1

25 2 0
                                    

"hmm nampak gaya macam nak hujan lebat" guman Danish dalam hati taktala yang baru sahaja melangkah keluar dari dalam rumah untuk mengambil kasut sekolahnya.

Pandangan matanya tidak lepas memandang keadaan langit yang agak gelap. Jam pun sudah menunjukkan angka 8 pagi.

Untung saja peperiksaan akhir tahun sudah berlalu seminggu yang lepas. Jadi tidak menjadi masalah jika murid datang sedikit lambat dari jam kebiasaannya. Lagi pula tiada aktiviti sangat yang akan dilakukan di sekolah.

"Mak Danish pergi dulu !!" laung nya dari luar usai memakai kasut. "Haa hati hati jalan tu." balas ibunya.

Danish segera naik ke atas motor kesayangannya itu dan lantas menghidupkan enjinnya. Tanpa banyak soal. Dia segera memulas minyak dan keluar dari perkarangan rumah nya.

Dia ingin cepat cepat sampai ke sekolah sebelum hujan lebat akan turun. Siapa sahaja yang ingin dibasahi hujan ?

Lupa untuk kenalkan diri , aku Danish Farhan seorang remaja yang ? entahlah aku sendiri pun tidak tahu aku remaja seperti apa. Bagiku , Aku cuma biasa sahaja. Tidak terlalu tinggi tidak terlalu rendah. rupa ? ya semestinya random sahaja. Nak kata elok dipandang biasa sahaja. Tiada yang istimewa kat diri aku.

Ya aku seperti remaja lain. Hidup seperti biasanya. Menjalani kehidupan seharian seperti seorang remaja normal ? Aku seorang anak tunggal. Walaupun hanya seorang adik beradik. Aku jarang sekali mendapatkan kasih sayang yang cukup oleh kedua orang tua.

Ayahku seorang professor yang selalu sibuk dengan kajiannya. Bertemu muka pun sangat jarang. Balik di tengah malam disaat semua orang telah dibuai mimpi dan berangkat pergi di awal pagi tanpa khabar.

Ibu ku pula seorang doktor, sama seperti ayah ku. Mereka berdua begitu sibuk dengan pekerjaannya. Cuma minggu ini aku bernasib baik dapat meluangkan sedikit masa bersama ibu di kerana kan dia mendapat cuti tahunan.

Walaupun kurang mendapatkan perhatian seperti orang lain. Aku tetap bersyukur dan faham mereka berkerja begitu kuat demi mendapatkan kehidupan yang baik.

Jarak sekolah dari rumah ku tidak la jauh tapi entah kenapa aku sampai susah susah pergi dengan motosikal. Padahal hanya berjalan kaki sahaja sudah cukup.

Aku memparkir motor di tempat yang sudah disediakan a.k.a tempat biasa ku.

Aku memandang langit masih lagi gelap tapi belum tanda hujan akan turun. Jadi aku sudah kena prank ? Sia sia sahaja aku bersiap dengan tergesa-gesa tadi.

Aku melangkahkan kaki menuju ke laluan kaki yang telah disediakan. Seperti dugaan ku , tidak begitu ramai murid yang hadir.

Walaupun kehadiran yang tidak begitu ramai , adalah juga mereka yang sejenis cinta akan sekolah atau mereka yang memang tak tahu nak buat apa di rumahnya. Lagi pula cikgu juga sudah mengizinkan sesiapa yang ingin bercuti terus.

Ya seperti mereka yang lain , aku juga hadir ke sekolah hari ini. Bukan apa , aku hanya bersendirian sahaja di rumah dan bagiku itu amat membosankan tiada apa yang perlu dilakukan.

Daripada aku membuang waktu di rumah dengan bermain permainan video sahaja lebih baik aku meluangkan masa bersama teman baik ku.

Sedang aku melangkah menuju ke kelas. Mata ku melihat sekumpulan pelajar lelaki sedang menganggu seorang pelajar lelaki , entahlah bagi ku dia seorang pecundang. Sudah tahu selalu dibuli tapi tidak berani melawan.

Memangnya ada yang suka hidup nya dibuli ? memang betul betul menyedihkan pelajar lelaki itu.

Tiba tiba mereka semua menoleh ke arah ku yang dari tadi memerhatikan gelagat mereka. Seorang daripada mereka mengangkat kepalanya ke arah ku. "Kenapa ? Apa yang kau tengok ?"

Aku tidak berkata banyak dan segera pergi dari situ. Tidak ingin membuat masalah. Ya aku juga seorang pecundang tapi tidak dibuli seperti pelajar itu.

Adakah seorang pecundang seperti diriku ini layak dipanggil bertuah ? Hahaha entahlah mungkin sahaja mereka tidak berminat menganggu ku.

Akhirnya aku tiba di hadapan kelas , aku memperlahankan langkah dan menjenguk seketika. Mata ku mencari seseorang tapi tidak kelihatan. Yang kulihat hanyalah murid lain dan teman ku yang baru sahaja duduk.

"Dia tak datang ke hari ni ?" kata ku dalam hati , aku sedikit kecewa. Siapa lagi kalau bukan Hyra sang pujaan hati ku.

Tubuh ku disentuh perlahan dari belakang. Aku menoleh perlahan ke belakang. Tiba tiba aku menjadi tidak keruan.

"awak buat apa ni ? Terjengguk jengguk , intai siapa?" Soal murid perempuan itu.

"Arrr errrr uhmnm haaa.." aku tidak tahu kenapa mulut agak sukar untuk berbicara. Ini bukan pertama kali tapi selalunya. Ini akan berlaku sekiranya aku berhadapan dengan dirinya.

"Awak okay ?" Soal nya lagi. Aku hanya mengangguk kepala dan menundukkan kepala ku ke bawah. Ya aku sedang malu yang teramat.

Murid perempuan itu pun berlalu pergi masuk ke dalam kelas apabila tidak mendapat respon dari ku.

Walaupun perlahan aku terdengar sedikit dia berkata sesuatu sebelum dirinya pergi.

"Pelik"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 10, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ALIVE OR DIEDWhere stories live. Discover now