Ending !

2.3K 89 13
                                    

Ayrose P.O.V

Perut yang besar itu diusap perlahan. Kaki pula diurut. Terasa lenguh satu badan.

"Honey, okay ke sayang ?" soal Adrian mendukung Ayra.

Tak tahu apa kena tapi Ayra tiba-tiba tak mahu lelapkan mata dan asyik menangis di baby coat.

"Okay. Ayra tu macam mana ?" aku memandang Ayra yang masih bulat matanya.

"Entah lah. Dia asyik merengek jer ni. Nak kata lapar, dah makan dah. Nak kata sakit perut, minyak angin pun dah sapu. Pampers dia pun kosong lagi," Adrian mengeluh kecil.

Aku bergerak ke tepi sedikit memberi ruang.

"Meh lah letak Ayra kat sini. Nanti dia tidur lah tu," aku menepuk-nepuk kawasan disebelahku.

"Ala... nanti macam mana nak peluk cium honey ?" rengek Adrian.

"Tak payah mengada. Busuk lah hubby tu," aku menutup hidungku.

Ya, sejak aku mengandung anak kedua ni, aku yang kena alahan. Dan selalunya bila dekat Adrian, aku akan rasa loya. Entah lah, bau Adrian busuk.

"Ermm, tengah malam tu. Kadang..." Adrian bergumam perlahan.

"Eee, hubby suka amik kesempatan !" apalagi, muncung sedepa lah.

Adrian tersengih dan menayangkan riak tidak bersalahnya. Ayra diletakkan perlahan-lahan di antara dia dan isterinya.

Bayi itu ditepuk beberapa kali. Bulat matanya memandang Ayrose.

"Anak Mama nak apa ni, sayang ? Tidur lah..." 

Ayra terus duduk dari pembaringannya. Perlahan-lahan dia merangkak ke arah mamanya.

Ribaku menjadi tempatnya baring. Tangan kecil itu bermain di sekitar perutku yang besar.

"Adik,"

"Dik..."

"Pandai," pujiku sambil mengusap rambutnya.

Perkataan pertama yang disebut Ayra ialah 'adik'. Walaupun Adrian dan Ayrose mengajarnya sebut 'mama/papa', tetapi yang dikatakannya ialah 'adik'.

Dan Ayra kerap kali mengusap perut ibunya sebelum tidur. Seolah mengerti di dalam itu ada adiknya.

"Adik say, goodnight kakak. And this kiss from adik," aku mencium dahi Ayra.

"And this from Mama," sekali lagi dahi Ayra dicium.

Adrian merangkak menghampiri isteri dan anaknya.

"Don't forget Papa," Adrian mengucup dahi anak sulungnya.

Akhirnya Ayra tidur lena di pangkuan Ayrose. Rupanya tak 'jumpa' adik dulu, patut lah susah tidur.

Rambut hitam lebat Ayra diusap seraya tersenyum.

"She's kind and beautiful, macam Mama dia," sengih Adrian.

"Dan saya percaya, dia boleh jadi kakak yang baik untuk adik dia," tambahku tersenyum.

"Adik ? No lah. Dia boleh jadi kakak yang baik untuk adik-adik dia," Adrian memperbetulkan ayat isterinya.

Jelingan tajam dihadiahkan buat Adrian. Amboi, banyak cantik muka hang !

"Dah, jom tidur. Bukan Ayra jer, mak buyung yang sorang ni pun tak elok tidur lewat," pesan Adrian.

"Hubby pun tak elok tidur lewat. Esok nak kerja," kataku.

Jodohku Encik Tengku [C]Where stories live. Discover now