corak-corak halus.

"Najla nak tanya boleh?"

"Anything, sayang."

"Pasal Elly."

Diam. Usapan di kepalaku juga terhenti. Lama dia tidak bersuara, sampaikan aku ingat dia sudah tertidur. Jadi aku mendongak kepala ke atas untuk melihat wajahnya.

Tak tidur pun. Matanya termenung jauh merenung siling rumah.

"Err, tak apalah. Kita tidur, eh?"

Aku cuba memujuk.

Kedengaran nafas berat di tarik oleh Zafran sebelum dihembus keluar. Ubun-ubun kepalaku dikucupnya sekali.

"It's okay. Lagi pun dah lama abang pendam benda ni. You deserve to know the truth too."

"Are you sure you're okay?"

"Yeah, sure. Why wouldn't I be?"

Zafran tersenyum tipis. Dan sesi soal jawab bermula.

----------

thankyou for reading!

Don't forget to vote, comment and follow me for the next update!

SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)Where stories live. Discover now