1

2 0 0
                                    

Huh.. Mawar cepat2 menyiapkan gorengan ayam di dapur kantin. Sekejap lagi pelajar2 akan keluar rehat.
Mawar meletakkan ayam goreng di dalam bekas. Dia aturkan cantik2. Mawar melihat menu yang terhidang hari ini. Dia tersengih sendiri.
"Mawar... Kau pergi belakang basuh apa yang patut " jerkah mak leha. Mawar mencebik sedikit. Dia baru berangan nak duduk depan tunggu pelajar beli makanan. Boleh dia cuci mata. Maklum lah hari ni hari pertama persekolahan.
Sedang asyik mencuci kuali dia terdengar keriuhan di depan. " mesti budak2 dah keluar ni" bisik mawar sendiri. Tapi dia malas pula untuk kedepan khuatir kena jerit dengan mak leha lagi. Biar la makcik2 yang layan budak2 tu. Mawar meneruskan kerjanya yang tak pernah habis tu. Sekejap lagi bila dah habis waktu rehat dia perlu mengemas didepan pula.
Setelah hampir 30 minit pelajar2 mula meninggalkan kantin. Mawar menjengah keluar. Dia mula mengutip pinggan yang ditinggalkan diatas meja. Ada je besin disediakan untuk pelajar meletakkan pinggan dan cawan yang dah disediakan . Tapi biasalah nama pun manusiakan. Tak semua faham sivik. Ntahlah.

Mawar melirik ke arah seorang pelajar lelaki. Diamati pelajar itu dari belakang. Rambut afro. Karat lagi. Beraninya budak ni. Pengetua tak potong ke rambut budak ni masa perhimpunan pagi tadi. Katanya dalam hati.
Asyik dia melihat pelajar itu berpaling ke arahnya
" dah puas ke pandang rambut aku, dari tadi kau telek rambut aku kan"
Mawar berlagak biasa. Hakikatnya jantungnya hampir gugur melihat wajah didepannya.

"tak.. Aku tak pandang rambut kau pon. Aku pandang mangkuk yang kau guna tu. Cepat la sikit makan tu. Nanti lambat kau masuk kelas. Cikgu marah" kata mawar selamba. Kecut juga dia melihat renungan hambar pelajar lelaki tersebut. Tapi dia buat muka ayam dia je.

Pelajar lelaki tersebut itu bangun. Dia berjalan ke arah mawar. Dia menghulurkan mangkuk kepada mawar. Mawar mencapainya.

" kau pulak apsal tak sekolah?" soal pelajar lelaki tersebut. Mawar termangu dengan pertanyaan itu. Lidahnya kelu untuk menjawab.
Aku dah habis sekolah lah. Jawab mawar dalam hati.. Mawar mengambil mangkuk itu dan terus berlalu.
Ya. Yang betulnya mawar tak habis sekolah dan tak menyambung pelajarannya . Dia tak mampu nak sambung belajar. Jadi dia kerja dengan mak leha. Tokey kantin tersebut. Mak leha pula ibu saudaranya.
Sebelum ni mawar bersekolah di tempat lain. Tapi setelah ibubapanya meninggal dia terus tinggal bersama mak leha dan kerja dengan mak leha. Dapat tempat berteduh pon mawar dah cukup bersyukur. Kisah mawar tak siapa tahu. Yang mereka tahu mawar adalah budak biasa yang kerja di situ. Tak siapa pun nak ambil tahu tentang mawar.
"Mawar nanti habis kerja kau balik dulu. Mak leha nak cari barang kejap dengan ucop. Kau jangan melencong ke mana mana pulak" kata mak leha tegas. Mawar sekadar mengangguk. Setelah selesai kerja mawar berjalan ke pondok bas. Hari ni dia terpaksa naik bas atau naik grab sahaja. Mak leha kalau beli barang niaga hanya akan bawa ucop pembantu kantin..
Leka dia berjalan akhirnya dia tiba di pondok bas. Ada beberapa org pelajar yang turut menunggu di situ. Tiba2 dia terpandang budak rambut afro. Budak itu turut memandangnya. Mawar mengalihkan pandangannya. Ntah mengapa jantungnya seakan berdegup kencang bila memandang mata hazel milik budak afro itu.

" kau tunggu bas ke?" terkejut mawar apabila tiba2 budak afro berdiri di tepinya.
" kau ni buat terkejut aku la. " kata mawar mengerutkan dahinya.
" kau tu kuat berangan sangat. Kat sini pon sempat berangan " kata budak afro sinis.
" iye aku tunggu bas" jawab mawar pendek . Pandangannya di buang ke arah jalan. Beberapa org pelajar mula memandang ke arahnya.
Budak afro tak berganjak. Dia berdiri di sebelah mawar dengan wajah icenya.
Mawar berdoa supaya bas sampai segera. Dia agak rimas bila dirinya menjadi perhatian. Dia memegang erat beg sandangnya. Mawar mula lega bila terpandang bas nya menghampiri pondok bas. Bila bas berhenti pelajar2 meluru ke pondok bas. Mawar ingin melangkah tetapi langkahnya di halang seseorang .

" kau balik dengan aku" kata budak afro. Mawar memandang bas yang mula bergerak. Aduh dia terlepas bas gara2 budak lelaki ini.
"weh bas last tu weh" kata mawar marah. Budak afro menarik lengan mawar yang berlapik dengan bajunya.
" woi kau nak bawak aku pegi mana?" jerit mawar lagi. Budak afro terus menarik mawar ke sebuah kereta yang baru sampai. Mawar diarahkan masuk ke dalam kereta. Tapi mawar berkeras tak mahu.
" kau tak masuk aku cium kau" kata budak lelaki tersebut. Mawar menjeling marah. Dia masuk ke dalam kereta tanda akur.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 23, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

crushWhere stories live. Discover now